Hi guys..
tahu tahu dah nak habis july kan. lama i tak menulis dekat sini. biasalah i busy sikit dengan kehidupan. update pasal enrty lepas? i tak dipanggil ke interview. adakah i rasa stress? jawapannya tak. sebab kan i faham satu benda . I manusia yang mampu berusaha tapi yang berkuasa tetap Allah. bila i renung balik path hidup i every detour i tetap dapat yang terbaik. jadi syukur Alhamdulillah.
oh btw i nak share sikit la . i dah beli beberapa barang rumah. walaupun dalam ketidak pastian ni lepas mengalami proses berfikir i rasa baik la i beli. sebab macam korang tahu rumah yang i beli tu dia guarded area jadi bila nak bawak masak barang ke apa mesti mintak izin management. so i fikir why i beli barang dekat rumah lama jadi nanti mover angkat sekali.
tak adalah banyak sangat i beli inilah listnya
1) katil
i beli queen size je for my room. my current bed sekarang i pakai divan . untuk rumah baru i tak pakai divan i beli solid wood. kalau i beli dekat luar harga dia mesti mahal. i beli dekat tiktokshop je korang.
2) mattress
ni i beli yang dalam box from zinus. kalau buka box tu nanti dia mengembang. ni pun i beli dekat tiktokshop. i minat joey tapi joey harga dia pricey . i get something g yang kualiti dia setanding joey but which much cheaper price. oh btw pro tips. if korang ada sakit belakang ke ambik la pocket spring macam i. dia mahal sikit je berbanding tak ada spring. yang bestnya dia bagi free 2 bantal.
3)sofa
sofa i beli 2 . satu 2 seater from zinus. satu lagi i beli 3 seater from skl furniture mall. dua dua ni pun i beli dekat tiktokshop korang. colour dia tak sama tapi sis tak peduli la eah. kita anggap je trend. HAHAHA
harga dia affordable sangat sangat. i am so happy with these purchases.
4) cooking pan
yang ni actually i beli sebab sajalah nak pan baru . i beli redchef nonstick ceramic rock cooking pan.
warna pink harga dia berpatutan. Ada 3 pan 1 handle dia yang boleh kita lepas and pasang dan satu penutup. i beli dari tiktokshop jugak.
5) Aluminium Heat conduction plate
yang ni i beli for cooking pan i so bila masak atas dia tak adalah bontot pan i kuning or hangus.
6)Kun Hotel Grade Quilt Comforter
i beli ni sebab viral kat tiktok. sekarang i pakai ikea punya tau . bila i compare memang kun memang win. i beli 2 size king. kenapa beli king sedangkan katil i queen? sebab i dengan husband malam malam battle berebut selimut so yeah HAHAHA.
7)Dr Bed Washable Mattress Protector
I rasa nama dia pun dah self explanatory dah. kita ni perempuan kadang kadang period datang time kita tidur. tahu tahu je dah kena darah. so untuk elak tilam kita kotor na cuci susah. So i beli la yang ni.i beli ni dari shopee kualiti dia bagus and tebal.
itu sajalah 7 barang i beli bulan ni. actually i ada niat nak beli dining set dekat shopee cuma pengalaman buruk i dengan driver hantar barang buat i malas. tengoklah nanti macam mana. bukan apa tau i faham je diorang ni diupah untuk hantar barang tiap tiap hari. i ni kerja . ada hari i kat rumah ada hari i dekat office.
jadi dah 2,3 kali jadi diorang datang tak roger i dulu. at least la i boleh la mintak izin nak balik awal ke.
ni dah sampai depan pintu baru bagitahu. lepastu nak main tinggal je barang depan rumah. apa gila la :"D
ingat hantar parcel kecik ke aiyoo. kelam kabut la i call husband i suruh balik masukkan barang. pengalaman buruk i dengan sk*net.
btw harini i akhirnya keluar . selalunya i malas. sumpah punya tahap malas nak keluar sekarang tu sangat tinggi. maybe sebab panas pun satu hal. i melepet kat bilik pasang aircond jelah. tadi i keluar tengok movie cerita hantu luna maya berlakon. tajuk dia jalan pulang. i bagi rating 5/10 jelah.tahlah plot twist cam tak berapa best.
oh btw tadi i try pepper lunch for the first time. sajalah teringin . sedap tapi pricey. i ambik set beef dengan air. husband i ambik salmon yang besar . total dalam rm74 termasuk tax. i think yang buat mahal sebab tax la. actually benda ni macam nasi goreng butter letak telur, beef slice and cheese sikit. sedap tapi i memang boleh buat sendiri HAHAHA.
lepas makan kami jalan jap tapi tak beli apa apa pun. kami makan tu before movie session. lepas makan and still tak kenyang kami go for dessert. kami makan dip n dip.
lepas movie session tadi kami balik alhamdulillah tak jem sangat. sejam dah saapai rumah ! sis lega!
sebab memang jarak dari central i city ke rumah i kalau tak jem 40 minit je . so sangkut jem tadi 20 minit.
k lah korang tu je for now. nanti i update lagi. korang doakan i mewah rezeki.semoga yang baik baik berbalik pada korang.
till then
ttyl
una mn

