February 14, 2013

semua tentang degree






hi korang

aku nak cerita sikit ni . actually ni pasal degree aku. aku adalah dapat tawaran from private college .
cuma bidang bidang aku dapat aku tak suka. secara jujurnya aku tak minat  nak study bidang biology .
aku ada dapat jugak offer dari uthm. yang ni aku sorok dari mama. sebab aku jujur aku tak berminat nak study engineering lagi dah.


sekarang kan aku totally lost. hopefully mama tak baca la blog ni. aku dah tak tahu nak luah dekat siapa dah. nak luah pada dia hmmm dia pun  karang dia end up suruh aku bagitahu je parents aku.

dia memilih untuk bekerja. aku pun sebenarnya rasa nak kerja je sekarang ni.  if ada cousin ke sayanganku baca blog post ni tolonglah jangan bagitahu mama aku ye korang.


kadang kada ng aku menyesal ambil engineering dulu. kepada adik adik yang baru nak belajar tolong jangan ambik bidang korang tak suka ya.


aku fikir balik kan  macam bagus jugak aku kerja je. adik adik aku pun ramai belajar . kesian pulak mama abah. aku rasa abah okay je dengan keputusan aku. maybe mama la ralat sikit.


aku rasa lately ni aku banyak fikir bukan sebab apa aku taknak diorang pressured. aku kan anak pertama so aku pernah lalui zaman belajar parents risaukan duit. memang betul mama abah kerja gov tapi kalau anak ada 5 and semua belajar uni serentak boleh pengsan jugak nyah nak membayornya.

mujur aiman gap jauh sikit dari kitorang. aku rasa sebagai kakak aku kena bagi laluan dekat adik adik aku.

sebelum ni pernah la orang cakap 

" kau memang la anak pertama tapi kan membesar dengan opah atuk kau.. mesti manja.. apa kau nak kau dapat"

"cucu manja opah atuk .. apa nak semua dapat"


aku tak nafikan opah atuk sayang aku. aku tak nafikan aku manja dengan diorang. tapi tu bukan tiket nak dapat semua yang aku nak.  


ada kawan aku cakap..


"una... boy kan kerja suruh la dia tanggung kau.. kejap lagi korang khawin jugak kan?"

me : haah dia memang tak ada mak bapak. kerja nak tanggung aku je. tu kalau kitorang ni jodoh . kalau bukan?



ni kalau dia baca entry ni mampus aku. hahaha . kadang kadang aku tak boleh tahan perangai jealous dia yang berapi api tu.

tahulah aku cantik *muntah pelangi*

yer yer aku tahu korang nak muntah baca. sebab kat mata dia aku cantik.
mata korang mungkin tak. kadang kadang aku sendiri rasa cringe bila dengar ayat dia puji aku.



aku rasa kesian jugak dengan dia dapat gf brutal macam aku. even orang ingat aku soft trust me i am not!

me : b na rasa nak beli baju ni la rasanya okay tak dengan na?
him : cantiklah b rasa sayang pakai baju apa pun cantik. orang cantik pakai baju apa pun cantik


kalau korang fikir aku akan senyum gedik gedik and beli baju tu jawapan dia tak.

 kadang kadang benda macam ni pun kitorang boleh gaduh. kenapa eah aku terlalu insecure?

menyampah tau tak perasaan macam ni. aku rasa jawapan dia macam dari seekor buaya .


aku confirm dia baca ni mesti dia marah. ah lantaklah..



okay keputusan pun dah dibuat. aku kerja dulu!!


bismillah semekom. 


tata 

xoxo

una

February 13, 2013

aku dan aiman part 2 .



Tadi lepas kami (aku, amar dan aiman)   buat lambaian "kasih sayang" kepada mama yang nak bertolak balik ke ipoh  kami  tiga beradik menonton tv3 cerita legacy . Oleh sebab aku ni memang peminat setia drama tu, jadi aku pun menonton dengan penuh kekhusyukan lalu lagha sebentar. Tapi seperti biasa, adik aku si aiman tu jenis tak reti diam , dia memang jenis banyak tanya. Aku sampai naik fed up nak layan dia .


aiman : kakak biskut jacob kan wujud masa aku lahir ke sebelum aku lahir?
ammar : ishh bisinglah kau, biskut jacob tu dah lama adalah ... *ammar menyampuk*
aiman :  kau menipu ammar, kakak oiii kakak  biskut jacob tu wujud masa bila? *dia menjerit*

aku : *dia dah start dah buat perangai, aku nak tengok tv ni ... aishh* entah kau tanyalah pemilik syarikat dia mana aku tahu.

aiman : alah ..kedekut ilmu la ko ni.

aku : diam boleh tak man?



dia diam sekejap.. selang beberapa minit, ada iklan atau scene aku tak berapa ingat tapi yang pasti  ada pasal lelaki tu berjambang.


aku tengok dahi aiman berkerut-kerut seakan-akan memproses maklumat. jenuh aku pikir kenapa pulak budak ni. air muka dia nampak keliru .



aiman : eee, gelinya dah la muka bersawang!!! *nada tak puas hati*


aku : bersawang???! ape yang bersawang?


aiman : tu lah kat muka dia tu ada bulu-bulu!


aku dengan ammar ketawa geli hati hahahahahahahaha!!!! yang lebih lawaknya reaksi aiman dengan muka blur dia tu, sampai jatuh dari kusyen  aku korang tahu.


imagine macam ni aku gelak.


kenapa korang gelak? " soal aiman yang keliru. dia nampak serius. kelakar pun ada aku tengok muka dia ni .

itu berjambang la man , bukan bersawang " aku membetulkan tatabahasa adik aku yang aku kira  sangatlah teruk . *tahan gelak*


aiman : ohhh berjambang... kalau macam tu ketiak abah berjambang la kan kakak?


aku : *oh god why???? *



Malam ni aku kena check buku bahasa melayu adik aku.





p/s: tuhan tolong "cairkan" otak  diaa..






February 4, 2013

Nuffnang vacancy !!! applylah sekarang :)





Tadikan... aku buka email, tibatiba mata aku rasa macam mata  nak lompat keluar, habeh hah muscle muscle mata aku , jantung berdegup kencang, aku  tampar pipi kiri kanan. eh betul ke ni? aku tampar pipi lagi sekali. sakit!
eh bodoh jugak, aku tampar pipi sendiri kan dah merah, kalau keluar rumah sah sah orang ingat kena dera -.-
 
eh overla kau. errkkk sorry tapi ini semua sebab email ni...







" WE ARE HIRING" ....
 aku baca ayat pertama tu , aku dah tersenyum benarkah? ini benarkah? sambil buat -buat muka tak percaya lalu pengsan.


Ya setelah aku membaca email tu sahlah memang nuffnang sedang mencari staff baru di syarikat gahnya milik timooty tiah yang hensem lagi kacak bergaya . sengih ;D . tapi timooty dah berpunya, so jangan nak mimpi sangatlah una.  ekekeke.


jawatan yang diiklankan ialah sebagai community executive , hello kau ingat senang ke nuffnang nak ambik orang bekerja? susah tau ni first time aku dapat email macam ni sepanjang aku menjadi nuffnanger ini. kalau korang sejenis manusia yang mempunyai perangai takut, gugup untuk berkerja buat pertama kali baik korang capai je job ni sebabnya berdasarkan apa aku nampak staff staff nuffnang ni friendly belaka lagi lagi founder dia. well , aku nampak kat blog blogger2 famous yang selalu "bergelumang" dengan staff staff nuffnang je la sebab tu aku berani buat assumption sebegitu rupa. kalau tak friendly tak adalah cik epal, yuyu, elia semua nak datang office nuffnang kan? .



Requirements


  • Candidates must possess at least a “A” Level/Pre-U, Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree in any field
  • Fresh graduates are welcome to apply
  • Must be able to write and converse fluently in English
  • Articulate, with good communication and presentation skills
  • Self-motivated, target driven and able to work independently
  • Must possess some knowledge of social media
  • Good team player with a proactive attitude
  • Dynamic, bubbly and have passion for the media industry
  • Must be willing to work after standard working hours and on weekends when occasional events/ activities are being held
  • Application only open to citizens or PR holders
  • Must be willing to be based in Kuala Lumpur
 
 
 
 
yang aku besarkan tu aku rasa yang paling penting , sebab sekarang kerja banyak nak kriteria ini. tapi tak semestinya korang kena ada british accent, asalkan korang tahu english korang cukup okay dan lancar sila lah apply, mana tahu kan? untung sabut timbul untung batu tenggelam. untung korang? dapatlah kerja . giteww citer dia. kalaulah english aku fluent gila kevavoomm memang aku dah apply dah , lepastu tanpa rasa bersalah aku sorok dari korang hehehe . tamak gila kan? :")tapi fikir fikir balik, buat apa nak haloba sangat. NAH! aku dah iklan tak reti reti nak apply lagi ke? tak reti lagi ke jenab? ate moh ler apply moh ler, maghi ler. *annoying kan pompuan ni? *  *lempang*
 
 
Email CV (with photo) to mycareer@netccentric.com with the subject : Community Executive
 
 



p/s 1 : tadi aku nampak dadih dalam laci dapur,. so  ape motip sangat kau tulis kat pesanan ni  ;P.

p/s 2: diamlah kau sibuk, blog aku  aku punya sukalah. makanla dadih untuk kesejahteraan negara.  XD