Skip to main content

Keinginan melempang dengan kelajuan cahaya. Anak dato versus Cucu Datok siapa lagi terer?

semalam masa aku on the way balik dari kerja, aku dengan bahagia telah memandu pulang ke rumah. Dan ada satu kejadian berlaku yang membuatkan aku rasa trauma, marah , geram  dan sevagainya , Opss lupa pula nak cerita.. kawasan tempat kerja sekarang dah tak macam dulu, kalau dulu aku duduk dekat site cabin .. sekarang project manager kami sewa satu rumah lot tepi dekat setia impian 3 dan dijadikan office . Kawasan dia agak tenang dan mendamaikan , memang dreamhouse aku,ada 24hours guard , kawasan hijau sekeliling, jogging track dan tasik . Memang green habis laa.. GO GREEN! *tetiba* 


ok aku dah melalut.. sebenarnya bukan pasal tu aku nak cerita, yang aku nak cerita ialah pasal kejadian itulah. Oleh sebab kawasan laluan balik dan pergi ke tempat kerja aku kawasan perumahan terancang, maka kawasan situ memang tak sesibuk jalan besar. jadi petang semalam ketika angin bersepoi sepoi bahasa, aku lihat dari kejauhan ada 2 buah kereta meluncur laju ibarat tiada hari esok mahupun lusa. Kedua dua buah kereta tu lagaknya macam jalan tu jalan abah dia . Tapi aku buat tak tahu saja sebab jalan tu bukan jalan aku, dan mereka dari arah bertentangan . Kereta pertama ialan bmw dan belakangnya mercedes . Dan secara tiba tiba kereta bmw itu membuat pusingan U dengan lajunya.
Aku yang gabra dan trauma (sebab sebulan yang lepas aku accident)  cuba mengelak. Dan aku berjaya! Aku kira aku sudah boleh lega.. ternyata aku silap sebab kereta mercedes di belakang kereta bmw itu tadi turut membuat pusingan U tanpa rasa bersalah mahupun teragak agak. Sipi sipi lagi aku nak kena langgar kat situ. Hati dah panas .. 




emosi dah tak tentu hala dah time tu lebih kurang camni la muka aku time tu? Apa korang ingat aku ni ayam ke korang nak langgar ikut suka hati korang?!!!!
(Sila baca dengar intonasi marah)


aku toleh ke kereta terbabit , muka dah bukan merah merah delima dah, ni muka merah merah bola api. 
Oh lelaki, pakai shades muka berlagak habis. Aku potong dia sebab dia memang dah saja nak makan jalan aku ni, memang nak kasi accident la ni.. pastu dia hon aku .. Ya tuhan.. Allah je tahu perasaan aku masa tu ."ape masalah ko ni syaiton?!! kalau kereta ko calar aku taknak bayar lah!!! * aku menjerit tanda bengang*. 

Memang kalau boleh aku nak paksa kedua dua makhluk  yang"spoiled" tu turun dari kereta lalu melempang mereka berdua dengan kelajuan cahaya. Aku pun hon dia balik , ni kira memang berani mati la nak cari gaduh. Dahlah aku sorang, aku pun lupa kemungkinan diorang ni anak orang kaya, dan mungkin juga ada bodyguard bersepah area setia alam . Aku toleh aku nampak lelaki tu bukak shades dia.. Muka memang sombong gila. Eh ko mintak penampar ke apa? aku tengah panas ni.." Mulut aku time tu  nauzubillah, sumpah seranah tu memang takyah cakap. Biasalah iman pun sinipis kulit bawang... Dia tengok aku taknak mengalah   dia hon lagi dan asak lagi aku supaya aku kedepan... 

Eh dia buat lagi.. "Dasar jenglot!" kataku lagi.. Aku sumpah kau jadi mandul la S**L #$@%$%


kemudian aku sedar aku tengah buat benda bodoh masa tu, kalau dia dah bodoh kenapa aku nak ikut sekali? Aku pun dah penat nak gaduh, walau hati tengah panas, aku kena fikir gak minyak dah naik sekarang, kalau aku degil camtu gak aku sendiri yang susah.....

So aku pun potong kereta BMW yang mula mula cari pasal dengan aku tadi. . Aku hon hon banyak kali , dia taknak pandang. nampak rambut ! lah perempuan! . Ni mesti kes bf gf gaduh ni. Apesal korang gaduh mesti babitkan aku dan nyawa aku? Mengapaaa??? jerit aku dalam hati.


eh pasal bf gf tu aku memandai je, tapi yelah rasa macam yer, dah buat apa pulak lelaki tu nak kejar sangat perempuan tu kalau tak ada hal kan? . 

Kesimpulannya disini, jika anda tak sayang nyawa anda, orang lain sayang nyawa diorang. So please stoplah bawak kereta laju laju tu. Laju laju nak kemana ? Nak ke kubur?



P/S: Aku tak tahu kenapa orang suka sangat nak langgar aku, kat muka aku ni ada cop  "SILA LANGGAR SAYA"  ke ? =-=' 

P/S LAGI : lama dah aku tak update kan..sorry yer busy nanti aku blogwalking :)
2 comments

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…