November 24, 2015

aku di zon keliru : terharu campur sedih. susahnya nak buat keputusan .






assalamualaikum, hai.


sebenarnya aku dah buat keputusan . nak kata muktamad tu takla jugak nak kata tak muktamad pun tak boleh. aku sayang tempat ni, kawan kawan kat sini . walaupun aku ni kadang kadang perangai macam perempuan gila, meroyan tak tentu pasal tapi tuntas, aku sayang kawan kawan aku. 
cuma tu la adalah hal sikit yang agak PRIVATE AND CONFIDENTIAL untuk diceritakan disini.


aku nak resign. tu je mampu aku cakap. apa apa pun result dia nanti, aku harap tempat ni kekal maju, berdaya saing and adik adik semua berjaya dalam hidup masing masing. tapi masa aku cerita dekat weng yan  yang aku decide nak resign aku nampak air mata dia bergenang. ala ala sian adik kakak.

kau kena faham walaupun berlainan bangsa aku tetap anggap semua kat situ macam adik kandung sendiri. walaupun ada sesetengah makhluk tu annoying gila. mikey contohnya, tapi jujurlah aku 
sayang dia gak sebagai adik lain bangsa , agama, budaya dan ibu bapa. giteww.





aku buat foundant tadi untuk customer jumaat ni . tiba tiba weng yan buat ni. kau tahu tak terharu dia tu camne? aku rasa cam nak bagi selori bunga je kat amoi tu.



dia ni manja sikit, itulah yang akan buat aku rindu kat tempat ni nanti. dia kata takpayahlah berhenti dia nak sambut birthday dia dengan aku , athira and mikey.


woi tacing woi . sebak. walaupun muka aku macam pembunuh bersiri, susah gak nak senyum, awkward gila tapi dalam hati ada taman bunga tau tak! hahaha



apa apa pun doakanlah yang terbaik untuk aku. kalau dah tertulis dekat atas sana aku STAY sini, aku akan stay sini. Kalau dah takdir aku kat tempat lain , aku terpaksa la pergi. 


tapi walau macam mana pun aku akan tetap sayang tempat ni sampai bila bila. 




Post a Comment