December 21, 2020

atuk dah keluar ward dan abadikan kenangan

 



hai korang.. 

alhamdulillah sekarang atuk I dah keluar ward and atuk decided untuk tinggal dengan mama.

hati ni rasa lega Sangat Sangat. walaupun ada rasa sayu sebab atuk nampak sangat sangat uzur. 

macam korang tahu orang dulu dulu umur diorang lain daripada ic. dekat ic atuk i umur dia 84 tahun.

tapi seingat i atuk pernah cakap dia dah besar baru daftar ic. mungkin atuk dah 90 sekarang . 

opah pun ada datang rumah mama untuk tengok atuk. sempatlah tadi kami berbual dalam phone. 

mula mula my mom call me then I mintak nak cakap dengan Opah.... and atuk mintak nak cakap dengan i. 

kami berbual lama jugak. atuk selalu macam tu tak boleh i lebihkan Opah... nanti dia berebut nak cakap . 

comel kan atuk i? walaupun cucu dia ni dah nak masuk 30 an next year ... i guess cucu tetap nampak 

macam budak di mata atuk nenek kan?





ni gambar atuk i zaman muda. handsome kan?


yang atas meja tu i dekat bawah tu adik i, fauzi. Opah and atuk.
ada banyak benda i nak throwback sebenarnya. lagi lagi kenangan i dengan my parents. 
I duduk dengan parents 3 tahun je. tapi 3 tahun yang banyak kenangan.
nantilah bila bila i cerita. i rasa i kena banyak ambik gambar.
bak kata hanis zalikha abadikan kenangan bersama keluarga. inshallah next year kita kumpul banyak banyak kenangan lagi. rasa macam nak beli kamera la..

what do you think?

should I?

ttyl 

una mn






December 19, 2020

activity seminggu lebih dan atuk sakit?

 

hai korang 

dah lebih seminggu I tak update blog kan. dalam masa seminggu ni macam macam benda jadi. jadi untuk mengabadikan memori so i compile je la aah apa yang jadi di Hari Hari penting . 


12 December 2020

harini I keluar dengan my cousin Bella and fadhilah. kitorang pergi Sunway Pyramid je sebab senang dekat dengan rumah bella. i fetch them and kita terus pergi cari tempat makan. we decided to try jinjia chicken. sebenarnya I je tak pernah makan . diorang dua dah try pun. okay la not bad . I ambik chicken dengan cheese tu. cuma honestly I'd prefer fry sebab cheese dia ni macam terlebih letak susu. korang tahukan Kalau nak buat cheese fondue kena letak susu? yang ni susu dia macam terlebih.





14 December 2020

I dapat call dari my cousin beritahu atuk sakit dan dimasukkan ke dalam hospital. hati ni sedih campur risau. orang yang rapat dengan i tahu yang atuk dan opah jaga i dari baby sampai i 12 tahun. atuk sesak nafas and bergantung pada alat pernafasan. doctor letakkan atuk dekat isolation ward. tak ada orang boleh masuk dalam .cuma boleh lawat atuk dari luar bilik je . mama cuma dapat tengok atuk dari luar kaca.




15 December 2020

hati ni berbelah bagi nak balik ke tak. mama nasihatkan jangan balik dulu Sebab atuk memang tak boleh terima pelawat sekarang. orang yang nak melawat disuruh balik. 



16 December 2020

Makuda cuba nasib untuk Melihat dan dibenarkan Melawat selama 10 minit saja. keadaan atuk nampak semakin segar. haziq my cousin ambik tugas jaga atuk sepanjang di wad. sepatutnya atuk dah boleh keluar tapi Oleh Sebab pernafasan atuk masih belum okay, dia tak dibenarkan balik. kami cucu cucu, dan makcik pakcik hanya mampu video call atuk. dalam masa yang sama, fadhilah and i decide nak jenguk atuk on friday . i ajak fadhilah balik petang khamis selepas I habis kerja.






17 December 2020

habis kerja.. fadhilah pick me up dekat rumah  Sebab I wfh and husband pulak tak dapat join balik sebab last minute plan. kami bermalam di rumah my mom. I tak mampu nak drive Sebab hati terlalu risau. 




untuk mengurangkan risau dan mengisi perut yang lapar dari pagi tak makan. on the way balik ke rumah
mama kami singgah makan di satay hut. kami bungkus satay untuk my parents and cepat cepat balik sebab dah lewat .

18 December 2020

kami sempat drive thru mcd  belikan  bubur untuk atuk. kami minta bubur kosong je. sampai hospital  amir dengan kak lynn pun sampai. kami guna pas penjaga untuk naik orang demi sorang. mula mula amir, lepastu kaklynn, lepastu fadhilah  and then my turn. atuk banyak berbual cuma suaranya perlahan. nampak uzur tapi tenang. sebagai cucu yang membesar dengan atuk tipulah tak risau. cuma mampu Kuatkan diri depan atuk. kebetulan ada nurse hantar makanan dengan air untuk atuk. atuk diberi minum secawan kecil milo dan sebungkus roti kecil. atuk jamah roti sampai habis. condition atuk agak membimbangkan kami sebenarnya. sebab doktor kata ada air bertakung di paru paru atuk. atuk tak boleh minum air terlalu banyak. hanya boleh minum 500 ml sehari. i hanya mampu cerita tentang progress hidup di kl. atuk layan sama macam waktu kecik dulu.


atuk : ijat alihkan.. (dia minta mejanya di kedepankan untuk memudahkan dia makan)

me: amir ada beli buah anggur atuk nak? 

atuk : (angguk sambil tunjuk jari 2) dia nak 2 biji anggur.

me : atuk nak apa apa lagi tak? (jujur i dah tak tahan nak duduk situ lama lama. i tak mampu nak tahan menangis dekat situ. terpaksa pergi sebelum air mata mengalir. i need to be strong infront of him so he will be strong too. 


dia minta wet tissue untuk lap tangan dan bibir dia. dia nampak gembira  tetapi lemah. the same old man yang accident berapa kali ketika tua tapi tetap kuat. the same old man that taking care of me since I was little . I can't imagine my life without him. he taught me to do almost everything. I membesar di rumah opah atuk. my siblings duduk dengan mama. masa I tak ada kawan nak main atuk akan teman I main badminton Sebab my cousin which are also my bff dah pindah duduk Taman perumahan. diorang cuma balik waktu cuti sekolah.or sabtu ahad kalau tak ada hal.  atuk buatkan senapang kayu . sebab I tak pandai seni atuk always do my art homework. kerja sekolah lain semua okay. cuma seni I tak suka. I dulu top student and to maintain that I kena dapat semua A even on art. to achieve that... atuk dan opah yang buatkan sampai I dapat A.I membesar jadi budak kampung yang tahu serba serbi kehidupan kampung.  atuk ajar tanam pokok, kait kelapa, semuanyaa. sampai memandu pun atuk yang ajar. atuk pernah accident lepas hantar I tuisyen. dia accident masa nak pergi belikan my fav kebab and air soya di pekan rabu batu batu 20.  masa tu i was just 12. tengah percubaan upsr tahun 2003. Tulang dekat paru paru pernah patah tapi Alhamdulillah atuk Selamat. 


2015 atuk pernah accident lagi. kereta total lost Alhamdulillah Allah masih panjangkan nyawa. atuk tak ada secalit luka pun. hard to accept that minum banyak air would do so much to him now . I hope he will getting better. May Allah ease everything. semoga Allah tabahkan hati kami  untuk terima apa jua takdirNya.


lepas balik dari hospital kami sempat balik jumpa Opah di kampung. kami belikan Opah anggur yang sama macam atuk dapat. dalam sakit sakit atuk masih ingatkan opah. opah sempat video call dengan atuk.

muka opah nampak risau sedih. pasangan hidup kan mana mungkin tak sedih. selepas 2 jam kami mintak diri . singgah ke rumah mama untuk bersalam sebelum balik ke Damansara. 


basically this is what happened In a week. I don't know what to think. I just serah semua pada Allah.

I jarang nak tulis post sedih dalam blog... tapi atuk Sangat special dalam hati i. he is like my father. he raised me. he know me too well...orang sayang atuk. 


okay Korang idk what to write anymore


doakan my atuk  razali bin tahir semoga dipermudahkan segalanya


amin







December 11, 2020

takutnya nak apply tapi kena buat jugak!!!

 


Hai guys.. harini I nak cerita sikit baby step I took this morning...I don't know I supposed to say it or not... but nevermind my blog pun tak ramai readers kan.. finally submit application for rumah selangorku guys!!! yayyyyy okay I mean too early la nak happy sebab belum tentu lulus pun lagi. nak pulak sis punya credit record baru nak pulih. masa I kerja lama lama dulu I pernah menganggur and tak bayar ptptn. so sekarang I dalam proses membaiki credit. haritu adalah I beli credit score dekat Ctos. alhamdulillah my score makin okay.  cumanya haritu masa I apply asb and credit card Cimb . credit card tak lulus tapi asb lulus. 


maybe adalah tu sebabnya. so I berazam nak perbaiki score. I sangat transparent dengan blog ni sebab nanti i dah tua ada la benda i nak baca balik hahaha. score i taklah teruk Sangat pun . maybe sebab gaji I bukan dengan Cimb? and maybe sebab I tak simpan langsung duit dekat situ. dekat Cimb i just guna untuk asb je for now. 


I pun bukan orang yang suka sangat pakai credit card . i prefer cash. I tengah pertimbangkan ambik credit card Maybank. haritu ada orang call offer  tapi masa tu tak minat nak ambik lagi. tu la masa orang bagi taknak ambik ahahahaha. ada jugak I call Maybank diorang suruh apply online je. tengoklah nanti Agen rumah I cakap macam mana. kalau kena ambik jugak baru ambik. malas pulak tak suka komitmen banyak banyak


oh ye guys.. back to story.. I apply rumah selangorku.. projek mana? rahsia karang lulus korang tahu rumah I kat mana pulak . Ya Allah una confident benar. yelah rumah kan pii . so rumah kat mana I taknak cerita. i ambik yang 1000 sqft punya. sebenarnya dah berapa bulan i berbelah bahagi nak submit ke tak sebab Tengah pandemik. i ada dapat 3 offer rumah lain.  satu dekat kawasan i duduk sekarang ada projek baru naik. ada satu agen ni asyik whatsapp je. satu dekat kl, satu lagi aręa kl satu area klang valley jugak. 

dalam banyak banyak kawasan ni i suka project yang baru naik dekat rumah i sekarang. sebab apa?

I dah terbiasa kawasan sini. I mean I like this place even though agak congested . Klang valley mana je tak congested kan. every place sama je. and sini agak strategik sebab ada mrt . so nanti nak pergi kerja I naik mrt terus sampai office . senang hidup. tak payah drive waktu jem.lagipun office I Tengah kl. parking mahal tak sanggup sis nak bayar parking minyak tol. hahaha




ni la buktinya sis dah apply. tapi i apply rumah bukan dekat area rumah i sekarang. kalau tak lepas selangorku ni baru i apply. rasa macam orang dewasa sangat. I rasa macam muda remaja lagi.
HAHAHA. weh korang I cannot accept the fact next year I'm gonna be 30!!!
I sumpah nak blogging sampai i tua. so orang yang baca blog I dari i muda umur 19 tahun sampai sekarang ada nampak beza tak penulisan i?

salah satu sebab i lambat apply jugak sebab company husband I hr diorang lambat bagi payslip.
tak tau diorang buat apa kat rumah. payslip 2 bulan tangguh baru semalam dapat.my husband kira penama ke dua lah. 
kebetulan one of my colleague nama hani dia pun beli rumah and loan dia dah lulus
dia beli rumawip . thanks hani bagi banyak tips.


sekarang I punya takut tu dah kurang sikit. lebihnya pada rasa excited.
korang tolong doakan i kay.

for now that's all I need more than everything

k lah korang..

I nak main game jap..

ttyl

una




December 7, 2020

Last Wishlist For 2020 Completed!!!

 

Hi Guys...

hari yang I tunggu akhirnya tiba. Hari dimana i cross wishlist yang terakhir i untuk tahun 2020!!!

I baru dapat iPhone I petang tadi. seperti mana yang korang tahu, i dah pre order pada 25hb lepas.

selepas 12 hari menanti penuh Sabar akhirnya pada pukul 5.30 petang i dapat call daripada Mac city ipc shopping centre. beginilah conversation kami


pekerja Mac city : Hello... ni puan nur izzati husna ke?

I  yang tengah kerja : yer saya.. ni siapa? (dalam hati dah dup dap )

pekerja Mac city : saya dari Mac city pic .. iPhone puan dah sampai. dah boleh ambik ye

I : menjerit gembira time tu jugak confirm dia pekak. maklumlah i tak kedekut emosi.


k I know mesti orang cakap I Batak gila. yes sayang I Batak. HAHAHA

I tak kikis husband I eah. ni memang duit I sendiri . simpan la sikit sikit. 

inshallah I akan pakai selama mana dia elok. sama je macam phone phone sebelum ni tak rosak takkan tukar. contohilah saya (tiber) 👻😉 tapi Kalau phone korang tak rosak and korang ada duit still nak tukar jugak who am i to judge? tukar jela yang penting anda bahagia. kita hidup ni tak payah dengar cakap orang sangat. paham tak guys?


okay back to story. I memang tunggu phone ni lama. sejak dia masuk Malaysia I cari semua tempat habis. boleh bayang tak perasan stress tu macam mana? 

okay sekarang  mari i tunjuk sikit  gambar phone ni.bear in mind i snap gambar iPhone ni guna phone lama yang kualiti gambar dia biasa biasa. please sabar with me okay.



I beli iPhone 12 pro warna graphite untuk memudahkan kerja I beli je la sekali plug type c
original. mag safe I tak beli for now sebab I rasa macam tak function pun. 
tak ada wow factor for me la. kalau tiba tiba i berkenan. nanti i beli.




I hope you serve well sayang. I'm lost for words. kalau korang nak beli juga sila pre order cepat okay kalau tak ada stock pre order je. sebab stocks very limited. 
oleh sebab I snap gambar ni semua guna phone lama kat bawah ni i bagi contoh warna sebenar dia. warna dia kat depan depan lagi cantik tau guys.like legit lawa gila nak mati lebih cantik dari warna pacific blue!! 

 
cantik kan ? ni lah warna graphite sebenar.





So lepas ni i nak buat Home Screen cantik cantik. haritu dengan iPhone 7 i tak sempat buat dia dah rosak.
dengan complete nya wishlist i ni, ini bermakna I boleh focus pada wishlist next year. dah 5,6 kali filter.
macam biasa i don't plan to share any of the wishlist unless dah complete baru I share satu satu so jangan tanya next year wishlist I apa okay . (bajet diva pulak hahaha)

so you can expect a post or two mengenai Iphone 12 pro ni. honestly I tak explore lagi. kalau ada benda best I share.


Okay guys itu je setakat ini.  I doakan korang yang baca di permudahkan urusan untuk capai segala benda yang korang nak .


till then

ttyl

Una Mn










December 5, 2020

Happy Second Year

 


Hi guys ..

so today I dengan husband keluar untuk celebrate our second year wedding anniversary . kami celebrate awal 2 hari memandangkan I boleh lupa nak apply cuti! dah lah lupa apply cuti I siap plot ot 3 jam pada hari itu ! hahaha niat di hati nak tolong team sebab sekarang team Malaysia ada yang tengah training untuk policy baru. yang sedihnya husband I dah ambik cuti dah untuk 7hb !!! HAHAHA


sorry sayang. harap dia maafkan la wife dia ni.  so kami awalnya nak celebrate dekat roast & grill je tapi oleh sebab dah selalu sangat pergi the curve rasa macam nak special sikit. so we decided to go to Tony Roma's dekat Sunway pyramid. dulu masa I masih Anak Dara selalu la pergi sebab dekat dengan rumah my aunty tapi sekarang dah duduk Damansara jarang pergi padahal takdelah jauh pun.padahal dekat e curve ada je Tony Romas cuma tu lah pergi pyramid Meriah sikit. so pergi sana we ordered beberapa makanan. i tak ada rasa nak makan steak so I ambik mojo chicken , husband I ambik his fav lamb and bbq chicken. so ni sis belanja gambar jela eah untuk korang tengok.


tahun ke dua jadi isteri orang saya semakin mok. tadi kami siap pergi fitness concept 
untuk tengok harga treadmill. sis berkenan dengan yang paling murah la of course  jimat duit I hahaha. 
I minat ez runner 2.0 . nampak macam sturdy sikit compared to treadmill yang Jual dekat shoppe. 
haritu dah nak beli dah fikir benda nak pakai lama baik beli yang elok terus.



ni husband  ambikkan gambar i. macam biasa gambar makanan je nampak .
muka sis tak nampak. takpelah malu la kita mok ni biasa Kalau orang ambikkan memang tak lawa kena sendiri yang selfie . 




ni dessert yang husband I order. sedaplah jugak mini trio





so ni our food yang I cakap tadi . dah lama tak makan Tony Romas sebab I kalau keluar je Kalau tak korean food mesti makan ayam je . 4 fingers lah, kenny rogers lah , tak pun k fry. tekak asian kan.
rasanya setiap kali keluar kena buat rules jangan makan benda sama . kena rotate ahahaha.


memandangkan ni post anniversary I cerita la sikit macam mana kami jumpa. 
kami jumpa sebagai rakan sekerja. dulu dia boss kecik i . lepas kami bercinta setahun 
kami ambik keputusan untuk khawin. tahun ke dua kami bercinta kami sah suami isteri. so kami bercinta tak lama mana pun. lepas setahun kerja sama sama ,  i masuk kerja tempat lain. cehhh darah manis la konon taknak kerja sekali. elak rasa cemburu jugak  hahaha

harapan untuk hubungan ni semoga kami berkekalan sampai syurga. 
Shyafiq suami yang baik . dia boleh tahan baran i, bebel i and selalu bagi duit .
terima kasih sebab tak pernah culas bagi nafkah. selalu ajak makan sedap sedap.
semoga kita berdua berjaya dań kaya sama sama . 

semoga next year kita sambut anniversary dengan baby dalam perut. 


till many more year together


Una X Shyafiq













December 1, 2020

feeling empty and cerita tentang azazil

 Hi guys..

happy Tuesday ... so today I cuti and as usual I mestilah nak keluar to keep my sanity . I kena jugak jumpa orang walaupun I know agak bahaya sekarang. apa I buat .. I tapau food from the fish bowl one Utama and then I pergi hantar pada husband I sebab dia kerja tak jauh dari one Utama. lepastu I terus pergi ipc I makan I punya food dalam kereta dekat parking baru I keluar kereta. 

I rasa kita semua pernah sampai this stage dimana hampir kesemua hajat you tertunai. apa you nak, you usaha then Allah bagi tapi you still tak happy . you rasa empty inside.  tu la my stage for now. 


this few days I think for a week kot I everyday dengar ceramah ustaz wadi. if you guys don't know him boleh search him on YouTube. ceramah dia best best memang tak mengantuk dengar.  I suka dengar kisah nabi dari kecik tau guys.  rupanya I baru tahu  yang iblis ni adalah jin yang menetap di bumi sebelum dia masuk syurga .

okay korang confused ke or korang belum tahu cerita ni? okay mari i cerita.

back to al Quran..dalam Quran kan ada cakap masa ALLAH nak cipta manusia malaikat ada tanya

Ya tuhanku mengapa engkau ingin menciptakan makhluk yang akan merosakkan dan menghuru harakan bumi? lepastu Allah kata sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.

sumber Sarah albaqarah ayat 30 



okay korang pernah terfikir tak macam mana malaikat tahu yang manusia akan buat kerosakan dibumi sedangkan manusia masih belum di cipta ketika itu?

okay  mari i cerita .

sebenarnya sebelum manusia dah ada jin yang duduk dekat bumi ni. jin ni macam manusia jugak boleh beranak pinak, ada nafsu . sama je jadi dulu jin buat kerosakan di bumi sampai Allah perintahkan malaikat untuk hancurkan semua jin ni . jin yang baik ada tau guys. and menurut satu ceramah ustaz zulkifli jin dulu pun ada nabi diutuskan tapi dibunuh oleh bangsa jin. azazil ni baik terlalu baik sampai Allah jadikan dia ketua para malaikat. satu masa jin dekat bumi ni terlalu melampaui batas sampai Allah suruh malaikat hancurkan semua jin yang ada di bumi. yang Selamat cuma yang lari ke gua, gunung gunung , hutan
itu saja Allah izinkan Selamat. 


 kerana azazil ni tak nak sujud pada adam, terus ALLAH campak dia dari syurga.
dan  Allah bagi dia nama baru iaitu iblis. 




okay sekarang dah faham kan?

allright back to story.


I rasa empty and I rasa better dekatkan diri pada Allah. susah tapi cubalah ye. iman kita ni ada naik turun.

cubala sedaya supaya, inshallah Allah tengok effort kita.

eh btw  I happy sikit harini memang rasa macam nak je beli barang, keinginan nak shopping tu membuak buak dah la bulan ni kena jimat una oi. tapi untungnya harini i beli barang bermanfaat sikit i beli mini Quran with translator and buku untuk i baca. 


this month I dah start taknak bazir dah. korang wish me luck k?



till then


ttyl 


una mn





🎁New Year 2025 Gift Box