April 30, 2021

Third Wishlist 2021 completed



Hi korang..
seperti entry lepas hari yang ditunggu telah pun tiba. finally bonus and gaji i dah masuk.
so i boleh lengkapkan wishlist i yang ketiga iaitu menghadiahkan diri sendiri Ipad Air 4th generation 2020 
warna sky blue .  ada kawan i tanya kenapa tak beli ipad pro? senang je jawapan dia sebab too expensive for me and sebab warna  ipad Air 4th generation ni lebih cantik. i beli apple pencil second generation sekali sebabnya i nak main lukis lukis dekat app procreate
.


fyi pada awalnya i nak beli dekat mac city ipc centre .
ala yang sebelah ikea tu sebab i sebelum ni beli iphone 12 pro and macbook air 2020 dekat situ jugak
sampai sana pagi tadi alangkah terkejutnya bila i tengok mac city dah tukar jadi machines.
dengar cerita machines dah ambik alih contract mac city something like that la.
okay back to story sampai sana colour yang i nak dah habis. diorang cuma ada rose gold.
siapa siapa kenal i tahu yang i kalau nak benda tu memang i cari sampai dapat. i call machine call centre.
and check every apple reseller yang dekat dekat. semuanya habis warna sky blue. 
kecuali one place. setia city mall.
so i ajak my husband teman i pergi setia city mall. 
alhamdulillah sampai sana  i dapat the last stock.
nyaris lagi ada orang nak beli. 



so this is my current apple collection. 
tinggal i watch lagi . tapi tu la tak tahu nak beli bila.
i minat cuma sebab husband dah bagi i jam last month sempena birthday so i tangguh sampai
new i watch keluar.semua collection i ni 2020 punya collection hehehe.
kenapa tak beli ipad 2021 baru keluar?


sebab ipad 2021 baru launch. sis malas nak tunggu dia masuk malaysia
kedua dia keluar ipad pro je air tak ada.
malas nak membazir.

lagipun tujuan i beli ipad ni sebab i nak guna untuk side hustle i  and untuk main game jugak tu je.
i beli sekali dengan apple care for 2 years . so anything happen i boleh dapat new one as replacement for 2 years la. i recommend korang kalau beli ipad sila beli apple care sekali sebab if ipad retak ke, pecah ke screen even dalan warranty biasa setahun tu kan apple takkan  ganti so macam total lost. kalau pergi centre pun kita nak dapat baru kita kena bayar 80% dari harga ipad tu baru boleh dapat baru. if not then bye bye sedih kan?.

so if ambik rm349 apple care for 2 years ni kan kalau rosak ke apa ke  korang boleh dapat new replacement dengan bayar rm349  je. cool kan?

settle beli ipad i dengan husband sambung shopping toiletries . tapi kami patah balik ke ipc .  selepas tu kami pergi hantar toiletries kat rumah and proceed beli groceries pulak dekat hero market.
penat dia tuhan je tahu. selepas settle beli groceries i singgah bazar untuk beli makanan berbuka and singgah beli air mineral dekat speedmart and balik.

walaupun cuti macam tak rehat kan?
sampai je rumah terus prep barang masak. macam daging i potong kecik kecik masuk tupperware . ayam pun sama, ikan pulak i siang , cuci and masuk tupperware jugak. 
esok kalau rajin nak blend siap siap bawang putih, bawang merah semua senang nanti nak masak. yelah  5 may i dah start shift afternoon. start pukul 2. eventhough masih wfh tapi kesian la pulak kalau tak masak lauk berbuka kan. so before start kerja kena masak siap2 lauk berbuka untuk husband. 


ni i cuba conteng conteng tadi. buruk i know. hahaha tapi i think i dah pandai sikit
guna procreate after 1 hour menghadap ipad tadi. 
expect next post i akan cerita pasal ipad ni sampai korang muntah 
kidding



ni la game i tengah main sekarang. i rasa sejak i meningkat usia ni i suka game yang
tenangkan hati yang buat i rasa happy. dulu i pernah suka gila main pubg
now dah 2 years kot i dah tak main. nama game kat atas ni project makeover
best guys sila download kay. 

i beli accesories warna sky blue jugak guys. kat entry lepas ada 
and i beli dekat shopee tau semua ni termasuk dengan screen protector yang paper like tu.
sedap sikit nak tulis ke lukis ke pakai screen protector jenis macam tu.

korang doakan i murah rezeki tau. 
dapat settlekan wishlist ke 3 tahun ni pun dah besar rahmat Allah bagi.

now i can focus on other wishlist pulak

wish me luck korang

xoxo

ttyl

una mn








No comments: