October 19, 2021

Balik rumah parents and sakit gigi

 

gambar sebelum balik.

Hai korang

rabu last week 13 october 2021 klang valley tak ada air. nak tak nak i kena balik.

nak tidur hotel rasa membazir pulak since i kena kerja and tak ada berjalan pergi mana pun. since i masih wfh i decide untuk balik rumah parents i di sabak bernam. on the way balik i sesat  sampai ke port klang sebab highway latar tutup and i salah ambik simpang dekat klang tu. lepastu sampai sungai besar jalan tutup sebab ada construction i ikut jalan dalam yang i tak familiar. sudahnya i sesat dekat bno.mesti korang pelik macam mana boleh sesat sedangkan balik rumah parents sendiri. ya guys.. sebab i duduk situ dalam 3,4 tahun je.i banyak habiskan masa dekat tempat lain. 12 tahun rumah opah (sebab membesar sana), balance tahun lain i masuk asrama . jadi harap maaf la kalau korang tanya i apa best dekat situ i memang tak tahu.





ikutkan i boleh balik awal lagi tapi i lepak rumah cousin i dulu main dengan kucing 
dekat sunway . since my mom suruh i ambik barang before balik



i boleh kata jarang balik . lepas sesat tu i doa banyak banyak supaya jumpa jalan. sebab dekat situ line tak stabil. rumah i pulak bukan dekat kampung tapi taman perumahan dekat dengan pekan sabak bernam.alhamdulillah akhirnya i jumpa jalan balik. 13 and 14 tu i memang offday. i habiskan masa bersembang dengan mama abah. belanja diorang minum air bubble tea yang ada dekat pekan tu.my mom bekas nurse so dia jarang la beli air air manis macam tu. saja bagi diorang try .










hari jumaat i wfh from sabak bernam. alhamdulillah sana dah ada unifi before ni streamyx memang line lembap sikit. peliknya unifi rumah parents i line dia lagi laju dari unifi rumah i padahal i duduk damansara. and bill bayar sama je. heran kan?

jangan pelik kenapa i pakai dua laptop. dell tu laptop kerja i company bagi. macbook tu i punya yang i beli last year tu.  memang habit sambil buat kerja dengar lagu or cerita hantu dekat youtube.

sabtu pagi i balik sini sebab husband i cakap dah ada air. husband i tak ikut balik sebab dia kena kerja . and dia tak wfh. so air dia tadah untuk dia sorang je. balik sini i kerja macam biasa and gigi i start sakit. memang berdenyut denyut sakit. sebab i ada gigi berlubang guys. tu la makan. benda manis banyak2 lagi.



esok tu i pergi cari klinik gigi and dapatla satu klinik gigi di sri damansara appointment pukul 12 pm dekat lau dental.

sampai sana dr cakap gigi i tak boleh nak filing or cabut takut i lebih sakit. dia bagi i ubat and mc suruh 

rest and lepas 3 hari baru datang balik.  so ceritanya esok i akan datang sana untuk treatment root canal pukul 10 pagi. maybe 2 session or 3 session. 

ubat antibiotik haritu i kena bayar rm60 je. untuk root canal sebatang gigi rm700. tampal i lupa tanya dia berapa kos. so nasihat i kalau korang sayang duit tampal la gigi k.

sebelum infection macam i. tapi kalau korang banyak duit tak apa.



i sebenarnya macam dah sampai seru untuk kurangkan manis. insaf tengok bill dental i tu satu jugak.

mujurlah company i ada la cover sikit . so nanti lepas treatment  boleh claim dental dekat AIA.

korang doakan urusan i berjalan lancar tau. inshallah tak ada aral wishlist i yang ke 8 dan ke 9 akan settle waktu terdekat ni .



k tu je 

ttyl


una mn


No comments: