July 23, 2022

Manicure Pedicure & Callus Treatment at Cutiecle Nail Experts

 





Hi guys...

semalam kan my offday pertama of the week(harini offday kedua) i work 5 days a week jadi i memang ada habit setiap minggu keluar. tak kisahlah pergi mana pun tapi selalunya mall. dah penat bekerja mestilah kita nak ada masa untuk keluar releasekan tension apa semua kan. nak nak pulak current situation.

i wfh 4 hari seminggu, and cuma 1 hari pergi office untuk masa sekarang. jadinya i need more time outside. so yesterday i decide nak me time je since my husband kerja. siapa kenal i tahulah ye i jarang mani pedi. sebab sejujurnya i prefer my nails short & just buff je. i'm not into nail colour . i tak suka colour my kuku. nice to see dekat jari orang tapi bila i buat je tak sampai sehari i akan hilangkan balik. so membazir :'D.  dulu zaman zaman i free hair i adalah beli nail colour buat sendiri. nail colour tak habis. yang habis dia punya remover hahahaha. entah tak tahu maybe sebab dia buat kuku i rasa tacky and tebal.

so i decide mani pedi is not for me untillllll yesterday. i suka benda benda melibatkan self care and kebanyakan benda macam tu i tak reti buat sendiri. so semalam i cuma nak buat callus treatment pada mulanya. and then i end up buat callus treatment, manicure & express pedicure. untuk promo semalam. untuk callus treatment i bayar rm69 for 1 hour. 30 minute untuk smoothkan kaki i, ada massage & ada foot scrub. 1 hour dekat situ je. belum campur express pedi. sambil diorang buat kaki i , ada jugak yang buatkan my menicure. ada hand scrub, buff and when it's done kuku i cantik berkilat & without colour.

tbh i teringin je nak colour . but i nak solat kan rasa leceh la pulak .
maybe ada yang wuduk friendly tapi i memang tak reti pakai sendiri HAHAHA
maybe next time i pergi time early period. right now period i dah nak habis.
so rugi je kalau warna.


semua sekali i kena bayar rm199.
for my future reference and to anyone yang interested 
sini lah i breakdown harga dia
express pedicure = rm45
buffing manicure =rm85
luxy foot spa (callus) =rm69 

so total = rm199 .

worth it? okay i suka .

do i will make it my monthly visit?  no

maybe once a while boleh kot. and semalam lepas balik 
i jumpa tempat yang lebih murah. maybe lepas ni i akan pergi tempat tu pulak & compare.


lepas tu i terus pergi lepak dekat gigi coffee sekejap sementara tunggu habis solat jumaat
kenapa? i nak call my husband ajak lunch sekali. tapi dia dah kena kerja balik
so i proceed pergi lunch dekat sukiya. late lunch sebenarnya



i think yang baca blog ni tahu i am not a fan of sukiya. i pernah cuba last year
tapi my tekak tak suka kuah dia. tapi lately ada 2,3 video orang pergi sukiya
buat tutorial cara buat dipping sauce so i think why not kan cuba lagi?
so do exactly what they did. okaylah sauce dia not bad.
but still pakjohn & seoul garden di hatiku hahahaha.
& dookki too. 






actually i haritu nak try makan dekat kedai zizan. tapi harga dia macam meninggal jap dengar.
boleh la kalau ada duit banyak nak pergi. i belum sampai tahap nak habi 7,8 hundred on
food for sekali makan untuk 2 orang. maybe orang lain banyak duit boleh la pergi try . diorang cakap sedap.
btw yang 7,8 hundred tu da wagyu yang melt dalam mulut.
maybe kalau i pergi i akan try menu lain dulu ke.
kedai dia nampak best.

lepas settle makan sukiya i pun balik. 
on the way balik i call my husband tanya nak apa apa tak
and dia nak starbucks drink & ragu pie.




this month i banyak habis duit untuk gembirakan diri sendiri. 
yelah penat kerja takkan nak gembirakan hati jiran pulak HAHAHA.

hopefully yang baca blog i jangan rasa apa apa yang aneh.
dengki ke or apa ke.
i tak kaya .. belum lagi semoga in future i kaya amin.
hidup ni janganlah fokus simpan duit je sampai lupa bahagiakan diri sendiri.

i rasa salah satu sebab i spend too much sebab i  burnt out .
stress kerja tu normal even to some kerja i nampak tak stress.

 trust me asalkan namanya kerja mestilah ada stress.
i just dont really like to share my problems to entire world.

i do have stress, challenges , insecurities and what not and everyday i learn  something new.

inshaallah for now everything is fine. i do enjoy working from office sebab banyak makanan free.

i think the burn out i feel not entirely from work but from my own expectation &  of course world news.

tengoklah betapa lousynya our own government.

i do hope kita dapat leader yang baik untuk tadbir negara kita.


May Allah  ease everything



till then 


ttyl

una mn




No comments: