February 7, 2023

Makan steamboat at mai steamboat and grill denai alam

 


Hai guys... semalam kan i dengan husband dua dua cuti. so biasanya kami akan pergi tengok wayang.

tapi memandangkan tak ada cerita yang best sebab cerita yang best kitorang dah tengok so we decided 

untuk keluar cari makan je. pagi tu aktiviti kami pergi makan breakfast dekat abadi di taman tun dr ismail (ttdi) abadi memang port fav kami untuk makan roti canai sebab roti canai dia gebu and harga dia murah compare to mamak dekat dengan rumah kami.


lepas makan kami pergi st rosyam mart dekat sungai buloh untuk top up groceries. kami tak topup banyak pun. hanya topup buah and lauk untuk masak. habis around rm190++ je.


balik dari top up groceries kami tidur dulu rehat rehat. and thennnn  after zuhur kami mula la fikir nak buat apa. yelah susah tau nak cuti sama. nak nak sis dah transfer team dari team comment masuk team video. 

my cuti pulak will be on sabtu ahad bulan ni. my husband pulak susah nak cuti sabtu ahad.

so bila dua dua dapat cuti kena manfaatkan. so kami usha punya usha i jumpa dekat tiktok port makan steamboat yang tak begitu mahal.


Mai steamboat and grill dekat denai alam. bila i search la dekat je kalau tak campur jem 20 minit dah sampai. semalam kami pergi pun ambik masa setengah jam je. i sebenarnya tak familliar sangat denai alam ni. yelah dia ceruk sikit kan . kawasan dia macam baru nak bangun  restaurant banyak so tak adalah congested sangat.   


untuk yang nak pergi ni ha alamat dia..


 40/1, Jln Elektron U16/E, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor.  

i pergi semalam tak ikut dash pun i ikut jalan belakang dekat kota damansara je. so dekat

kedai dia medium size tak besar tak kecik. nasib i baik i pergi semalam tak ramai orang. 

untuk peminat kambing wajib datang. husband i memang puas hati sangat semalam makan.

yelah selalunya kami makan dekat pak john steamboat je sebab dekat . tapi since inflasi pak john harga dah naik. sorang cecah rm70 kalau public holiday. kambing dia pulak jenis shabu shabu je 


so kaki steamboat macam i dengan husband pergi la kedai ni okay.








kedai ni bukak pukul  5 pm. so jangan datang tengahari 
petang baru datang okay.


k tu jela korang honest review dari sis.




k tu jela for now byeeee




No comments: