February 6, 2025

talk to my blog like i used to do and i'm stuck?

 


hey guys

sebenarnya  i dah lama nak cerita dekat sini. tapi i takut.i am torn between nak beritahu but dalam masa yang sama i want to protect it because evil eyes ... yada yada. jinx ...

yada yada..



orang kata jangan beritahu something kita nak buat sampai la benda tu jadi. 

i am dying to tell you because tbh i rasa tak happy bila i tak meluahkan dekat sini. i mean come on 

i dah dengan blog ni since my teen years. dari masa zaman i bercinta putus . met my husband .. khawinnn

and this year our marriage dah nak masuk 7 tahun.  and my blog pulak dah 15 tahun!! kalau blog i manusia tahun ni dia form 3. 


this blog dah tengok i grow dari immature teen yang otak dia fikir cinta macam lah penting sangat sampailah ke diri i yang sekarang. 


ada tak benda i menyesal?  jujurnya ada tapi i cuba buang jauh jauh sebab tu kan takdir Allah.

i tak tahu i pernah cakap ke tak i menyesal ambik engineering. even i grad on time tapi i tak happy.


korang faham tak perasaan tak fulfill tu?


actually kan i ni suka belajar. dulu i tak sambung degree sebab duit jelah. adik adik i ramai belajar serentak. mula mula i mintak tu memang la tak dapat sebab i pilih kos lain . 


lepas tu i dapat second intake uthm degree. and  private tak payah cerita la banyak. tapi i je tak pergi

utm space pun ada panggil untuk part time. kekangan masa  tu memang duit. masa tu tak sangat.sebab i kerja office hour.


sekarang kan guys i stuck with my diploma. i nak further degree tapi macam dah lambat tau.

sebab part time degree mau umur 38 baru habis  :'D

So i nak sangat master. sekarang i malas nak fikir jinx ke. evil eyes ke. 

kalau Allah kata dia bagi. dia bagilah betul tak?


so apa yang buat i agak tersekat sekarang ni ialah MASA. duit tu ye jugak tapi tak sangat.

korang tahu kan i dah beli rumah? rumah tu maybe tahun ni siap. so  i  memang kena  set aside for that.


that's why i tak ada nak travel jauh sangat. setakat indonesia, singapore dengan thailand boleh lah.paling jauh i pergi pun masa buat umrah. tu  pengecualian la ya sebab tu ibadah.

kawan i ada ajak pergi nz, japan. sis memang tak dapat join .   Jujur siapa je taknak pergi guys?

cuma tulah i ni dari kecik suka belajar. i want something for myself.  kalau i tak suka belajar i tak ambik mandarin course tu. it took me 2 years jugak nak grad.


why now? why not before this? okay i heard about apel A  lama dah. sangat lama. cuma i indecisive about the course yang i nak ambik.


if i nak skip degree terus ke master what kind of master yang i boleh ambik if i tak ada basic?

ramai convince me cakap buat je.  i rasa i think too much or i think too deep. 


yes sebab i bukan ambik untuk tunjuk dekat orang


hey... i ada master! No!

i ambik sebab i nak cantikkan resume i. salah satu benda buat i berfikir lama ialah some people say ..

ada master nanti una orang kata kau overqualified.


susah nak dapat kerja.


:/

dah macam mana?

ambik degree lama. ambik master overqualified pulak. adik i yang bawah i fauzi dia ada master . dulu dia lecturer now dia jadi police. dia pernah suggest i ambik master. dia kata kalau ada master boleh pergi apply lecturer kak

haah matilah anak orang. :')

i jenis tak reti ajar. karang student tak stress i yang stress.

last year i  ada apply apel t7. lepastu i tak bayar apa apa sebab i nak change course. masa i call advisor tu 

dia cakap tunggu 6 month apply baru. thennnn  tadi kan guys i bukak la lagi untuk apply baru


lah dia kata i masih belum boleh apply lagi. so i emailed them. whatever the result is sis kena la terima.


lepastu i saja saja isi dekat unitar .  after some research .  unitar ada offer 100% online class je for master bussiness admin. cost dia around rm19500.


i suka 100% online sebab my working hours tak fix. i punya cuti pun tak sama every month.

so kalau physical class susahlah nanti sebab i ada colleague yang sambung master  , degree even phd pun ada.

tapi diorang nak dapat schedule tu jangan cakap la. 


i ada check jugak master by research by uitm. cost dia tak mahal la cuma rm5500.

kalau korang tanya i .. kalau boleh i nak yang murah la. tapi tengoklah macam mana i boleh tak nak independent buat research. research memang tak ada class but everything kena pandai pandai sendiri. 


leganya i dapat cerita dekat sini. rasa macam hilang satu burden dekat bahu. 


i nak let go and let god.  Allah sebaik baik perancang. kenapa i ambik bussiness admin ?

sebab entah after some consideration i think i want that. kalau Allah kata takdir i ambik kos lain i terima tapi hopefully bukan engineering.


oh btw if korang suka study macam i you will find so many program out there pastikan ada mqa. 

i ada je ternampak orang post professional master la apa la tapi tak ada mqa.  ada yang sangat sangat best offer dia fast track 10 bulan je. tapi tak ada mqa yang ada mqa usually 1year-2 years ya dia punya duration.


for me betterlah ambik mqa ya guys. 

i dilemma la sekarang ni.  tapi tu la bila fikir balik masalah i ni kecik je bagi Allah kan. 


sebenarnya i tak suka nak reveal benda benda belum jadi macam ni. but the burden of thinking about this killing me inside. even when i voice out dekat husband dengan dia sekali  pening. 

i am not doing this for pride. i wanna do this for little me. little una.


so yeah after so long i tak menulis macam masa i menulis long time ago. 

here is me open up to my blog again.


to my silent readers. with good or bad intention. if you selalu baca my blog .

i hope my blog inspire you in a way. i manusia yang tak mudah give up. i adalah phases rasa nak give up tu. i pernah hadap rasa pressure . anxiety cuma banyaknya i tak tulis.    


oh btw dekat office i kan ada satu girl ni i letak nama dia s .  dia sekarang tengah nak sambung phd. tengah tengah keserabutan i pasal master ni haritu terbuka la topik study ni dengan dia. 

dia sambung master sambil kerja masa lepas pkp haritu. ada class yang dia kena drive ke university

banyak la nasihat dia bagi dekat i. glad that i found someone yang suka belajar macam i.


korang doakan i ya.


k tu je la for now.


i nak tidur dulu


byeee







No comments:

Diary Raya 2025