March 19, 2025

Service kereta, staycation and ramadan buffet at dorsett putrajaya

 

hey guys... 

seperti mana title blog i nak cerita sikit aktiviti i offday dua hari ni. kereta i kan dah sampai masa kena service tau. semalam 18 march 2024 lepas i habis kerja malam i tiba tiba rasa nak check my old service place ni ada lagi ke tak. sebabnya i kan selalu service di autohome tapi i haritu received messsage katanya autohome dah tutup. 

6 bulan lepas i terpaksa service di ttdi sebab pusat service tu barang tak ada  rupanya diorang nak tutup. memandangkan. ni musim nak raya ni i pun book appointment guna website. i taknak ke ttdi sebab i ada bad experience last 6 month. abang tu cuba ketuk i.service biasa dia add on sampai nak sama dengan harga major service. mentang mentang kita perempuan. lepas kena sound dengan i baru dia cuak and tetiba dia kata dia tak paksa pun and say sorry.


for me that is enough to justify abang tu tak jujur. i paling benci orang tak ada integrity . so masa i book appointment i chose untuk service di bandar sunway. 


okay macam i cakap tadi.. i habis kerja 7 pagi i terus check. proton service centre in kota damansara.

sebelum ni i cari tak jumpa. tapi i found eh....  proton service  3s jawira?

 i nampak alamat dia ni macam autohome punya tempat. dia tukar owner ke? i have to double check bukan apa korang tahu kan tempat tempat di klang valley khususnya damansara ni dia tricky sikit. even dekat dekat boleh jadi satu alamat damansara satu alamat shah alam. 

sebab autohome dulu even dia dekart jalan belakang and sangat dekat dengan kota damansara tapi dia beralamatkan sg buloh and fall under shah alam district.

rumah i pulak damansara petaling jaya. i taknak specify la dekat mana. iykyk la. so lepas i double check dengan review 3s jawira tu betul tu adalah tempat yang sama dengan autohome. maybe diorang just tukar owner je. i memang lega so tak payahla i ke sunway untuk service. 

around 8:30 am i call them and book appointment untuk 11:30 pagi.  i called proton bandar sunway and cancelled the appointment.  basically semalam i macam zombie nak tidur tak boleh mata tak mau lelap. dengan mata half segar half kuyu i ajak husband pergi teman i service kereta.  kebetulan dia ambik 2hari cuti sebab nak spend time dengan i. 


what happened next truly unplanned . alhamdulillah waiting time cuma 2 jam. sementara menunggu i tanya husband harini nak berbuka apa? actually dari last week kami ada plan nak try buffet dekat grandmamas pavillion damansara height . sebab diorang ada promo. i call them tapi dah penuh cuma ada seat dekat luar.

i ajak husband makan menate lagi tapi  tu la last year kami buffet dekat menate juga. rasa macam nak try new place. after menate i rasa tertarik nak pergi jibby east . when i am about to call them tiba tiba


husband : jom buffet dorsett and staycation sekali nak?

me : hah? tak payah la staycation sekali b. buffet jela 

husband : ala takpe bukan selalu. lagipun kita tak staycation lagi this year.

me : hmmm okaylah. (actually dalam hati sis excited)

him: okay tapi ni dorsett putrajaya tau.

me : okay.


so around 1:30  kereta i siap. cuba teka kena bayar berapa? k takpayah teka lambat.

hahaha



alhamdulillah not too expensive.



sementara i tunggu kereta i di service semalam .
my husband memang dah fall in love habis dengan x50  sports edition warna black .
i pulak masih mencintai my baby iriz sepenuh hati HAHAHA.
tak sangka this year my car turn 5 .
habis service kami balik rumah untuk pack barang sikit nak bawak pergi our staycation.




kami staycation just one night hanya semata mata nak makan buffet and truly rest.






untuk buffet for adult only rm148 per pax. 
for sahur rm50 per pax. since we dont eat that much for sahur so kami tak ambik package bersahur sekali.



band yang menyanyi semalam.





i tak sempat nak ambik gambar banyak sebab dah lapar
so ni antara yang ada

bahagia betul eah muka dia. HAHAHA
i kan selalunya buffet tak akan ambik nasi tapi semalam i ambik sebab i tergoda tengok ulam ulam.




19 march 2025  which is today....
i pagi pagi lagi dah bangun. balik dari buffet semalam i memang tidur agak awal .



view subuh from my room. siapa room view lake lagi cantik.


plan pagi ni i nak pergi swimming tapi swimming pool tutup sementara waktu.





i menulis entry yang ni  from hotel jugak. sajalah tulis dekat sini.
feeling la sikit macam work from hotel 
the rest i akan sambung tulis dekat rumah. 
setakat sampai perenggan ni i masih menaip disini.

hmmm next activity harini i pergi mana?


lepas checkout kami decide pergi the curve je.
i tak tahu nak belikan mama apa for raya.

so i end up belikan dia tudung since my brother dah belikan dia baju raya



i jalan jalan tengok booth dekat centre tu. i tertarik dengan muruku. ya sis memang suka muruku.
tu bukan untuk raya la buat sis makan nanti.


lepastu i pergi beli essentials sis dekat guardian.

lepastu husband i beli barang barang untuk berbuka. 
kitorang berbuka caesar salad.



ya jangan pelik bulan ni mengada ngada sikit taste kami ni ha

haritu i makan tiffany's plate

salad pun dah lebih 4 kali bulan ni
sebab kami bosan makan nasi.

lepas  tu  husband ada la beli ice cream from baskin robbin 
lepastu kami balik.



ni la rupa dia . sorry la sis tak ada masa nak susun bagi cantik
but later in the will share recipe salad yang sedap mengikut tekak sis.


tahu tak actually plan tahun ni nak simple simple je.
tak mau keluar budget besar

i dont even buy biscuits and fireworks yet tapi

i already spend almost 2k 

:'D 

k la korang 

i got to go

ttyl

 una mn




No comments: