Hey guys..
harini i nak cerita staycation mengejut lagi. I kan ada post dekat tiktok i haritu i staycation dengan husband dekat robertson. My mom saw the post. Actually mama dah lama dah ajak kitorang ni staycation. Cuma selalunya tak semua boleh datang. Kebetulan my brother and his wife balik kampung this week. and i baru tahu cuti panjang. So mama mintak dia terus book villa. :'D i cuma baca whatsapp tu pagi jumaat. Adik i book untuk sabtu and ahad. Villa tu jauh jugak dari rumah i. dekat bukit tinggi klang. Pada mulanya husband i tak boleh ikut tau sebab yelah dia dah cuti dah. Lepas i pujuk pujuk dia pun pergi jugak HAHAHA. Demi nak jumpa our niece.
So sabtu tu lepas husband i habis kerja kami terus ke sana. mujurlah tak jem sangat. Kalau tak sejam lebih jugaklah. Kami sampai dalam 45 minit je macam tu. yelah maybe ramai orang balik kampung kot.
Villa ni dari luar nampak biasa je. Bila dah masuk okaylah i suka. besar rumah dia. Ada swimming pool, ada tempat barbeque. Karaoke, carom, snooker , chess set, cards and macam macam game lagi. sesuai la untuk family day. Dekat atas ada 4 bilik bawah 1 bilik. ruang tamu dia luar jugak. ikut description boleh muat dalam 25 orang. setiap bilik tu ada 2 katil queen. and setiap bilik tu ada bilik air sendiri. Swimming pool dia pun ada slide . Even pool dia taklah sebesar hotel tapi ada la section for kids and for adult. dekat area bbq tu pun dah ada meja . so lepas bakar bakar makan je dekat luar. TV dia ada netflix, youtube.
Malam tu i order chagee for everyone. Untuk barang barbecue mama and ammar dah beli. So i dengan husband tolong bakar la. I let my brother layan anak dia. I tak terkejar sebab niece i super active. Daddy dia je boleh control dia . :'D
this time adik i fauzi and wife dia pun ada. selalunya susah sikit diorang nak join sebab adik i ni polis . Tahulah kan diorang punya busy macam mana. Oh gathering kalini adik i aqilah tak dapat join sebab last minute. Dia busy tak ada orang ganti kerja dia.
Lepas makan i dengan adik i sembang sampai 3 pagi. lama tak sembang macam tu.kecik kecik selalu gaduh HAHAHA.
lepas tu kami tidur. I bangun agak lambat sebab i pun period . I terbangun sebab my niece ketuk pintu. ammar cakap dia nak mandi pool. i pun turun la tengok dia mandi. She is extrovert tau korang. family kitorang introvert. Ada sorang je extrovert. tak lain tak bukan adik i aqilah. :') ah ghisau.
so sambil sembang2 tu pastu kitorang plan after check out nak pergi family lunch before balik ke rumah masing masing. after some consideration kitorang pun pilih untuk lunch dekat central i city. Kami lunch dekat kyochon.
lepas makan kami pergi ke guardian kebetulan masing masing ada nak beli barang . After that kitorang pun say bye bye to each other.
Kami singgah for dessert . haha i dengan husband makan ice cream robbins
Lepastu i rasa macam taknak balik lagi so we lepak san francisco coffee. I sejak keluar hospital tak minum coffee tau. almost a month. so semalam i cheat day la jap. Lepas coffee coffee kami pun balik. I am so happy dapat jumpa family i .
Mama ada suruh i plan for next year punya kenduri. untuk tahlil arwah abah. tapi this time nak jemput keluarga besar. I kena cari event space yang tak mahal and kena dengan harga. If you guys know mana nak cari let me know k? I nak cari area selangor kl je senang because my cousin , siblings semua kerja selangor KL. Susah nak cari tempat untuk staycation. for our big family so cari event space je la paling senang. Untuk staycation tu i let them pilih sendiri mana diorang nak duduk.
tu jelah korang
till then
ttyl
Una Mn







No comments:
Post a Comment