May 10, 2013

update syok sendiri ;D

hari hari aku sekarang ni banyak dihabiskan pada kerja . dah tak sama macam dulu, kalau dulu aktiviti aku cuma main game dan online sepanjang hari. Bila dah kerja ni banyak juga pengalaman yang aku Berjaya pungut.  aku belajar erti persahabatan, kekeluargaan dikalangan kawan sekerja. aku gembira selepas segala dugaan  yang aku lalui sebelum ni akhirnya aku Berjaya mengubah title penganggur kepada seorang pekerja. jawatan aku disini sebagai site engineer yang mana aku tak tahu celah mana site engineernya. kadang kadang adalah rasa macam engineer sikit-sikit. kadang -kadang rasa macam kerani , kadang-kadang terasa macam makhluk serbaguna. namun biasalah tu, jika company sedang berusaha untuk "menjimatkan kos pekerja" dengan memberi tugas yang berbagai-bagai, kita sebagai "fresh graduate" harus bijak "mencuri ilmu" juga .


"jika ada perkara yang kita perlu tamak, haruslah tamak dengan ilmu" sebab zaman sekarang ilmu itu boleh jadi duit.

ilmu =pengalaman = $$ duit .

DO THE MATH
hahahaha

una memang seorang extremist tatabahasa.


namun kan. kan .kan.. ada banyak  perkara yang buat aku seronok kerja sini.
dan salah satunya sebab kawan sekerja aku dari atas sampai ke bawah semuanya cool. Boleh bergurau, bersembang, dan boleh mencuri ilmu juga..
kat sini yang dah tua tua semua dah khawin , yang muda remaja macam aku ni tak khawin lagi. jap muda remaja? *lempang*. T-T

kat sini tua tua mana pun aku tak panggil abang mahupun pakcik. aku panggil encik je. yang tak berapa nak tua namun umur banyak sikit dari aku, pipah dan wan kami panggil nama je. helmi dan din. diorang ni meskipun kuat mengusik namun hati baik, aku sayang diorang macam abang sendiri. *aku tak ada abang* tapi aku takkan panggil diorang abang la, geli rasanya. perangai sama je dengan kami kami ni.

SO far so good. aku tahu korang perasan entry aku dah makin boring. haruslah diingatkan aku sendiri yang menaip pun rasa boring.



p/s: mungkin "tube" humor aku dah hilang. k lapar nak makan  bai! :)
Post a Comment