March 24, 2014

Selamat pengantin baru dan DDA mini gathering,

Akhirnya.. kawan satu tempat kerja, merangkap teman bercerita, yang setia tadah telinga dengar aku bebel hari hari telah pun bernikah semalam, dan majlis mempelai juga berlaku semalam di taman gadong jaya , labu negeri sembilan.


Hiruk pikuk suasana tak perlu diceritakan lah di sini, aku dari sejak sampai memang makanan je lah yang aku cari :P. Kemudian barulah aku reti nak cari member member  masa zaman study dulu. Oh ya , member aku yang khawin ni bukan sahaja teman satu office aku,malah teman sekelas aku dulu. Mesti beliau tension melihat muka aku dimana mana kan? HAHAHA! 


k dah taknak cakap banyak! kita layan gambar naaa.


ini kejam! aku tak ada dalam gambar ni, sebab aku dah balik. Masa session aku ada, afiq belum sampai! hehe ini sebahagian dari keluarga DDA kami, ada 2,3 orang bukan satu course dengan  tapi satu college. Alah lebih kurang keluarga la jugak tu ;D


Okay ini pulak gambar cikpipah kita yang aku sebut sebut diperenggan di atas, bersama anak buah beliau bernama "mikail"
masa scene ni aku ada kat situ sambil mengira gula gula yang aku berjaya sebat di candy booth beliau. Oh well , aku tak pasti
mikail ni menangis sebab aku ambik gula gula banyak sangat ke atau sebab dia tak cam mak ngah dia. Mihmihmih ;D


ciklia dan simbol peace berpisah tiada . Aku rasa esok esok dah tua tak cam anak dia yang mana senang je , orang kata mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, pasti anak cucu beliau akan mewarisi simbol ini :P 






dan simbol peace cik lia berleluasa di mana-mana, pengantin turut terkena tempias virus virus peace cik lia. Oh tuhannnn.... *rofl*


ini sajalah jejaka jejaka DDA yang ada , lagi beberapa orang manusia tak datang,
kalau diorang datang hancur dah pelamin pengantin tu diorang kerjakan hehehe
dari kiri onchair, afiq, awe. ohh lagi sorang iollz punya partner taknak interframe, time ni dia pergi isi minyak  :)

sekian itu sahajalah yang dapat aku update, mana gambar tuan blog?
taknak letaklah karang ada yang muntah plak, kita letak gambar orang handsome dengan lawa je kali ni mihmihmih :D





Post a Comment