May 4, 2014

Butik Pilihan Saya :)


aku di zon keliru skang

kenapa semua benda nampak cantik?
kenapa semua benda nampak unik?
dan semua benda yang unik dan cantik tu mesti MAHAL?


 Aku ada masalah begini, bila aku tengah "berduit" semua baju nampak buruk.
dan bila aku hampir pokai semua benda tengah sale.
semua benda nampak cantik.


Aku ni suka fashion. Cuma fashion aku tak sama dengan perempuan lain.
well tak adalah pelik sangat. Aku ni simple je orangnya.

kadang kadang tu aku tiru style orang tu pakai tudung,
aku ikut tutorial buat twist sana sini. Last last tak kena dengan muka aku yang _______ ni
so aku pun adjust la sampai dia jadi kena.
A little adjustment here and there ,  and the final look not like  the tutorial
not even close.



pelik?

ye kot.

aku messy . messy sangat . kadang kadang aku suka.
tapi kebanyakan masa aku tak suka.


Rasa cemburu pulak tengok orang lain pakai kemas je :(

okay okay aku ni bebel bebel pulak kat sini.


oh ya alang alang aku dah bebel kat korang ni aku nak share la my current favourite boutique


salah satunya ialah ...

RANO RABELLA 

macam mana aku tahu pasal butik ranorabella ni? actually aku ni suka bukak keek liyana a.k.a lilly the talking flower dan kebetulan lilly ni kawan baik kepada zaim helmi zaini wartawan tv3 tu. So sebagai peminat setia lilly ni aku mestilah stalk dia kan?. Bila stalk stalk tu  nampak dia pakai baju butik ni dan dia salah sorang model atau partner butik ni . Bila scroll punya scroll eh cantik cantik jugak baju kat sini harga pun not bad . Infact lebih murah dari ZARA,H&M,MANGO semua tu . Kalau korang peminat tiga butik famous ni korang harus stalk  instagram ranorabella ni sebab korang boleh dapat baju yang style lebih kurang sama dengan kualiti yang sama juga . Okay malas nak cakap banyak tengok je la gambar gambar bawah ni.










haaa macam mana ? cantik cantik kan?


sebenarnya aku ada minat lagi satu butik milik actress jelita " fazura" . aku malas nak copy banyak banyak gambar sebab semua baju baju dia jual cantik cantik. Tapi antara semua tu aku suka satu baju ni. Baju ni memang sangat sangat cantik di mata aku :)





actually baju fazura pakai ni 2 piece tau.. tapi nampak macam satu piece je kan? Baju ni sangat simple yet fancy . Sesuai dengan manusia macam aku . Haiiiii lepas ni aku nak ajak cousin cousin aku pergi house of doll lah nampaknya ! :)



P/s : Apa style/butik kegemaran korang? sharelah dengan aku! :D


Post a Comment