July 21, 2014

Berbuka puasa di sunway fuzion dan menu menu menarik sehingga menjejes air liur






Sabtu lepas company aku ada organized majlis berbuka puasa untuk consultant dan staff staff dia .
Tempatnya adalah di Sunway Fuzion yang terletak Sunway Resort Hotel and Spa, bersebelahan dengan pyramid. Aku bawa si dia sebagai teman, jadi kami parking dekat basement pyramid sebab malas nak cari parking dekat hotel tu. Yelah kami bukan nak menginap datang nak makan je.  Dalam hati ni memang dah teruja habis, sebabnya aku memang suka makanan ramadhan buffet kat sini.sedap.... dia punya hidangan semua best best. Tahun lepas company kami buat dekat sini jugak cuma bukan fuzion , atlas kalau tak silap. Mula mula sampai..
aku terus cari tempat tahun lepas , yang betul betul depan ice rink cuma kena naik lift sampai third floor . Masa tu si dia ni tengah ralit tengok orang skating. aku tengok tempat lama tu gelap, macam ada renovation sikit. Bila tanya .. rupanya ada jalan kecik menghubungkan antara tempat buffet tahun lepas tu ke tempat baru ni. So jalan punya jalan. Dah sampai hujung aku cum jumpa 1 lift hotel. Lift untuk ke lobby, tadi orang tu kata kena pergi Level 1? ni dalam lift ni tulis lobby je. 

Perghhh masa tu aku nak bertukar jadi anakonda dah... orang ni silap bagi direction ke?
jangan main main dengan orang yang tengah lapar. Dahlah pukul 7.30 waktu tu. So aku tak puas hati masa tu aku tanya receptionist depan lift . 2 orang perempuan yang tengah makan nasi bungkus.
 Aku tanya .. cik mana sunway fuzion yang ada ramadhan  buffet tu? Dua dua tu geleng kepala.. 
rupanya diorang tak tahu.. so dekat situ ada pintu kecik untuk keluar.. aku pun keluar la.. keluar keluar je nah! sebesar alam pintu masuk hotel. Alhamdulillah .. Masuk masuk je 2 orang penyambut tetamu yang bersopan santun tunjukkan kami jalan sampai betul betul depan pintu lift. Masuk lift.. tekan level 1 sampai sampai je terus nampak buffet tersergam indah. 

Macam ni la lebih kurang rupa view dari pintu masuk hotel. Masa aku snap ni  masa nak balik

Pintu gerbang jer pun dan mengujakan. Nanti khawin  konfirm nak honeymoon kat sini *gatal*

Masa  kat atas level ice rink . Aku kemain berbaju kurung dia bantai pakai sweater je. Sabar je lah..
Lepastu tak banyak cerita kami terus cari contract manager kami iaitu miss long , dia tunjukkan table kami. Dan masing masing cepat cepat ambik pinggan dan  cari makanan yang berkenan di hati.
Perut aku punya lapar sampai aku tak "check in" dan snap gambar sebelum makan dah.. Bila dah third plate barulah aku snap gambar dan "check in" .

Ini dah third plate dah masa ni. Semua pun sedap. terumatanya pizza tu dengan shepard pie tu.! :D

Sembang apa tak tau. hahaha kelakar juga miss long ni kan? 


view from out door buffet place. Yang indoor punya makanan berat berat.. yang out door punya makanan macam satay , roti canai. 
This is  our table.  baju biru tu la contract manager kami, yang baju belang belang tu surveyor,yang pegang garfu tu salah seorang dari project manager kami. Yang tudung biru tu aishah officemate aku dan sebelah dia tudung jalur jalur tu housemate dia. Huhu table untuk contractor a.k.a penganjur majlis cuma 1 je.. lain semua di conquer oleh consultant. Diorang siap angkut anak pinak diorang .. Sabar je lah.. bukan nak cakap awal awal. =..='
Nasib bukan duit aku ;D
ini adalah antara port favourite aku. Sebab seafood ni mahal kat luar, tak berbaloi kalau aku beli dan buat kalau aku nak makan sorang jadi ini adalah masa yang sesuai untuk rasa makanan macam ni. Dinasihatkan korang yang ada kesempatan pergi tempat macam ni.. tak payah la ambik nasi. Cepat kenyang nanti.

port salad .. yang ni aku tak ambik sebab salad senang je nak buat.

yang ni aku ambik last last je walaupun satay one of my favourite. aku cuma ambik 4 stick je sebab satay mudah dapat kat luar.  Lagi satu makan satay cepat kenyang which is not practical for me .company bayar Rm 140 per person takkan aku nak makan benda mudah dapat dan cepat kenyang kot?
View dari sudut lain. Banyak port makanan best best terutama dessert. Puding karamel dia sangat sangat smooth and sweet. nak ambik gambar banyak banyak segan. Hehehe



aku balik nak dekat pukul 10 jugak la dalam 9 lebih masa tu . Tapi rasa rugi tak bawak tupperware sorok sorok. Makanan semua sedap sedap. Perut dah kenyang sangat masa tu .. sebab tu balik . risau tak muat baju raya je tahun ni.
Hehehe apa apa pun kalau company aku anjurkan lagi berbuka puasa macam ni. Aku confirm pergi. Ambik kesempatan selagi boleh ye dak? :D

Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya kepada korang yang mengenali aku samaada di dunia maya mahupun di dunia realiti. salah silap harap diampun :D




P/S : Bersih sikit habuk habuk dekat blog ni. kemain liat aku nak menulis entry sejak dua menjak ni. Tak ada idea mungkin :)

Post a Comment