Skip to main content

Travel Diary : Short getaway in Langkawi with Family

Hai assalamualaikum..


Bulan ni merupakan bulan paling busy bagi aku, macam macam benda berlaku. Boleh dikatakan hidup aku agak sibuk sejak 2 menjak ni. Sekarang alhamdulillah kembali stabil. 2 minggu lepas aku sibuk meeting, siapkan report , konflik dengan manusia garang itu. takpe itu kita dah settlekan . kemudian, aku kena menghadiri majlis persandingan abang sepupu aku pulak. sentiasa bergegas ke sana ke mari. kemudian  minggu lepas pulak aku sibuk nak bercuti. Kemain lagi buat checklist nak beli apa . Padahal bukan jauh pun. pergi langkawi je .( tak jauh la sangat .. padahal naik kereta nak sampai ke kuala perlis tu pun dah makan 6 jam T_T)


Biasalah nak buat macam mana aku punya annual leave pun dah habis. Banyak sangat cuti raya haritu, kemudian awal tahun dah habiskan 4 hari cuti sebab nak tolong maklong masa cousin aku ila khawin. kami tak naik flight sebab nak singgah ambik adik lelaki aku kat matrik arau, perlis , so dengan redha kami pun tahan pening dalam kereta. Adik aku habis exam muet dia terus kami bergerak ke jeti kuala perlis. sampai disana beli tiket feri jugak. Sampai sana dalam pukul 3 lebih dapat tiket feri pukul 4 lebih. Aku pun call lah resort yang aku panggil hotel tu (aku memang pelik) 
nak kasi tahu aku sampai lambat sikit. sebab aku yang booking hotel tu. hehehe kalau nak ikutkan ayah aku nak tinggal kat resort kawan dia. tapi aku taknak, aku kan diva (diva ke? ). taklah sebenarnya ... aku  dah tertarik dekat satu resort ni. sebab tu aku tekad nak bercuti dekat situ jugak! :)
Resort apa?resort apa lagi kalau bukan debaron resort  yang terletak di kuah.





 Dari jeti kuah tu 5 minit je kalau naik kereta. Kalau korang nak datang sini sekadar nak makan angin, naik bot pulau ke pulau, tak ada rasa nak shopping sangat. Tak perlu nak sewa kereta pun. tak berbaloi. Lebih baik naik je teksi dekat sana. Murah pun murah. kami selalu naik avanza . rm15 je  sekali hantar untuk ke mana mana. kalau sewa kereta dah rm90 sehari. tak berbaloi kan? minyak lagi nak isi. Kami tak pergi naik kereta kabel pun sebabnya musim ribut macam ni, Aku dengan mama aku takut nak naik masa musim hujan dan petir tu . Kami paranoid kami sedar. T_T . island hopping pun tak dapat sebab ombak yang agak ganas di musim ini agak menyeramkan ye tuan tuan dan puan puan. maka aktiviti kami disini tak lain tak bukan.... swimming, shopping, tidur dan makan! hahaha


Newleyweds  nak honeymoon pun boleh datang sini. tak payah la pergi tempat mahal mahal tak praktikal.  Datang sini je okay?

Second Pool . ini untuk dewasa sahaja. 


First Pool Untuk kanak kanak + dewasa 

part swimming aku paling suka. Masih terasa seperti di dalam kolam. dah la pemandangan heaven gila. kolam renang tepi pantai. Harga hotel pulak taklah mahal mana. Staff semua mesra  pelanggan! what not to like? Kolam pun ada 2 . satu kolam untuk dewasa sahaja.. satu lagi  kolam campur untuk dewasa dan kanak kanak. ada 1 tali untuk  seperate kolam campur ni. so budak budak pendek, kanak kanak riang di larang melepasi tali tersebut. Bahagian kolam kanak kanak ada 2 gelongsor air(kalau dalam gambar ni tak nampak gelongsor sebab gelongsor dia belah kanan sikit), so budak budak boleh feeling macam mandi kat taman tema air. Nice kan?


aku tak ingat kat mana, masa ni kami semua jalan kaki ambik angin.Ni adik 
aku ammar selfie dengan phone aku. suka benor dia dengan front camera 
aku. Ye, aku pun suka itu pasallah aku gigih beli phone ni ;D


ini pintu laluan nak keluar

Ini plak laluan luar sebelum nak sampai ke kolam renang . Tempat ni bagus, pemandangannya hijau je tenang je rasa hati.
Oksigen pun bersepah sana sini. eh...






Makan dekat sini best, bayangkan tengah hi tea sorang sorang mat saleh mata biru tegur kau, hi beautiful..
may i join you? Tidakkah anda perasan lawa secara tiba tiba? tidakkah ? HAHAHA!

haritu masa aku pergi  kapal kapal havoc dekat sini. kemain banyak. Amboi  ramai betul macam tahu tahu je aku ada kat sini? perasan! hahaha! 



Worth every penny you spend . Tahukah anda hotel 5 bintang tak semestinya mempunyai view yang cantik begini? Aku  amat berpuas hati dengan pemandangan yang disajikan disini. Ni kalau seminggu aku tinggal sini mahu banyak jugak sajak dan syair tercipta. Kalah sasterawan negara nanti. Mesti beliau terpegun melihat karya-karya agung aku . *berangan lagi*


k k, i digress ni nak sambung cerita tempat menarik plak.



tempat nak beli coklat? jalan kaki je sampai dah. Hotel aku duduk ni bukan hotel 5 bintang tau.. dalam 3 , 4 bintang je . Tapi itu pun dah cukup.  katil selesa, selimut gebu, bilik ada flat tv siap ada astro, ada security box, fridge, kettle, free 3 in 1 powder drink (nescafe, milo, and etc)


Hari pertama sampai, dapat mandi sekejap je sebabnya pool close pukul 7, kami sampai 6 setengah. Malam tu hujan agak lebat, kami makan dekat luar, dan terjumpa sebuah kedai yang  amat syurga di mata kami. Kedai COKLAT! dalam tu bukan setakat coklat je, kuali, periuk, pinggan mangkuk, beg tarik. semua dijual murah. Rasa tak percaya pun ada. Coklat berbagai jenama dari jenama familiar sampai jenama yang kau tak pernah dengar .. you name it! semua ada.  Tengah syok syok tengok periuk dan kuali, tetiba member office whatsapp nak coklat . Maka operasi membeli coklat pun bermula. aku tengok mama abah dan adik adik masing masing teruja dah. Yelah, segalanya murah kot! aku pun tak faham kenapa di langkawi segalanya murah! Rasa taknak balik terus! :') 

waktu kejadian. Muka terpaksa je masing masing, Adik adik dipaksa bergambar sedangkan mereka sedang
excited mengisi coklat di troli masing masing. 



ini keesokan harinya...kami makan di kenny rogers sebab waktu itu aku nampak ayamnya agak menyelerakan. Punah diet aku



Ingat  aku kata segalanya murah? bila aku kata segalanya murah i really mean it. That's why abah dan aiman adik bongsu aku berjaya membeli phone baru di langkawi. Adik bongsu aku tertarik dengan satu smartphone samsung yang aku lupa jenis apa, Sebab samsung ada terlalu banyak keluaran kan. Abah pulak, tertarik dengan oppo. Mula mula dia nak belikan untuk aiman je , tiba tiba dia sekali sangkut nak beli jugak. diorang beli dekat langkawi parade. Kemudian dari langkawi parade kami pergi jetty point sambung shopping. Hari kedua tu aktiviti kami shopping semata mata. Bukan sekadar coklat, baju baju sekali diorang shopping. Balik shopping semua orang penat dan mengambil keputusan untuk tidur saja petang tu.Tapi oleh kerana aku
bosan yang amat sangat tak boleh tidur, adik aku si aqilah pun dah nyenyak tidur , aku pun ajak aiman turun bawah mandi kolam lagi. Hahaha! 

aku pulak sebagai kakak yang prihatin, mengajar adik aku berenang. ceh prihatin ke? ;p . 





Senja di tepi pantai yang berada betul betul di depan hotel.



kami disana 3 hari 2 malam je. Balik rumah hari isnin hari selasa mama ajak kami pergi shopping lagi kemudian sekali hantar aku balik . Sekarang aku masih dalam mood cuti.


Inshaallah tahun depan kalau ada rezeki, holiday aku pulak belanja. nak kemana?


 mungkin ke sini?








siapa tahu? ada rezeki lebih inshaallah :)











2 comments

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…