October 5, 2020

Tolong adik pindah and mama suruh beli rumah?




hai korang ..  harini i jumpa my parents after few months  tak jumpa. last jumpa raya lepas. 

gila kan sis rasa macam anak derhaka pulak. yelah my mom busy dengan kerja. I pun sama. parents I datang sini sebab nak angkat barang my sis dari kelana jaya ke shah alam . my lil sis dapat kerja dekat shah alam.  semalam i dah pergi hantar barang dia sikit. harini my parents angkat the rest of her stuff. 

pagi pagi lagi i dah keluar ke shah alam pick up my sis and her friend and tunggu my parents dekat kelana jaya. bila my parents sampai I decide bawak diorang pergi makan dulu dekat ikea. i belanja diorang makan meatball and I teman my parents shopping sikit barang rumah and barang untuk my lil brother aiman. dia nak sambung study dekat kl this month. 


there goes my family. 3 lagi adik I tak ada. fauzi and Ammar kerja. aiman Tengah ambik driving license. yang tudung Hitam tu bukan adik i. dia kawan adik I tolong angkat barang sekali tadi.

mula mula my mom cakap taknak beli apa apa. 5 minit masuk inilah yang berlaku k guys. hahaha dia berjalan laju i cant keep up. rasanya orang yang kerja medical line memang macam tu kot.


oh my god.. my father looks old now. I sebenarnya rasa macam tak percaya dia dah tua. few years back he didn't have those wrinkles. 
tapi takpelah he age gracefully. my father suka berkebun .my father dah bersara dari polis. jadi dia ada banyak masa dengan kebun dia. 

my mom beli banyak jugak barang tadi and disebabkan I jenis cepat terpengaruh.. I pun beli la satu barang untuk i. i beli small table yang biasa orang letak atas katil. u nak guna laptop buat kerja ke. tengok movie at your own comfort beli lah. setengah orang beli untuk sarapan atas katil.. HAHAHA



tadi I macam sedih sikit la. i rasa macam i  am not a good daughter. jarang pay them a visit. my mom asked me to proceed beli rumah. cuma current situation buat I rasa insecure nak beli rumah. for me my current salary tak boleh nak beli rumah lagi. sebab I suka leisure-leisure. suka makan kat luar. movies, 

I tak suka rasa my spending di sekat faham tak? kalau combine gaji I dengan husband memang dah boleh beli. tapi tu la ye... I insecure . sebab people can change and husband hanya pinjaman . kalau tidak direbut orang, di ambil tuhan. (i doakan dia panjang umur kalau jodoh kami tak panjang pun) I sayang dia kot hahaha.

I nak if I beli rumah... if anything happen I boleh bayar rumah tu tanpa pening kepala fikir duit tak cukup and kena ada extra at least rm1000 for saving.sebab area Damansara ni apartment/condo/residence harga dia circa rm1400-rm2500 monthly.  currently I maintaining saving rm2000 monthly sebab I suka beli barang.ala kan i ada cerita entry lepas? 

okay lah i cerita lagi sekali. i suka buat bulk saving(itu ke istilah dia? entahlah i hentam je janji korang faham) sebab I suka benda mahal. I sedar diri sendiri tak kaya.

 sekali I dah jatuh cinta dekat benda tu .. i aim I akan beli. sebab kan korang kalau you tak spoil diri you siapa lagi?

partner? parents? no guys no! diorang pun ada benda lain nak buat dengan duit tu.

If you kerja please sayang diri you. kita hidup tak lama tau guys. tak ada jaminan you akan hidup sampai umur 100 or 80 . dengen lifestyle kita makan je order, malas bersenam. ni tak kata dekat korang je tau. dekat diri sendiri. i tak tahu korang anggap duit ni apa.


for me money is a tool. tool for me to gain my happiness. jadi rasa kerja Penat penat tu berbaloi faham tak? sebab once you mati duit you ribu ribu tu or juta juta pun bukan you boleh guna. orang lain dapat. so semasa hidup gunalah duit tu. selain bersedekah, hargailah diri sendiri okay? 


you suka beg lv?  beli je guys . janji cash bukan hutang. suka apa lagi... nak gadget ? haa beli la. 

tapi syaratnya jangan habiskan semua duit tu. macam i cakap tadi.. i suka saving banyak sebab I target by monthly  (ikut harga barang tu).


I bagi contoh senang.  let say gaji I 5 ribu... I guna 2 ribu.. i simpan 3 ribu. 

katalah I nak beli  MacBook satu lagi harga 4 ribu lebih... so next month punya gaji pun 5 ribu kan?i buat benda sama. i guna je 2 ribu . balance 3 ribu tu campur la 3 ribu saving bulan lepas

so 3 ribu campur 3 ribu berapa guys? 


berapa? tak dengar !!! cakaplah kuat sikit!!!


6 ribu una !!! (suara entah dari mana)


pandai!!!! okay .. 6 ribu tolak harga MacBook tu tadi. 

6000-4399= rm 1601.


okay so there you go rm1601 adalah saving korang for 2 months and korang dapat sebiji laptop MacBook.rm1601 bahagi 2= rm800.50 banyak lah tu kan?!!!

disini anda akan rasa gembira untuk saving sebab anda dapat reward iaitu MacBook tu tadi and dalam masa yang sama anda ada saving yang boleh tahan banyak.

I faham kadang kadang circumstances tak membantu i sebelum consistent dulu macam tu jugak.

tapi practice makes perfect.  tu contoh tau guys. I tau ada setengah orang gaji 2 ribu mana nak saving 2 ribu sebulan kan? 


kalau macam tu just set one number yang you rasa mampu stick to that number no matter what. 

I tak cakap gaji i 5 ribu tau, gaji Adalah private and confidential . tu tadi i bagi contoh je.


and apa yang boleh bantu korang achieve target korang adalah kena ada semangat dan usaha yang kuat. 

kalau you pun tak Beria ria nak benda tu, you tak dapat la.  


sorry I digress.. 

jauh melalut dari beli rumah sampai ke saving. haa.. now you get a glimpse kan? some said I like to complicate things. no sayang.. I very particular about this thing.  ada orang suggest I beli rumah luar bandar sewakan dekat orang and take profit something like that. macam game hartanah la. I punya preference beza. bila I beli rumah I memang  nak duduk rumah tu. I ada dapat offer rumah dekat area rumah I ni jugak . ada residence baru naik. monthly dia dalam rm1400 which Is murah la for this location.

tapi macam i cakap for this current situation I memang sangat tak berani beli. i kesian jugak dekat orang buat sale sekarang. mesti affected betul diorang Sekarang. bukan diorang je... ramai la orang affected. 


I betul betul harap this covid virus hilang. semoga kita semua bawah lindungan ALLAH


eh guys... I nak main game la . dah lama tak jenguk game I tu.


korang kalau main homescapes Roger Roger I tau. masuk team I kita boleh exchange lives haha.  Roger Kat instagram I @unamn


till then 

bye bye 


una mn



No comments: