November 15, 2020

hari ahad yang kelam kabut and iPhone 12 habis?



 

hello guyss.. buat apa tu?

harini hidup I agak kelam kabut sikit.  i Bangun pagi... golek golek atas katil (macam sushi) 

lepastu husband I tiba tiba cakap



him : awak jom keluar... 

me: hmmm tapi I expect barang office sampai .

him : jomlahhh mana ada orang buat delivery hari ahad.



lepas google aah maybe tak ada delivery  hari ahad. why not? even though pkpb and orang digalakkan duduk di rumah ... I masih keluar untuk rancakkan ekonomi negara (tibeh). takpelah janji ikut sop kan?

mula mula i pergi Mac city ingat nak settlekan my last wishlist iaitu beli iPhone 12 pro memandangkan casing dia I Dah siap beli 3 . sampai sana habis stock guys. so Mac city cakap yang Ramai orang beratur ambik tu semua pre order punya. so dinasihatkan I buat pre order. kalau korang kenal i. korang tahu I ni impulsive orangnya. I mean bila I pre order japgi takut I tak reti sabar. sebab pre order tak boleh refund, Tukar giga byte or warna. tak boleh kau pre order warna graphite tiba tiba nak ambik blue. cannot. 

habis usha usha dekat mac city kitorang makan dulu kat ikea. baru je makanan sampai 

belum sempat masuk mulut lagi ada orang call beritahu barang office dah nak sampai. HAAHAHAHA

tak kelakar okay . mujur la rumah i dengan ikea tu taklah jauh. so i makan meatball ... I terus balik 

ambik barang. so makanan lain husband I makan Sebab dia taknak ikut i balik. dia suruh i balik ambik barang lepastu patah balik the curve keluar balik dengan dia 😅😅




dapat je barang  sis patah balik ke sana. kali ni kitorang Sambung usha iPhone dekat machine, epi centre and harvey norman. semua tempat habis. lain macam rakyat Malaysia. banyak je duit dia Kalau beli gadget.


sis tak sama tau. sis beli sebab memang phone sis dah rosak. (done back up diri sendiri) so kalau ada antara readers yang nak beli iPhone 12 ni dinasihatkan pergilah buat pre order . 


ni sis usha area Damansara la. area lain sis tak tahu.. 


oh anyway sis dah finalised wishlist next year. apa? rahsia la..


doakan I kaya and berjaya kay. I doakan you guys jugak.


till then


ttyl


Una Mn💋

No comments: