January 14, 2023

staycation 3days 2 nights at ceylonz suites with husband


 


Hi guys .


isnin lepas i dengan husband berkesempatan pergi ke ceylonz suites di bukit ceylonz kl.

actually this is our last minute plan. our initial plan ialah nak mandi dekat waterfall.


tapi sayangnya sekarang kan musim hujan. and plus our family tak dapat nak join.

mandi waterfall berdua rasanya kurang seronok. yelah berkelah ramai ramai kan best.


so we decided to just pergi staycation je . kami plan a night before. memang betul betul last minute.



9 january 2023 (isnin)

before check in kami pergi kedai ustaz di kota damansara nak cari waterproof case for our iphone. 

dulu ada dah tapi satu lagi hilang pergi mana entah so husband i pergi beli lagi satu. 

lepastu kami pada mulanya decide nak makan dekat sambal ss taman tun , tapi korang tahu jela

dekat situ bukan main susah dapat parking. lepas pusing 2,3 kali sis give up.


then we went to kg baru. plan  nak makan nasi berlauk dekat chunburi. sampai sana

lahhh chunburi tutup. oleh sebab masa tak banyak i tiba tiba teringat sehari sebelum tu my colleague cakap dia pergi makan dekat bife charcoal steakhouse putrajaya. memandangkan i dekat kl i saja tengok kot ada branch dekat dekat. sekali i jumpa branch the linc.




so inilah dia kedai tu. kalau tanya honest review. harga dia memang standart la steakhouse.

dia ada buffet pulak. cuma dari segi rasa i rasa kurang suka. maybe tekak i dengan husband la kan . 

dia tak adalah tak sedap. boleh makan but i expected more. so a bit frustating for me.

lepas makan kami terus pergi ke ceylonz suites bukit ceylonz. dari the linc tak jauh pun . dekat je .

sampai sana my husband je turun ambik kunci & bayar deposit rm100. first impression  i

ceylonz ni memang best.  even dia agak kecik la sebab studio kan. tapi harga dia pun tak mahal.

kitorang dapat tingkat 29. yang bestnya ada wifi and ada netflix.  





dalam our studio tu ada microwave ke oven entah bentuk macam oven anggap je la oven ye. 

lepastu ada mini fridge as usual.  cutleries pun ada i mean lengkap la. malam tu kami tak keluar.

kami just tengok netflix. i watch wednesday series yang hype haritu. i understand now kenapa ramai suka series tu. we ordered sugarbun for dinner. 



10 january 2023.




bangun pagi je kami breakfast roti and i drink twister orange. lah macam cerita orang kaya dekat tv3

papa dah lewat pergi kerja  anak anak minum air oren. lah tiba :'D

lepas our breakfast we went up to swim. ya swimming pool dekat tingkat 37 .  masa kami sampai memang tak ada orang lagi. kami swimming around 1 hour jugak la. i betul betul rasa relieved gila memandangkan







i memang suka swimming. rasa macam segala beban kerja sis hilang sekejap. sambil sambil kami menikmati pemandangan indah dari situ. 

puas swimming kami tukar baju lepastu naik rooftop dekat sky garden. ambik ambik gambar and balik ke bilik balik. we spend the rest of the day tidur & netflix again.  malam tu we ordered costa coffee  & layan youtube cerita abang joe. 




11 january 2023









we had our breakfast around 9 am sebab kami lambat order makan. lepas makan kami terus pergi swimming . after 1 hour kami naik sebab nak siap siap check out. and thats how our staycation end .i rasa i nak amalkan staycation on the budget macam ni selalu. save our money banyak la instead of going out.we enjoy our time there. betul betul rest.  

after check out actually we wanted to go for movie tapi tak ada cerita best. so we decided pergi makan dekat ipc. we went to sukiya ipc. before this i dah banyak kali try sukiya and i tak berapa suka.

after visit entah kali ke berapa baru i boleh suka. okeylah bolehlah. hahha














after lunch i dengan husband jalan jalan cari hadiah untuk birthday my cousin. 

so we belikan dia tudungpeople . she love that brands and i love it too.  lepastu kami pergi ke mall seberang ( the curve) . plan asal nak jalan jalan tengok sale. lepastu i teringat i nak buat spec. alang alang i buat dekat whoosh the curve.  company benefit i last year i tak claim sangat so this year awal awal i nak claim. rasa rugi pulak tak buat haritu . 


lepas tempah spec i pun pergi ke sunway to send the present. alhamdulillah she like it.

after that we head home. 


update : harini 14 january 2023 (saturday)

spec i finally siap. tadaaaaa


yang ni 2 in 1. yang warna hitam i pakai untuk silau kalau kena matahari ke apa.
yang normal i boleh buat kerja.

semoga spec ni berfungsi dengan baik. alhamdulillah tak ada lagi problem nak drive time matahari terik.


k tu je la korang for now.


till then 



ttyl 


una mn



No comments: