January 17, 2023

Third Wishlist completed ( Tiffanny hardware 916 gold)

 



hai assalamualaikum korang.

harini alhamdulillah i manage to settlekan wishlist yang ketiga untuk tahun ni.

syukur atas segala rezeki yang Allah pinjamkan pada i.


secara jujur i sebenarnya nak fokus simpan emas 999 tapi tu la kan perempuan ni rambang mata haha.

i will try my best untuk control dari beli terlalu banyak gold jewelleries.


bukan tak okay beli jewelleries ni cuma yelah my main focus untuk hari tua .

even i pun tak tahu hidup sampai bila tapi anggap jela ya sampai tua.


kronologi


i scroll instagram masa break kerja. scroll punya scroll nampak ada satu kedai emas ni online.

so kedai ni actually owner dia my friend cousin . so i sajalah join. so dia punya staff layan je i nak tengok emas even i tak cakap nak beli. i tanya dia tiffanny hardware ada tak?


si dia tunjuk and bagitahu harga semua. so kitorang whatsapp  and i decided to buy it there.

habis je kerja pukul 4 i terus gerak ke sana. kedai tutup pukul 5. i sampai wangsa maju around 4.35-4.40 macam tu. Ya Allah guys korang betul betul kena pergi kedai sebab dia free upah, kedai dia cantik layanan dia macam korang ni vip.


pasal parking tak payah risau ada je parking space berbayar kalau tak ada space parking depan kedai.


\


i beli ni rm269/gram  berat dia : 20.17gram 

so harga dia : rm5425.73


okay lah  so ni la close up dia


i cari dah lama benda ni. i tanya dekat banyak kedai memang tak ada ready stock kebanyakannya kena custom and i bukan manusia yang jenis sabar nak tunggu hahaha.

yang jauh nak beli online pun boleh



i dapat freebies jugak i dapat sejadah dari turki, tasbih  and cookies. 

kedai ni baru je launch haritu selama ni diorang beroperasi online je

so sila lah pergi ye.


i promote ikhlas  sebab i suka tengok melayu melayu kaya jual emas ni. 



okay itu saja i nak share 

inshallah my next wishlist bukan barang lagi.
kalau i tak kedepankan apa apa wishlist lain la.

till then ttyl 

una mn








No comments: