August 17, 2023

mama endoscopy journey



 


Hi guys.. 

so today i nak cerita  sikit about my mom endoscopy journey. i selalu cakap i akan cerita benda indah indah je dekat blog ni kan. tapi i rasa sesekali tak salah i cerita realiti hidup. sebba benda ni pun i akan baca beberapa tahun akan datang (kalau umur panjang). 


ceritanya begini... sejak case dengan amanah raya haritu adalah beberapa benda datang bertalu talu .  my mom yang masih grieving pun tak boleh cope. perasaan dia bercelaru menyebabkan akhirnya dia terkena gerd. anxiety attack and badan dia macam banyak gila keluar angin. i bawak dia merata. berurut dekat thai odeyssey la.. berurut kampung la. sebba i fikir dia cuma stress. i brought her everywhere . kerap jugak i balik  back and forth sabak bernam - damansara. oleh kerana i masih hybrid  3 days in office 2 days wfh so  i dapat balik lama sikit kadang kadang. sometimes husband i akan ikut sometimes tak  sebab dia hari hari kena masuk kerja kecuali offday dia la. 



after semua benda kitorang buat tak jadi. my mom pun berpantang jugak makan. kesian tengok dia sakit . i luahkan dekat my cousin yang sekarang tengah bekerja dekat mekah. she is nurse btw.  dia suggest buat endoscopy sebab dia pun pernah buat.   our choice either kpj and assunta. since my cousin pernah buat dekat assunta dia kata okay.  then i told my brother ammar about it.


masa i dapat suggestion tu ... jumaat last week. masa tu i dah balik damansara for work. kebetulan hari jumaat lepas my brother akan balik sebab nak mengundi sabtu tu. lepas je vote selesai dia terus bawak mama ke assunta pj .




sampai sana penat lah adik i ni nak memujuk mama.  mama ni kan bekas nurse tau. tapi dia punya degil Ya rabbi . :'D   mujur adik i pujuk pujuk akhirnya dia setuju. lagipun we went to private bagi ubat pengsan terus. tak rasa apa.


ahad pagi  my mom mengadu .. perut dia tak selesa kembung makan ubat. i buat bodoh je HAHAHA.

kesian tapi nak cepat baik kan. i tengok dekat hello doctor cakap memang after that procedure normal perut akan rasa kembung. i insist suruh dia makan ubat even i jauh kan. tak dapat nak check dia makan ke tak.

next follow up doctor tetapkan pada khamis 17 august. tapi oleh sebab i ni khamis malam kerja . i taknak rushing. so i asked my brother untuk tukar follow up tu jadi hari  rabu sebab i cuti bulan ni selasa rabu. 


memandangkan isnin malam i kerja masuk office pulak. i habis kerja 7 pagi  so  that whole day i prefer tidur. lepas tidur beberapa jam i drive balik sabak bernam.


16 august 2023 

9.20 pagi kami bertolak dari sabak bernam ke damansara. kami sampai assunta almost 12 sebabnya jalan agak jem ya yelah tengahari kan. sampai sana daftar mama and we wait. kami tunggu agak lama dah macam tunggu hospital kerajaan. tahu sebab apa? ramai jugak pesakit dia. pukul 5 baru mama dapat masuk dalam. 5 hours of waiting. lepas masuk. check up semua. ambik ubat pergi kaunter bayaran









agak mahal jugak. next follow up 9 september. maybe mama akan pergi dengan ammar. ubat mama cost around rm538. hari sabtu lepas endoscopy cost rm1500. apa apa pun duit boleh cari . yang penting dia sihat.  settle semua kami decide nak pergi makan. 


macam biasa i ajak mama lepak ipc sementara tunggu jem reda. kami dinner dekat sana .kami makan dekat food court ipc je sebab senang sana ada bubur. mama makan bubur and cakoi from i love yoo. i pulak order bibimbap beef from myeongdong topokki. lepas dinner i teman mama solat dekat surau ipc. i tak boleh solat tetiba je masa nak solat dekat surau assunta i realize i period. mujur mama bawak pantyliner. boleh la jugak sementara nak tunggu pergi mall ipc beli. i nak mintak nurse dekat situ segan. 



lepas mama solat apa semua kami jalan jalan cuci mata dekat bens sekejap . mama beli tepung organic yang tak ada gluten. ya my mom tiba tiba macam allergic to gluten. maybe punca dari gerd jugak tu. 


so best choice beli jela. 


before  sampai rumah i drive thru mcd for my lil brother aiman dekat rumah. kami sampai rumah almost 11pm.  



17 august 

here i am back to damansara . pagi tadi i bangun awal jugak even i penat sebab i ada banyak kerja. 

i settlekan trainings . read all the updates. study sikit for my pkt test. my work require me to always read. 

i kena baca and i ada monthly compulsory test untuk test my knowledge.   pukul 1 after pack up and lunch with mama i bergerak balik ke sabak bernam. dalam 1 lebih jugak i bertolak. i reach home around 3.10 macam tu. i sampai rumah i rest kejap and cuba tidur . tapi tak boleh guys.... HAHAHA.


oh ya i lupa nak cerita.  i sebenarnya tak suka sangat cerita problems i dekat blog.  tapi since benda ni dah settle i rasa okaylah i cerita.  ada one incident happened la on monday morning. i habis kerja and sampai rumah lebih kurang pukul 8 pagi sebab i singgah beli roti canai untuk breakfast dengan husband i.  so masa i sampai rumah kereta i double park. i asked my husband untuk alih parking.


rumah i atas bukit tau guys. untuk masuk dan keluar dia one way.  so my husband pergi alih kereta lepas breakfast i pulak nak tidur. baru i nak tidur..... tiba tiba my husband call i beritahu dia terlanggar kereta orang yang tengah park.  cerita dia orang kat  damansara ni kadang otak tak ada. dah tahu one way tau.

motorcycle from block sebelah lawan arus. my husband tengah alih parking dia nyaris nak langgar kereta tu.. so dia time tu tengah undur ye sitiuation dia. so instead of dia tekan brake dia tertekan minyak. 

due to privacy i taknak update gambar kereta tu cuma agak terus la kereta orang tu even dia wira je. 

my baby iriz terluka jugak. patah hati sis tengah bahagian pintu tempat pemandu bergaris.


since kereta tu dekat parking 100% salah husband la kan. so i tulis nombor i selit dekat kereta kena langgar tu. i told my friend about it .  guess their respond? kenapa tak biar je?


i macam nilah ye... i letak tempat i dekat owner kereta tu. kalau jadi dekat i mesti i sedih. 

lagipun tuhan maha adil. kalau kita tak bagi hak orang , satu hari nanti Allah  balas balik perbuatan jahat kita. so jangan ambik hak orang lain dan nafikan hak orang lain.


i tanya owner kereta nak pergi report police ke tak?  kereta tu ayah dia punya sebenarnya. dia baru datang sini dari kedah. baru mula kerja.  i pun tak tahu procedure. i cakap tak apa claim insurance i. i bagi dia berbincang dengan husband. 


i tanya my cousin jugak yang arif benda benda ni. memang kos dia mahal . cost him rm2.3k tapi atas budi bicara dia. dia mintak 1k je.  husband i pun gantilah 1k. baru je selesai tadi. 



so yeah lega sikit. actually masa lepas benda tu jadi i agak marah dengan husband i. tapi mama sayang benar menantunya . mama pujuk cakap duit boleh cari kakak. jangan marah dia. dia tak sengaja. HAHAHA


oh ya i lega jugak i dah settle jawab my monthly test tadi. 



k la korang i nak kerja ni. 


till then 


ttyl



una mn


No comments: