May 15, 2024

another short staycation with husband and mother in law

 



hi guys..


harini i  penat sangat sangat sampai i mc. i jarang ambik mc even sakit. tapi ni ambik sebab penat.

ceritanya begini.  dalam 2 minggu lepas Mil cakap dia nak jumpa husband i before kenduri. plan asal kami akan jalan jalan lepas kenduri saudara husband 19 may ni. so kami tak expect yang we should ambik my mother in law dekat airport. sebab selalunya kami akan ada anak saudara dia ambik. entah macam mana my mother in law nak jalan jalan KL dia cakap so dia pun  mintak kami ambik. kebetulan flight dia on 14 may and i offday. lepastu kami terus book a place yang tak jauh dari airport. i dah pernah pergi tempat tu sebelum ni. tak lain tak bukan dekat conezion.

tbh management conezion sekarang dah banned air bnb. sebelum ni tak kena banned pun entahlah house rule baru. owner buat senyap senyap je. my pov on this i rasa owner ada hak sewakan rumah tu sebab dia yang bayar house loan dekat bank. so sukahati dia la nak sewakan ke tak.  eh tiba plak sis marah pasal ni.


ala sambil sambil la ye.  tbh kami tak tahu awal. dah bayar baru tahu.   so nak taknak kena proceed. kami tidur satu malam je sebab esoknya mak nak pergi seremban dah and i pun kena kerja.


14 may 2024

kami sampai conezion around 4:05 3 lebih macam tu. dah check in rehat rehat. husband mengadu lapar. 

so kami turun bawah sebab dekat shoplot bawah ada macam macam kedai. so we went to sugar bun.

i masih kenyang sebab before gerak ke putrajaya tu kami actually dah makan dah .  husband order nasi i pulak makan onion ring .


senyum dia dapat kedai fav dia. orang sarawak kan. memang comfort food dia la i rasa

lepas makan situ i masuk watson sebab i tahu nak bersiap jumpa my mother in law nanti kenalah slay. masih ada foundation cuma entahlah pakai skintific cushion lebih senang and cepat. i cari cari and finally jumpa shade yang dah lama i cari. i pakai shade 01 . sebelum ni i pakai 02 tapi bila oxidized kulit i nampak gelap. i belilah 1 shade lighter than my actual skin supaya nampak okay. lepas pergi watson kami saja masuk emart sebab i nak beli berus gigi. berus gigi i tertinggal. sambil tu nampak air yang i nak try and saja nak cuba ice cream and hotteok . 



tbh hotteok ni macam pau goreng je :"D tbh pau goreng lagi sedap HAHAHA. lepas siap makan kami naik atas rest jap perut yang kekenyangan tu lepastu kami tukar pakai baju berenang. i rasa swimming ni adalah satu satunya aktiviti yang takpayah heret heret i , i akan pergi dengan rela hati.  rumah sewa i sekarang apartment biasa je. tunggulah rumah sendiri siap. inshaAllah akan dimanfaatkan gym and swimming pool tu nanti..


lepas swimming kami naik dalam sejam lebih kami naik ke rumah and siap siap bergerak ke KLIA
my mother in law naik mas so kena pergi KLIA1.
kami sampai pun ngam ngam je dia dah kat luar. 
kami pergi dinner dekat zam ikan bakar.



i order 1 sotong double xl, 1 sotong 3xl, nasi ada 4, lepastu my mother in law makan tilapia, and her cousin makan ikan keli. husband ada jugak order udang celup tepung, tomyam campur. air pulak ada 4 i tak ingat apa and i ada order abc 1. total rm150 je. murah kan?

dari segi rasa... tbh i pernah makan yang lebih sedap dari ni. 
dari segi portion okaylah.
maybe tekak i suka kuah rempah bakar dia pedas manis. tapi dekat sini lebih kepada masin
after makan kami balik tidur.


subuh di conezion.
for breakfast husband turun kedai mamak bawak belikan kami sarapan .
kami malas nak turun.



habit husband suka makan depan tv.

lepas breakfast kami rehat and kemas kemas barang and checkout. kami check out around 11 am
kami terus ke sogo sebab MIL i dengan cousin dia nak  pergi muaz.


tbh i tak faham sangat kenapa orang tua suka betul pergi sogo.
banyak sale ke apa ke for me i tak rasa mall tu menarik.
maybe sebab i muda kot.



kami parking dalam sogo and berjalan kaki keluar sebab muaz ni kat luar.
mother in law i nak beli tudung. i pun turut sama beli .
okaylah  tudung sini murah murah kualiti not bad.
i tak beli 2,3 helai je.

kami habis shopping MIL and cousin dia masih kat dalam.
lepastu diorang nak pergi kedai lain.
sudahnya i dengan husband masuk balik sogo makan dulu lunch 
sambil menunggu diorang berjalan.
kami makan dekat secret recipe je.
MIL and cousin dia masih kenyang



terpaksa minum air tu. sebab mesin air rosak ke apa benda entah.
lepas makan mil nak beli barang kat diy sementara sis pergi ke boost .
after settle semua mil and cousin dia nak beransur ke seremban. 
sis tak dapat hantar diorang ke sana hanya mampu hantar ke KL sentral sebab malam ni sis ada kelas.



lepas hantar MIL ke train KL sentral kami pun balik. 
on the way balik tu i raa penat sangat sangat so i mc la. 
i tak boleh skip class sbb i dh bayar.

dalam keadaan penat i attend jugak class even via zoom.
cuma nak kerja 8 jam tu je i tak larat .
class 2 jam tu pun mata i tertutup HAHAHA

sumpah i tak tahu apa yg masuk.

sampai laoshi i yang tak ada dalam class tu pun kan

lepas every class kami kena snap gambar.
ada gambar i tidur.

dia siap whatsapp i lagi

adoi parah ni :'D



gambar i taknak la tunjuk aib guys.

k lah korang i penat ni.

i nak tidur dulu ya


till then

ttyl


 una mn














No comments: