May 19, 2024

kenduri at husband side and "browsing" furniture for our future home.

 



hi guys..

harini merupakan hari dimana sis agak penat. sis kerja malam bulan ni so balik pagi.

sis sampai rumah around 8 sebab on the way balik i beli breakfast dulu sebab kami masing masing lapar. 

sampai rumah i cakap dengan husband bagi i tidur dulu nanti around 12 ke baru i bangun siap siap. 


tapi biasalah kita hanya mampu merancang. i tidur husband pun ikut sambung tidur sekali.

kami terjaga dah nak pukul 1. kenduri pulak dekat bangi convention centre. almost 1 hour from our home.


kelam kabut mandi siap siap. kami sampai sana dah pukul 2 lebih.   yelah perempuan  ni lambat macam mana pun mesti kena presentable.




masa kami sampai ramai jugak yang dah balik. 
gambar gambar masa majlis ada dekat photographer. 
sis kurangkan main phone sebab jumpa family belah dia kan.
nak selfie pun segan sebab ada antara family yang bukan i je ...
husband pun dah 5 tahun tak jumpa.


lepas makan sembang sembang ambik gambar.
kami pun balik .

on the way balik kami rasa macam hari masih panjang.
so decide nak singgah ipc.
kami ke ipc jalan jalan jap cuci mata browsing furniture.
rumah kami belum siap pun lagi.
tapi saja nak update ourself current furniture price.

kami ke harvey norman.

harga dia a bit pricey for me tapi i suka design dia.
if i can get the same quality and price at lower price i will definitely buy from that place.



ni  contoh  meja  i suka. i love  muji concept and 
dia punya kerusi selesa nak duduk and agak sturdy.


lepastu sis haus. jumpa vending machine. dia sebenarnya satu hari ni sis banyak je 
minum air sebab baru balik kenduri kan.

memandangkan dekat vending machine tu tak ada spritzer i terpaksa beli ni. 


FUN FACT korang tahu tak kandungan silica dalam spritzer lebih banyak dari dalam air evian ni?
no wonder air spritzer lebih manis. jap ni iklan spritzer ke?

eh bukan. HAHAHA

kami ada jugak tengok beberapa benda lain.

kami masuk dekat signature nak tengok harga cabinet. korang tahu kat signature punya workmanship
helok macam mana kan.

i just datang sana mintak pdf sebab as orang biasa i berhak memilih yang kena dengan poket and cita rasa i.


tapi kalau korang ada budget yang agak besar boleh je pergi sana sebab fyi june ni diorang ada promo.


mana i tahu?


sales person diorang yang bagitahu.


kami beli boost kemudian bergerak balik!


itu sajalah aktiviti harini

sis dah pun mengantuk


till then


ttyl 


una mn







No comments: