July 30, 2024

hampir completekan wishlist ke 2 tahun ni tapi...

 



hi guys

last sunday lepas i habis kerja my husband ajak i tengok deadpool. so we went to tgv one utama. 

for me that movie quite interesting jugaklah. tapi bagi 8/10 je sebab entah sebab i rasa boleh best lagi movie tu.  kami ambik movie pukul 9:45 malam  so movie end around 12. balik je rumah , mandi and siap siap tidur. u know what happened on monday? i ingatkan nak la pergi jumpa dentist lagi to do another 3 ketul gigi i. tapi tak tahulah apa yang penat sangat i spend the rest of the day tidur. yaaaa i sleep like a baby. kebetulan i memang period kan.  


and today pun sama ye.tapi today a bit better la. at least i siapkan dah homework hanzi i.

ni i nak self study hanzi sebab esok malam i ada class. btw schedule next month i dah keluar and i finally dapat morning shift!!!


after so long finally!!!. i selalu kalau cerita i kerja shift orang akan teka dua je. customer service or kilang.

jawapan dia dua dua tak.  i sebenarnya rasa i dah cerita i kerja apa. actually kerja i ni tak payah datang office pun tak pe tapi entahlah motif betul company i nak ikut sangat movement masuk office ni. 

as for now kami masih hybrid. 3 days in the office, 2 days at home. i enjoy je while it last.  

i berangan tau guys nak fully wfh atau remote job yang pay me in usd. if any of u know that kind of job hit me up.

i dont mind to work in night shift pun tbh. asalkan. remote job. i rasa i lebih selesa remote job sebab entahlah maybe sebab less hassle . tak payah iron baju. nak solat senang. everything senang.

i do appreciate my current workplace sebab actually diorang ada je surau, free snacks vending machine and free drink vending machine.

tapi bila kita nak commute to work tu kan agak time consuming .  korang jangan lah fikir i tak bersyukur ya. i bersyukur sangat. at least i ada kerja.


lagipun i dah 4 years ++ kerja company ni. company paling lama i kerja yang treat me like "human"

benefit dia best. dulu masa fully wfh i even boleh claim for my internet bill up to rm200 every month. 

i also boleh claim for my working table and working chair. cool kan? with this job jugak i manage to cross every wishlist i ada.


this year ada 1 wishlist alhamdulillah i dah berjaya cross. i masih rasa i taknak share dulu i will share with u guys nanti. bila? bila i rasa nak .  HAHAHA. tapi ada satu wishlist berupa barang yang i hampir completekan ahad lepas tapi barang tu sold out everywhere.  tolong doakan i dapat barang tu ya. if i manage to completekan that one baru update wishlist i yang dah complete sebelumnya 



hihihi..

so basically i dah ada 1 la wishlist yang i dah complete tahun ni. wishlist pertama tu bukan barang. cuba korang teka apa? wishlist ke 2 ni memang barang. cuma dah tak ada stock kan.  


k la korang saja bagi main teka teki . i tahu i banyak stalker.tolong doakan i bersemangat selalu untuk study hanzi ni. nanti sembang lagi.


till then


ttyl


 una mn



July 22, 2024

Treatment gigi sambil jalan jalan

 


hi korang...

tadikan around 3pm i dengan husband pergi jumpa dentist. kami buat scaling and tampal gigi mana yang patut.  memandangkan i ada benefit company yang i nak guna. 

today i buat scaling, polishing and tampal 2 gigi . ada balance 3 lagi gigi . tu i buat hari lain.sebab doktor tu ada appointment lain. lagi balance 3 batang gigi i akan buat maybe next  month. doktor tu siap soal siasat i lagi tadi


doktor : puan.... gigi puan ni pelik sikitlah.

me : kenapa ya

doktor : kenapa retak  retak ya? 

me : *gelak* saya suka kunyah ais doktor

doktor : saya dah agak dah. geleng kepala 

me : gelak :")

lepas settle dengan gigi kami pergi masuk starling mall. i parking kereta dekat situ. alang alang sajalah jalan. i lama tak jalan mall ni. from 1 level ke satu level. our first stop kami makan ice cream. HAHAHA



ada ke lepas jumpa dentist makan ice cream. lantaklah nak .

lepas makan kami masuk watson sebab dr suggest kami tukar toothbrush lebih kecik. i macam nak try electric toothbrush. tapi kami confused nak pilih mana satu. we decided nanti kami tengok online  for comparison. 




lepastu kami jumpa small booth jual tshirt design dia cute cute. i bought one for me one for husband. 

we pick the same colour and the same design.  harga dia murah guys. rm25 sekali design. kualiti tshirt dia sangat bagus. macam tshirt uniqlo.


lepas tshirt siap kami turun bawah ingat nak pergi makan. sekali i ditahan sales person credit card standart charted. 

selalunya i takkan berhenti sebab i dah ada 2 credit card. 1 uob satu rhb. itu pun dulu i ambik sebab nak beli rumah . saja untuk build good score.  kalau tak i malas jugak nak ambik.  tapi bagus jugak ada credit card ni. masa masa terdesak nak guna. kalau bank problem ke, isi minyak ke . every month ada cashback.




i berhenti tadi tau sebab apa? sebab i nak hadiah!!! HAHAHA. and kebetulan i nampak ada dekat banner cashback rm200. dulu masa i buat card rhb cashback first dapat rm100 je.  so  excited! HAHAHA


 i dah tanya siap siap pasal annual fee dia cakap free waive. so after consideration i pun ambik jelah.

kalau lulus that card i might want to deactivate my rhb card . tengoklah macam mana. banyak banyak pakai sangat pun.  rhb ni buat bayar medical card  and hibah i je every month. setakat ni payment i cantik. 

only use credit card if you boleh bayar on time. i rasa my self control agak okay. sebab i tak tergiur beli iphone ke apa apa phone or gadget baru guna installment.  Allah anugerahkan i rasa anxiety tengok hutang bersebab agaknya. kalau tak ada anxiety langsung susah jugak nanti spend tanpa rasa serba salah tak reti bayar. 



lepas settle semua i pergi early dinner dekat ah cheng laksa. i rindu nak makan  laksa dia. 

after dinner i pergi masuk jaya grocer jap sebab i nak makan buah. i beli apple kat situ entahlah sebab apple dia sedap. lepastu beli cempedak and husband i nak kuaci. keluar je jaya grocer i nak air boost pulak. begitulah kehidupan.



okay pop quiz . berapa i spend harini?


HAHAHA

macam mana nak teka kan.  i rasa kan kehidupan zaman sekarang sangat mencabar.  i doakan kita semua mewah rezeki. semoga Allah berikan kecukupan rezeki untuk kita. 


k la korang i nak rest dulu


ttyl


una mn



July 19, 2024

My colleague last day at work :')

 




hi guys..

tadikan merupakan last day one of my colleague at work.  she is one of the top performer and i selalu tanya dia soalan berkaitan kerja. this past few months she always sit next to me. oh btw i panggil dia farah. 

dia sangat helpful and genuine.  i rasa i dah kerja bertahun ni first i jumpa orang yang willing to help macam dia . i tak tanya lagi dia dah come to me and offer me help. 


oh btw dia dapat kerja tempat baru yang for me jauh lebih baik. not our company competitor .

dia cakap dia pergi 4 interview untuk masuk kerja situ.  Dia dapat kerja dekat BNM guys.



tbh we are not close tau sebab i selalu buat hal sendiri. i mana mana pergi pun sorang je. but great to have someone yang faham je i ni introvert.


i bought her small gift from typo. i actually mula mula nak bagi dia baju.
tapi i tak tahu dia ni suka pakai xs ke s. 

hopefully she loves the gift.

in return petang tu dia belanja kitorang air from mixue.

farah if you read this

i am so happy for you.

you are young and talented .


macam i cakap before this i doa you jadi gabenor one day.

boleh la i flex kat anak cucu i .


cu.... nenek dulu kawan tau dengan gabenor ni 

HAHAHA

kidding.

but anyway kata kata tu satu doa

semoga segala yang terbaik untuk you.


till then

ttyl

 una mn




July 18, 2024

try tiffany's plate tapi fail?

 


hi guys.. 

harini entry i lebih kepada luahan hati. i rasa kan everytime i tulis blog mesti i cakap i busy. ya betul

i rasa masa i tak cukup. sejak i 30 series ni i selalu rasa sibuk sangat. infact i rasa lebih sibuk dari waktu i kerja f&b dulu. bagi yang tak tahu. in 2016 i pernah la jadi manager f&b. cuti dah la sehari je seminggu. memang tak ada life langsung.  cuma yelah bagi orang belum berkhawin gaji dia okay okaylah. masa muda yang tak ada commitment. gaji macam tu memang best. tiap tiap minggu sis pergi sephora. sumpah tak tipu tak caya korek la balik entry lama sis. 

sekarang kan i rasa i need more energy untuk bertahan hidup. i tertanya tanya jugak adakah sebab vaksin eah? i mean u know dulu i taklah teruk macam ni tau.  i dulu gemuk pun energetic tau guys. sumpah i cakap i rasa energy sekarang beza. i think i need to start a healthy lifestyle la


so i adalah try tau a few diet but completely fail sebab portion!!!  i tak tahu korang pernah tak tengok tiktok tiffany's plate. i try la makan macam dia ada sausage, sayur and cicah mustard. cuma i tak letak cottage cheese sebab for me a bit expensive. so i letak mustard dekat ada satu lagi i lupa la nama dia apa nanti letak gambar je okay.  kenapa boleh fail portion? sebab i sekarang kerja 10 pagi sampai 7 malam . untuk bulan ni shift i macam ni. so if i balik or wfh pun i only can prepare food after 7 jadinya yang prepare food husband i. i tag him that tiktok and he did la like in the video. the only flaw is his portion!!



not aesthetically pleasing . tiffay kan dia makan only one big sausage je lain semua sayur.
and sausage dia makan ialah chicken apple sausage. if husband i tak beli chicken apple sausage i faham la sebab mahal ye tapi korang tengoklah timbunan sausage dia tu.  nak bagi less guilt dia cover la atas tu dengan carrot, pastu ada kiwi, apple and asparagus


ni semalam punya plate. mujurlahhhh habis ye.

i rasa i kena buat sendiri la plate ni if i nak ikut diet tiffany tu. 
tapi tak sure la macam mana. sebab husband i sangat creative.

lately banyak dia jugak yang masak. i am so thankful for him.


ni i tengah menaip lepas habis kerja ni husband i tengah goreng ayam.
malam ni tak diet guys. 

tiba tiba mengidam nak makan ayam goreng, timun cicah budu durian.

ni nama dia combination makanan untuk tambah berat.


doakan saya berjaya kurus .

well at least before next trip . 
kemana? rahsiaaaa

i tahu ada yang perasan i tak tulis apa apa wishlist completed pun untuk this year.

actually ada and i prefer to keep it private.

maybe if one day i rasa nak disclose 

korang jumpa la entry tu tiba tiba muncul


k guys i nak solat maghbrib dulu

talk to you guys laterrrrr


xoxo 

una mn


July 16, 2024

Staycation at Arte Mont Kiara

 


hi guys..

nimen hao le ma? tiber intro in mandarin.  okay sebab i dilahirkan busy i straight forward je la ya for entry kali ni. last sunday kan tengah kerja tiba tiba my husband text me ajak staycation. this month i kerja 10am 7pm . kalau staycation kan check in pukul 3. mula mula rasa taknak tapi tu la kami di fasa fasa nak manja manjakan diri nak bertenang tenang. movie pun tak banyak best sekarang. so why not staycation kan?

he convinced me sebab kebetulan i offday isnin selasa. so takpelah check in lambat sikit. so seperti mana title kami tidur di arte mont kiara. i think korang semua tahu tempat ni agak aesthetic .  jarak arte ni dari rumah kami ni bukan jauh mana. cuma yelah rumah sewa i sekarang tak ada swimming pool. so tak kisahlah dekat tak jauh sangat pun nak jugak check in. HAHAHA


kami check in 3 hari 2 malam je. and surprisingly tak mahal pun. btw bawah arte ni ada je mart .

nama dia bila bila mart. harga dia tbh agak pricey la. kalau korang nak check in sini bawalah siap siap air mineral ke, roti ke apa dari rumah untuk kudap kudap malam kan. 


kami ni tak prepare apa sebab last minute.  


ahad  14 july 2024

i habis kerja i ambik husband dekat rumah. kami sampai arte around 8:30pm sebab kami beli dinner dulu.











lepas makan dinner kami turun bawah tengok bila bila mart tu. beli la beberapa snack.


isnin ; 15 july 2024



kami breakfast makan roti titab. kami order grab je senang. lepas makan kami turun bawah pergi swimming. swimming pool dia besar cuma tak la dalam sangat. kalau korang tanya i. i prefer swimming pool yang dalam. macam pool dekat krabi haritu. oh ya pool dekat avillion pd haritu pun dalam jugak.sis suka.  eh kenapa cerita pool ni hahaha





the whole day kami habiskan truly rest. lepas swimming kami naik atas , mandi and order lunch. for lunch kami memang order grab jugak. kami makan nasi kak wok je.  

after lunch teka buat apa? ya kami tidur. HAHAHA . plan konon laaaa petang nak pergi swimming balik. tapi end up kami tengok movie. for dinner that night kami order pizza. 


i tengok cerita melayu lama je. mula mula i tengok istanbul aku datang. lepastu i tengok  cerita zaman college i. lakonan remy ishak dengan maya karin. tajuk dia cun. rindu weh cerita tu! susah nak cari cerita berkualiti zaman sekarang macam yang tu. very nostalgic. 


okay lepas habis movie i pun sambung tidur. 


selasa 16 july 2024

kami pergi swimming lagi pagi tu.  kami turun around 9 pagi swimming dalm sejam pukul 10 kami naik dah. sebab check out 11:30. sempatlah mandi , kemas kemas barang. i kalau staycatio even sekejap i tak pernah tinggal tau i punya macbook and ipad. sebabnya kitorang ni ada habit suka tengok youtuber kisah seram before tidur. i tak tahulah korang ada ke tak tabiat macam i. dah bertahun jugak la kitorang macam ni. boleh tertidur tau dengar cerita seram tu. dia macam lullaby pun ada.

habis check out je kami terus pergi publika sebab kami nak try makan dekat jibril.






ya i know kami dah lambat bertahun tahun. masa hype dulu malas nak pergi. as you guys know jibril ni famous dengan mantao and butterclam dia. 


i cakap jujur ya. i maybe termakan bahagian pahit clam tu. i makan 2 je the rest husband i makan. sampai licin dia makan . Dia kata sedap. :'). mujur sis ada order main course which is chicken buttermilk. yang tu sedap guys. tak muak. i like. 



i tak biasa lepak publika ni pernah la datang few times tapi i rasa nanti i might datang lagi sebab i baru tahu dekat sana ada cocodry. ingat bangsar je ada. i might wanna try cocodry publika nanti.



lepas settle kami balik sebab homework mandarin i tak siap lagi guys. esok dah la i ada class.

HAHAHA. ikutkan i nak ajak husband i pergi spa . rindu pulak nak massage massage. takpelah later la eah macam tak ada hari lain  . tu la siapa suruh tak siapkan homework.  kalau dulu boleh relax lagi sebab homework i tulis hanzi je. sekarang homework banyak.  dah macam kena jawab satu set exam paper. 


k tu jela korang. lain kali i tulis lagi.biasalah orang busy ni ada je aktiviti kena buat. HAHAHAH

till then


ttyl


una mn






July 2, 2024

Short Vacation : Krabi with love (long entry with itinerary)

 


Hi guys  entry kalini agak special sebab ni i nak cerita pasal i pergi krabi a few days ago. untuk kenangan and future reference i might include price and everything . our percutian kalini bermula sebab i rasa burn out dengan kerja. we chose a few location tapi sebab kami kekurangan waktu we pick krabi .


25 june 2024


kami tukar rm1300 =  1000 bhat
dekat money exchange the curve.  i pergi shopping baju island hopping and buat mani pedi before fly esoknya.

26 june 2024

husband book air asia ride around 9 am kami bertolak ke airport.
kami decide untuk makan makan dulu.
kami breakfast dekat hometown hainan kopitiam. 

air asia ride fare from my house to klia2 = rm67 




husband makan nasi lemak i pulak makan toast and telur 3 suku. 







krabi dengan malaysia beza 1 jam. so kalau kita pukul 12 tengahari diorang baru pukul 11 pagi.
our flight pukul 1:20  waktu malaysia kami sampai 1:30 pm waktu krabi thailand. 
kami sampai 10 minute awal dari schedule. oh masa pergi ni kami tak duduk sebelah sebelah sebab dua dua nak duduk tepi tingkap. husband i duduk seat 4a  depan i .




so cantik :)


initial plan kami sampai sana nak book grab. tapi turun je flight nampak ada orang pegang board tulis . 150 bhat per person je nak ke aonang.  so untuk 2 orang cuma 300 bhat = rm38 
kalau naik grab 391 bhat. masa ni ada 9 orang dalam ni tak termasuk driver. 
bila naik van share ni just kena sabar la tunggu sampai our turn untuk diturunkan di hotel. and kami yang kena turun last sekali. tapi for me i tak kisah pun sebab rasa sekejap je.




masa ni dah sampai hotel tunggu ambik kunci. masa ni kesabaran sis diuji sebab ada family arab ni dia jenis tak faham bahasa. penatlah  orang kat front desk tu terang banyak kali. 
orang dekat front desk tu cakap bahasa inggeris pelat thai, arab tu pulak cakap bahasa inggeris slang arab.
macam itik cakap dengan ayam. 

:")

this our room i am so happy for this room sebabnya hotel ni pelik dia tak ada lift.
i dapat room dekat bawah so i happy tak payah naik tangga hahaha.
Actually kami nak pool view tapi dah habis.
 husband book from agoda. for 4 days and 3 night we only need to spend rm389 je!
i agak terkejut sebab hotel ni 4 star tau. 

tv ni boleh buat google cast. if korang nak book hotel ni download siap siap movie dari malaysia 
nanti sampai sana adalah benda korang nak tengok. sebab dekat channel tv diorang banyakkkkkkk berita
tak faham kenapa diorang obsess dengan berita .  




lepas kemas kemas sikit kami keluar pergi cari lunch. kami ada nampak recommendation dekat tiktok ada kedai halal yang kami nak cuba. on the way ke sana jumpa 1 booth yang ada orang jaga. 
kami plan esoknya nak pergi island hopping. so lepas di brief kami decide untuk ambik this package. 
harga dia 1400 bhat per pax . if convert lebih kurang rm179 per pax
island hopping ni ada 7 island. package ni diorang akan pickup and hantar balik hotel. 


this is our lunch, husband i suka gila green curry dia. memang sedap and  i pulak sebenarnya
in love dengan thai green tea sampai i beli 2.
kami makan dekat may and zin. 

for nasi 3 , lauk kami ambik seafood tomyam, thai omellette, green curry, and 1 sayur i tak ingat nama dia apa . kami habis =  490 bhat
untuk 3 air thai green tea = 150 bhat 

so total lunch kami = 640 bhat = rm80

for me harga dia reasonable. btw masa kami sampai dia ada bagi appetizer free 
keropok dengan fishcake. ada jugak diorang bagi buah tembikai for free. 
bukan seketul dua tau. satu pinggan!


lepas makan kami balik hotel untuk rest. 

malam sikit around  7:35 pm  kami jalan kaki ke aonang night market



kami jumpa tempat buat cover passport . 
harga dia cuma 100 bhat dapat 1 logo free and buat nama free,

kedai kedai souvenir
Ni i nak pesan. I datang sini tak bawak selipar so i kena beli. I fikir selipar murah kat sini. No , no itu satu kesilapan besar. Korang datang sini beli je selipar siap siap okay.

jangan tanya kenapa blur sebab sis screenshot dari video. 
 lupa nak ambik gambar 
so kita screenshot dari video jela nyah.

kami ke sini dengan 1 tujuan. i nak makan banana pancake! hahaha 


i ambik banana nutella pancake. harga dia 60 bhat
husband i ambik pancake salted egg cheese tak silap i harga dia = 50 bhat
dekat sini i mula mula excited sebab nampak qr code. memandangkan kami dah habis banyak bayar package island hopping haritu ingat nak save cash and nak bayar guna credit card. 
tapi tak boleh ye. qr code ni untuk bank thailand sahaja. 
diorang tak ada terminal. kami cuba bayar guna touch and go jugak tapi tak boleh. 
so sila bawak banyak cash ya. 


zone sini ada halal ada tak halal. tapi dont worry yang halal even tak banyak tapi kedai menarik jugak. 



pancake dia sedap confirm habis.





lepas makan i balik bilik. husband i pulak pergi 7 eleven sorang sorang sebab dia nak cari charger .
ni salah satu mistake kami. kami bawak 1 je universal plug point. 
plug dekat hotel kami ni jenis macam ni

jenis 2 pin macam belah kanan ni.  dekat area hotel kami ada mart tapi dia jual mahal sangat.
so husband i jalan ke belah kiri terjumpa 7 eleven. 
lepas convert around 16 ringgit je dia jual.


malam tu dia ada belikan a few snack untuk kami bawak ke island hopping esoknya sebab kami kena ready dekat hotel 8:30 pagi . 


i siapkan baju untuk island hopping esoknya. dekat dalam i pakai swimming suit.
dekat luar i pakai silk robe yang i beli dekat gmax. ni baju tidur sebenarnya guys tapi sebab dia labuh and menutup aurat why not i pakai kan?




27/6/2024


ni rupanya bila i dah pakai. warna dia lembut sis suka. 





ni truck yang ambik kami depan hotel. kami tunggu dari 8:30 around 8:50 baru sampai. diorang ambik kami last sekali. 

my husband dengan dry bag . dry bag ni company i bagi. 
kalau korang nak island hopping bawaklah dry bag . tak lupa jugak bawak waterproof case macam yang tergantung dekat leher korang. actually memanglah kebanyakan phone sekarang waterproof tapi pakai jelah sebab sis ada trust issue. kalau rosak phone tu bukan senang nak beli lagi.

kami sampai je dekat checkpoint kami menunggu dekat sejak jugaklah baru dapat bertolak ke boat. 
kami di bezakan package mana kami ambik berdasarkan band kami pakai. kami band hijau. 
band hijau ambik package phi phi island.

untuk group kami, kami naik boat no 23.
our tour guide perempuan nickname dia ice.



dari checkpoint kami menunggu tu nak ke boat jauh jugak jalan kaki guys.
bukan senang sis nak jalan kaki jauh.  oh btw untuk package sis ambik ni kan sis tak recommend korang ambik sebabnyaaaa

speed boat memang laju tapi pack dia mashaAllah :') 

sis dan husband duduk hujung boat sebab kami naik lewat. 
tapi hikmahnya kami dapat tengok view orang lain tak sangat HAHAHA



kami turun dekat maya bay. and maya bay ni dulu diorang akan turun kan depan tapi now kena lalu belakang. i susah nak explain but diorang macam tu sebab nak jaga coral. maya bay ni super packed. bila i cakap packed maksudnya betul2 pack. laluan dia sempit.
korang search jela kat tiktok mesti jumpa. 

benda yang kami tak berapa puas hati ialah package kami ni hanya ada snorkeling je tapi tak ada satu pantai pun boleh mandi. 

so better korang ambik package 4 island . sebab package 4 island tu dah la murah dari kitorang punya tapi 2,3 pantai boleh mandi ye.


 ni dekat maya bay. 



shyafiq dekat look out point. ni la tempat dulu orang selalu ambik gambar .
anyway masa ni i tengah duduk sebab i penat nak mampus.
we are not supposed to jalan pun.  i hope they can fix this. kalau nak jaga sangat coral jangan la bukak tempat ni.



ni shyafiq before snorkeling. ombak kuat so i mintak dia pakai vest supaya hati i sedap sikit nak bagi dia turun.




ni dekat phi phi don island . kami baru lepas makan.
masa kami sampai sini kami mabuk laut. kepala pening sebab pagi breakfast kami terlalu ringan. so perut lapar nyah. mat salleh and minah salleh pulak jenis tak reti naik. 
lama betul tunggu dia snorkelling.







sebelum gerak ke next island kami beli ice cream dulu.
sedap weh ice cream dia.


ni kami dah sampai bamboo island .  dekat sini ingatkan boleh mandi. rupanya tak boleh mandi nyah. katanya ada jelly fish. 

tapi kami buat trick. dia cakap tak boleh mandi, dia tak cakap tak boleh main air.
so kami duduk tepi pantai julur kaki biar ombak datang dekat kitorang HAHAHA
bolehla buat rasa rasa kan. air dia cantik jernih.




ni muka orang penat , ni kami dah sampai aonang beach balik. 


kami naik truck untuk dihantar balik oleh pihak tour guide .
oh btw budak ni comel gila. dia redha je mak ayah dia bawak island hopping.
berpanas panas elok je tidur. dia tidur bangun makan, minum susu je.
nama dia dahlia. 




balik je sampai hotel kami pergi swimming .  so ingat ya , kalau nak pergi island hopping krabi
jangan ambik 7 island . ambik 4 island je. if ada budget lebih or datang dengan family 
korang sewa je private tour naik speed boat or long tail.
we aim for private tour if we come again.


yang pool view memang best kalau dekat hotel ni. bukak je sliding door nampak kolam. 
terus boleh terjun. kami mandi dalam sejam lepastu naik sebab husband i lapar.
sebab i penat sangat i suruh dia beli makanan and ajak dia makan dekat bilik je.

i makan banana pancake lagi .sedap guys!



sebab tengahari tadi dah makan berat and i tak berapa lapar.
so i nak fish cake. menariknya benda ni sebenarnya tak jual. diorang just bagi free as appetizer .
ni one of appetizer dia bagi masa i makan  hari pertama tapi tak sebanyak ni la.
dia bagi kecik kecik. tapi sebab i nak diorang sanggup jual.

ni la kelebihan peniaga thailand. benda tak ada dalam menu pun diorang jual . janji ada duit.

lepas makan kami pun berehat and tidur.....

around 9 lebih malam kami decide nak pergi jalan 7 eleven.  kami pergi tengok barang barang yang ada
kami shopping macam -macam. 
antaranya susu meiji , cereal,  i beli glutha cream and ada pill gluta jugak .
ada serum eish macam macam lah.

ice cream ni sedap gila. tolonglah cuba













kami habis 933 bhat = rm121.80

dekat sini kami bayar pakai touch and go. 
first time shopping dekat 7 eleven habis sampai seratus lebih. 
tak dinafikan 7 eleven thailand memang berhantu. ni kira dah control habis dah ni.

28/6/2024




harini kami breakfast dekat bilik jugak hasil dari tangkapan di 7 eleven malam tadi.
i jarang breakfast tbh so makan macam ni pun dah cukup for me.
lepastu teka buat apa?
tidurla guys. sebab letih island hopping tak habis lagi. 
harini memang kami decide untuk lebih santai.


kami lunch dekat bilik jugak. husband i pergi kedai arbadi sebelah kedai may and zin .
sumpah sedap gila korang kena cuba if datang sini. i makan siakap stim limau,  garlic prawn and husband i makan nasi goreng seafood.   diorang ada bagi jugak tembikai banyak gila .

i betul betul puas hati dengan menu ni. 

oh btw arbadi ni boleh bayar pakai touch and go. may and zin tak boleh .
korang datang sini if tak cukup cash jangan risau . kedai arbadi ni boleh bayar guna tng.


for dessert kami makan ice cream  kelapa. satu ni 80 bhat 

lepas makan relax relax kami pergi swimming.



plannya habis swimming kami akan pergi pantai depan hotel sebab husband i nak ambik video sunset 

husband i nak buat time lapse sunset kata dia.

btw dekat sini 6:45 dah  sunset. kami pergi pantai around 6 macam tu.


tu nampak dia pacak tripod.



sementara dia ambik gambar pantai sis focus ambik gambar langit.
lawa kan?


lepas je ambik gambar kami balik bilik. letak barang rest sekejap. lepas tu kami terus pergi massage dekat royal massage


kami ambik oil herbal massage satu jam = 400 bhat seorang
bestnya dekat sini ada tukang urut lelaki. so husband i diurut lelaki.
aint no way i bagi perempuan urut dia. :p
 
habis urut kami pergi cari souvenir


lepas beli souvenir kami pergi book van untuk balik esoknya.
harga dia sama 150 bhat jugak per person.
kalau korang nak jimat better naik je van.
tapi kena book sehari awal kalau nak pergi airport tau.



yang bagusnya tempat ni dia ada jadual flight and nombor pesawat lagi.
kami punya flight pukul 6 petang jadi dia dah ada macam suggested table pukul berapa kami kena naik van tu dari hotel.
kami pilih slot 2:30 . tapi kami diminta tunggu awal 15 minit . jadi 2:15 kami kena ada dekat lobby hotel

lepas settle beli barang tengok tengok kedai kami pergi dinner dekat arbadi.
masa kami sampai actually kedai dah nak tutup diorang dah tarik shutter.
diorang nampak kami masuk diorang balik kedai.

benda ni takkan terjadi ya dekat malaysia. 


tengok kedai nak tutup pun masih dapat nasi bentuk love ya. 
kami habis 630 bhat je.  udang dia tempura dia sedap. udang kerabu dia pun sedap dia mashaAllah fresh
manis daging dia.


 sebab i suka sangat aiskrim kelapa dia haruslah repeat. 



lepas makan kami balik hotel letak barang and terus pergi 7 eleven lagi.

balik dari 7 eleven kami tengok movie husband i guna google cast

kami tengok cerita Furiosa: mad max saga.



29/6/2024

sepatutnya kena check out pukul 11 tapi kami request late check out.
late check out kena bayar and agak mahal tbh. 

asalnya kami nak 3 jam fikir balik cam rugi je. so kami ambik 2 jam late check out

daripada kena bayar 600 bhat . dia bagi discount seratus bhat. diorang charge 300 bhat per hour for late checkout.
so kami bayar 500 bhat untuk 2 jam late check out. = rm60




pukul 1 kami duduk dekat lobby. for me 1 hour kejap je sebenarnya . main game bla bla.
2:15 sharp our van sampai. 

pukul 3:15 kami sampai airport.



di airport kami cari tempat makan . 

we decide untuk makan di potato corner.

guys.... sedap gila sumpah


btw potato corner ni halal ya.  husband i cakap dekat Malaysia pun ada dah. potato corner ni memang originally from thailand.


after makan kami terus pergi our zone. 


i lupa nak habiskan air meiji chochlate i. so air kena rampas. HAHAHA

btw krabi airport ni tak banyak kedai tapi okaylah airport tak besar tak sakit kaki nak jalan.


kami sampai klia2 around  8pm. 
masa kami sampai agak ramai jugak la so ambik masa beratur nak keluar tu.




kami decide untuk dinner before balik rumah
kami makan dekat sukiya bowl

this is probably the cheapest meal i pernah makan dekat airport selalu habis mesti around 100
but this one only rm46 je 

next time nak jimat korang makan sini tau.


sini i breakdown our cost untuk bercuti ni

flight return air asia include hot seat tepi tingkap
date 26-29 june : rm451.37 seorang
hotel aonang buri resort 26-29 june = rm389 untuk 4 hari 3 malam 

island hopping : 2800 bhat for 2 person = rm358

air asia ride from rumah ke airport : rm67
grab from airport ke rumah : rm72

cash in hand : 1000 bhat  @ rm1300
tng : rm300

roughly la korang untuk berdua cost bercuti ni around : rm2.7k +-

sebab korang tak boleh kira cost dekat sana je kena kira sekali cost transportation dari rumah ke airport and airport ke rumah.



okay tamatlah sudah cerita percutian singkat sis and husband.

till next short vacay inshaAllah 


k lah korang sis nak tidur dulu

esok kerja


till then

ttyl


 una mn



















🎁New Year 2025 Gift Box