July 16, 2024

Staycation at Arte Mont Kiara

 


hi guys..

nimen hao le ma? tiber intro in mandarin.  okay sebab i dilahirkan busy i straight forward je la ya for entry kali ni. last sunday kan tengah kerja tiba tiba my husband text me ajak staycation. this month i kerja 10am 7pm . kalau staycation kan check in pukul 3. mula mula rasa taknak tapi tu la kami di fasa fasa nak manja manjakan diri nak bertenang tenang. movie pun tak banyak best sekarang. so why not staycation kan?

he convinced me sebab kebetulan i offday isnin selasa. so takpelah check in lambat sikit. so seperti mana title kami tidur di arte mont kiara. i think korang semua tahu tempat ni agak aesthetic .  jarak arte ni dari rumah kami ni bukan jauh mana. cuma yelah rumah sewa i sekarang tak ada swimming pool. so tak kisahlah dekat tak jauh sangat pun nak jugak check in. HAHAHA


kami check in 3 hari 2 malam je. and surprisingly tak mahal pun. btw bawah arte ni ada je mart .

nama dia bila bila mart. harga dia tbh agak pricey la. kalau korang nak check in sini bawalah siap siap air mineral ke, roti ke apa dari rumah untuk kudap kudap malam kan. 


kami ni tak prepare apa sebab last minute.  


ahad  14 july 2024

i habis kerja i ambik husband dekat rumah. kami sampai arte around 8:30pm sebab kami beli dinner dulu.











lepas makan dinner kami turun bawah tengok bila bila mart tu. beli la beberapa snack.


isnin ; 15 july 2024



kami breakfast makan roti titab. kami order grab je senang. lepas makan kami turun bawah pergi swimming. swimming pool dia besar cuma tak la dalam sangat. kalau korang tanya i. i prefer swimming pool yang dalam. macam pool dekat krabi haritu. oh ya pool dekat avillion pd haritu pun dalam jugak.sis suka.  eh kenapa cerita pool ni hahaha





the whole day kami habiskan truly rest. lepas swimming kami naik atas , mandi and order lunch. for lunch kami memang order grab jugak. kami makan nasi kak wok je.  

after lunch teka buat apa? ya kami tidur. HAHAHA . plan konon laaaa petang nak pergi swimming balik. tapi end up kami tengok movie. for dinner that night kami order pizza. 


i tengok cerita melayu lama je. mula mula i tengok istanbul aku datang. lepastu i tengok  cerita zaman college i. lakonan remy ishak dengan maya karin. tajuk dia cun. rindu weh cerita tu! susah nak cari cerita berkualiti zaman sekarang macam yang tu. very nostalgic. 


okay lepas habis movie i pun sambung tidur. 


selasa 16 july 2024

kami pergi swimming lagi pagi tu.  kami turun around 9 pagi swimming dalm sejam pukul 10 kami naik dah. sebab check out 11:30. sempatlah mandi , kemas kemas barang. i kalau staycatio even sekejap i tak pernah tinggal tau i punya macbook and ipad. sebabnya kitorang ni ada habit suka tengok youtuber kisah seram before tidur. i tak tahulah korang ada ke tak tabiat macam i. dah bertahun jugak la kitorang macam ni. boleh tertidur tau dengar cerita seram tu. dia macam lullaby pun ada.

habis check out je kami terus pergi publika sebab kami nak try makan dekat jibril.






ya i know kami dah lambat bertahun tahun. masa hype dulu malas nak pergi. as you guys know jibril ni famous dengan mantao and butterclam dia. 


i cakap jujur ya. i maybe termakan bahagian pahit clam tu. i makan 2 je the rest husband i makan. sampai licin dia makan . Dia kata sedap. :'). mujur sis ada order main course which is chicken buttermilk. yang tu sedap guys. tak muak. i like. 



i tak biasa lepak publika ni pernah la datang few times tapi i rasa nanti i might datang lagi sebab i baru tahu dekat sana ada cocodry. ingat bangsar je ada. i might wanna try cocodry publika nanti.



lepas settle kami balik sebab homework mandarin i tak siap lagi guys. esok dah la i ada class.

HAHAHA. ikutkan i nak ajak husband i pergi spa . rindu pulak nak massage massage. takpelah later la eah macam tak ada hari lain  . tu la siapa suruh tak siapkan homework.  kalau dulu boleh relax lagi sebab homework i tulis hanzi je. sekarang homework banyak.  dah macam kena jawab satu set exam paper. 


k tu jela korang. lain kali i tulis lagi.biasalah orang busy ni ada je aktiviti kena buat. HAHAHAH

till then


ttyl


una mn






No comments: