July 22, 2024

Treatment gigi sambil jalan jalan

 


hi korang...

tadikan around 3pm i dengan husband pergi jumpa dentist. kami buat scaling and tampal gigi mana yang patut.  memandangkan i ada benefit company yang i nak guna. 

today i buat scaling, polishing and tampal 2 gigi . ada balance 3 lagi gigi . tu i buat hari lain.sebab doktor tu ada appointment lain. lagi balance 3 batang gigi i akan buat maybe next  month. doktor tu siap soal siasat i lagi tadi


doktor : puan.... gigi puan ni pelik sikitlah.

me : kenapa ya

doktor : kenapa retak  retak ya? 

me : *gelak* saya suka kunyah ais doktor

doktor : saya dah agak dah. geleng kepala 

me : gelak :")

lepas settle dengan gigi kami pergi masuk starling mall. i parking kereta dekat situ. alang alang sajalah jalan. i lama tak jalan mall ni. from 1 level ke satu level. our first stop kami makan ice cream. HAHAHA



ada ke lepas jumpa dentist makan ice cream. lantaklah nak .

lepas makan kami masuk watson sebab dr suggest kami tukar toothbrush lebih kecik. i macam nak try electric toothbrush. tapi kami confused nak pilih mana satu. we decided nanti kami tengok online  for comparison. 




lepastu kami jumpa small booth jual tshirt design dia cute cute. i bought one for me one for husband. 

we pick the same colour and the same design.  harga dia murah guys. rm25 sekali design. kualiti tshirt dia sangat bagus. macam tshirt uniqlo.


lepas tshirt siap kami turun bawah ingat nak pergi makan. sekali i ditahan sales person credit card standart charted. 

selalunya i takkan berhenti sebab i dah ada 2 credit card. 1 uob satu rhb. itu pun dulu i ambik sebab nak beli rumah . saja untuk build good score.  kalau tak i malas jugak nak ambik.  tapi bagus jugak ada credit card ni. masa masa terdesak nak guna. kalau bank problem ke, isi minyak ke . every month ada cashback.




i berhenti tadi tau sebab apa? sebab i nak hadiah!!! HAHAHA. and kebetulan i nampak ada dekat banner cashback rm200. dulu masa i buat card rhb cashback first dapat rm100 je.  so  excited! HAHAHA


 i dah tanya siap siap pasal annual fee dia cakap free waive. so after consideration i pun ambik jelah.

kalau lulus that card i might want to deactivate my rhb card . tengoklah macam mana. banyak banyak pakai sangat pun.  rhb ni buat bayar medical card  and hibah i je every month. setakat ni payment i cantik. 

only use credit card if you boleh bayar on time. i rasa my self control agak okay. sebab i tak tergiur beli iphone ke apa apa phone or gadget baru guna installment.  Allah anugerahkan i rasa anxiety tengok hutang bersebab agaknya. kalau tak ada anxiety langsung susah jugak nanti spend tanpa rasa serba salah tak reti bayar. 



lepas settle semua i pergi early dinner dekat ah cheng laksa. i rindu nak makan  laksa dia. 

after dinner i pergi masuk jaya grocer jap sebab i nak makan buah. i beli apple kat situ entahlah sebab apple dia sedap. lepastu beli cempedak and husband i nak kuaci. keluar je jaya grocer i nak air boost pulak. begitulah kehidupan.



okay pop quiz . berapa i spend harini?


HAHAHA

macam mana nak teka kan.  i rasa kan kehidupan zaman sekarang sangat mencabar.  i doakan kita semua mewah rezeki. semoga Allah berikan kecukupan rezeki untuk kita. 


k la korang i nak rest dulu


ttyl


una mn



No comments: