October 10, 2025

Retrenchment , new opportunity and free certificate class by perkeso?

 


hi ... 

kalau korang baca ni ketahuilah i peram lama blog post ni. demi secebis memori i tulis jugaklah. 

22 august 2025 i takkan lupa tarikh ni. tarikh dimana i dapat notification dari group je kerja tentang  retrenchment. i pernah dapat email seperti ini last year . masa tu i was not affected. only 2 orang dari team i kena retrenched . Jujurnya i dah rasa tak selamat dari first lay off lagi. tapi i continue working sebab i ni adult with commitment. company benefit pun bagus. the first one i call was my husband. i call him and mintak dia doakan i. i think my husband lebih risau dari i. kesian dia. i am so sorry sayang. he is  a great husband . dia memang sara i cuma i punya commitment sendiri takkan i nak harapkan dia kan?


so what i did i ambik masa untuk bertenang. i ambik wudhu i terus dhuha. kalau i boleh jujur i dah doa lama dekat Allah . i yang mintak nak kerja baru . i think dah 5 years in the same company i pun dah explore my role . There is nothing more i can learn . Ada orang kerja semata mata kerja. orang macam i ya kerja to pay bills but kita kena sentiasa open to learn. apa skill kita boleh belajar dari position kita.

macam sponge. kita serap ilmu sebanyak kita boleh. maybe now sponge i dah soaking wet. it's time for me to change the sponge.



get it? 


i serah semua pada Allah , sebab ini semua dah tertulis sejak i dalam rahim mama i. i sebagai makhluk kenalah terima qada qadar sambil i berusaha untuk ubah nasib i . terima tapi tak mengalah. for me i only lose job i dont lose my rezeki. semua dekat atas dunia ni termasuk my employer adalah penerima rezeki. 

Hanya yang maha kekal ialah yang memberi rezeki.


oh by the way korang yang membaca kalau senasib i  , i doakan dimewahkan rezeki. Manalah tahu asbab ujian ni Allah ada benda lebih baik nak bagi?

i dapat garden leave sebulan. kebetulan i kan mc. so memang cuti teruslah. garden leave tu maksud gaji bulan ni dengan gaji bulan depan masih dibayar. untuk pampasan diorang akan bagi after tax clearance.



sehari selepas kami dapat email untuk amount yang kami dapat kami pergi la return asset company
nuha (belakang), farah afiqah, syaf and yana. oh ya yana je tak kena retrench sebab yana dah tukar
department lain


masa ni kami makan dekat hanbing . HAHAHA


tiba tiba i terfikir why not i jadi influencer je? lantaklah orang kenal muka i pun. i akan pastikan i jadi influencer yang bagi manfaat. sabar jap. i nak buat youtube la. korang nanti support tau channel i.

i buat video makan pun okay jugak kan? video bersenam ke. maklumlah kita ni comel kalau buat video makan confirm kena kecam. lepas kena kecam kita buat video bersenam .

HAHAHA. semoga Allah bagilah i keyakinan diri . Btw dalam process garden leave i yang dah habis ni banyak benda jadi. i banyak tau peram post dekat sini. Maybe i akan cerita jugak nanti. Anyway next week i  kena join class Ai. free je by perkeso.

Certificate In Applied Artificial Intelligence. Class ni 5 hari. normal price for this cert is around 4k. But i got it for free. it's gonna be a tiring week sebab i akan busy jugak dengan my degree. Tapi i syukur je. See? sebalik ujian Allah hantar i pelangi. Pagi tadi I dapat call from angie. My offer letter for new opportunity akan siap next week. Kalau tak ada aral i akan masuk kerja baru. Tadi pun i sempat join one interview untuk technical support for new zealand market. Walaupun tak ada result lagi i think i tak dapat sebab untuk support for engineers i need to at least have knowledge. I pun tak bercadang nak masuk balik engineering. Now i tengah cuba siapkan my notes for  both account and principle of management. Hopefully harini sempat siap then i boleh buat quiz . 5 chapter for both subject.Doakan i tak jadi gila okay. HAHAHA

okay itu sajalah korang


sekian sahaja dari diri ini

till then


xoxo

una mn

No comments: