Hi guys..
harini i nak cerita sikit pengalaman i join class AI selama 5 hari. 5 hari ni hidup i agak chaotic sikit.
sebab selasa rabu khamis malam i ada class degree. Jumaat sabtu full day class degree
Hari pertama class dia ajar fundamental. Hari tu jugak i ada 1 jam briefing untuk my next job. so i have to open 2 . di ipad i dengar pasal pre onboarding. Di macbook i dengar class. Dua dua kena open camera. Kenapa i tak mintak izin untuk leave? sebab class ni eis yang bayar. so kalau nampak i tak ada nanti issue pulak bab attendance.
Anyway i sangat sangat enjoy class ni sebab i belajar terlalu banyak pasal Ai. i dengar ada recording and i nak tengok balik recording supaya i boleh catch up balik.
Hari isnin haritu kami belajar theory je banyak. Ai ni memang fast moving. Korang tahu tak ada robot yang dah dibawa tour keberapa negara dia boleh cakap tapi still looks like a robot. Ada video terbaru yang diorang buat skin dia macam human. I dalam hati dah risau i mean... in 2030 they want to make human like Ai. hmmmmm sekarang ni pun kita dah amaze dengan apa yang ada i dont know how future would looks like. Job market pun berubah banyak dah. Dekat malaysia ni belum sepenuhnya di digitalkan.
kerja yang repetitive mostly akan diganti AI. korang tengok jelah banking sector nowadays. Korang nak buka account pun boleh online kan sekarang.
My genuine advise upskill yourself . Make yourself ready for this transformation. Another thing i learn ialah data is the new gold. How our data can generate money? senang... kita pakai phone kan. everytime kita shopping ke, pergi mana mana ke , dia kumpul our behavior then nanti they can pull data analysis. Based on our behaviour. Bukan setakat diorang ada leads je. I mula mula rasa hmm chatpgt , gemini i dah tahu dah. tapi ya Allah punyalah banyak Ai ni korang sampai ada yang i tak ingat pun.
untuk my own self reference. sinilah i listkan . Chatgpt, gemini,grok, deepseek,grammarly,canva,midjourney,seedream,perplexity,Qwen,claude,gamma and many more.
i tak boleh cerita into details sangat sebab confirm sampai tahun depan tak habis. Basically our trainer ajar cara buat games, mini simple games, story books digital, ats friendly resume, buat proposal business under 30 min hanya guna Ai, kami dipecahkan ikut group, we brainstorm concept then just put into chatgpt lepastu guna gamma for the whole presentation. I dengan my group buat proposal business yang boleh beat mcd HAHAHA . I love everything about the concept. Kami kena present macam kami tengah cari orang nak invest into our business . Nama company kami maxbite! mindblowing sangat apa dia ajar.
i even make a research and ada thought process tentang my future career. I cakap dengan trainer tu..
i rasa macam i tak cukup ilmu i macam tak cukup sebab i jump into different field. Told him about me just having diploma and right now tengah completekan my degree.
He said.. una.. you dah kerja 13 years kan. In 13 years you have gained a lot of experiences. You are not zero . Yes maybe to that field yang you minat tu you rasa you kosong but never forget your experience carry weight. You have learned something in past 13 years. I angguk and i am happy we have that conversation. Bukan senang nak ada this intellectual conversation. Most people avoid this because maybe life would sound so serious and i totally understand that. i tak adalah serious sangat korang.
Actually i am a fun person with insecurities issue. Tapi i taklah biarkan je insecurities i tu. I cuba nak improve hidup i . live a little bit better. Loving myself more and more and lose weight . Long way to go tapi i am happy i get my sparks right after i decided to start study.
Mungkin i tak diciptakan Allah untuk terlalu lama berehat. I need a schedule and it make me happier when i berjaya settlekan setiap task.
Harini i penat sampai rasa nak menangis sebab harini hari terakhir class and i stuck in jem for 1 hour padahal sangat dekat. I sampai rumah i nak tidur tiba tiba i masih kena buat assesment for my kerja baru. I tahan je menangis sampai kerja tu siap.
beginilah hidup jadi orang dewasa ya korang. Nak sedih pun kena plan.mm tengah busy ni.. malam sikit aku sedih. sekarang siapkan kerja dulu HAHAHAHA. Ya i baru lepas menangis la ni.
btw esok i kena cari pesuruhjaya sumpah tau. I tak tahulah kat mana buka since isnin deepavali. kalau tak buka i takkan dapat kerja tu korang. Apa pun jadi i redha.
Sebab Allah tahu masa terbaik untuk i dapat kerja.
okay tu je i nak cerita
till then
ttyl
una mn



No comments:
Post a Comment