October 6, 2025

My degree class dah start and me in my fan girl era

 






Hi korang...

sabtu and lepas class degree i dah start. I rasa happy dalam masa yang sama i macam nervous.

Okay  class pada sabtu lepas ialah class principle of management. I suka class ni sebab dia bantu i untuk faham bidang yang i pernah kerja dulu. kami dapat assignment agak awal. Untuk batch ke 2 ni iaitu batch oktober kami akan ada 2 subject. Kami ambik account dan jugak principle of management. Structure class i ialah setiap subject tu akan habis dalam masa 1 bulan. So bulan ni la i quiz bulan jugak i midterm bulan ni jugak i akan final. 


HAHAHAHA nervous tahu tak. I ada group assignment cuba teka siapa kena jadi leader?

tekaaaalaaahhhhhh  Ya sislah kena jadi hanya sebab i buatkan whatsapp group assignment. I initiate conversation untuk buat assignment. :") 

tak apalah eah  . kita cuba. group tu akan bertahan satu semester. So if account ada assignment berkumpulan kami kena buat jugaklah sama sama . Begitu.


class account pada ahad sangat menguji kesabaran sis sebagai manusia.



 

Hmm boleh cerita ke kat sini eah? boleh ke tak eah. Okay saya berdoa semoga lecturer tak jumpa la my post. Actually diorang ada buat class physical sebulan sekali. Tapi as working adult diorang faham je busy. So diorang buat mix mode. Online + physical.

Lecturer tulis dekat white board bukan conteng dekat slide. and the worst part is... kitorang panggil dia tak dengar. I rasa salah setting. Mujurlah cuma sekali sebulan je. so next class online dah. Kami pun spam chatbox. Kesian jugak lecturer tu sebenarnya. boleh je sampaikan perasaan tanpa sakitkan hati lecturer kan? Be nice la.


oleh itu tadi.. sis rasa i need to  buat banyak practice and mantapkan lagi my account basic. i pergi keluar beli buku prinsip akaun budak form 4 & form 5.tebal ya sis beli. Lepastu.. okay ni satu lagi. Sis sebenarnya tengah in my fangirl era.

fan girl sangat . selain suka pada nasuha sulaiman my girl crush. Sis tengok balik lakonan evertts gomez dekat curang tanpa niat, kelas tahanan cikgu hiragi. dia ni baru lagi tau dalam industri tapi langsung tak kayu. 

So i vote dia banyak kali untuk abpbh . semoga you menang!!!  i vote dia sehari dalam 10 kali kot or more. Tolonglah menang !!! kepada fans  evertts tolonglah undi . I think we need to support our local celebrity. I perasan kan lately quality filem and drama makin bagus.  korang subscribe la sooka banyak benda best boleh tengok tau.


btw silent readersku . tolong doa semoga perjalanan degree sis berjalan lancar . dapat 4 lat

aminnnnn..

Sekian ,


ttyl


una mn

No comments: