March 3, 2013

konflik di sabah (entry sarcasm untuk sultan sulu)


aku rasa semua pun tengah hot kes konflik/ krisis di sabah . Pada mulanya aku fikir  ianya cuma tuntutan secara aman. aku fikir juga "mereka " cuma membuat tuntutan atas kertas.  tapi ialah dah namanya juga andaian manusia. jadi andaian aku kali ni meleset.


mereka cetuskan peperangan di sana. semalam aku jadi "terpinga-pinga" seketika. macam tak percaya je. betul ke ni? betul ke?


start aku tahu berita dua anggota komando dan polis mati tu pun dari twitter . tapi mula-mula rileks dulu takut berita palsu, dan bila tv3 sahkan berita tu tak semena-mena aku jadi marah, bengang dan memang aura membunuh tiba2 muncul .


korang tolong serius sikit okay, aku tak berjenaka sekarang ni.



so aku pun start tweet with hashtag #prayforLahadDatu  #prayforSabah. niat aku sama macam orang lain, walaupun kami disemenanjung, kami pun turut cemas , sedih, kecewa, marah dengan apa yang berlaku.  aku teringatkan pakcik aku di tenom , sabah. ye... aku tahu tenom tu jauh dari lahad datu, tapi bila sultan sulu keluarkan kenyataan yang mereka takan patah balik selagi tak dapat sabah . aku jadi risau . kawan-kawan aku pun ada disabah.


korang tahu ape otak aku ni pikir?

1)kenapa sultan sulu tak mintak sabah join philipines sebelum sabah join Malaysia pada 1963?

2)adakah sultan sulu orang islam?

3) berapa ramai sultan sulu sebenarnya ?



okay aku nak terangkan bagi soalan no 2 ni dulu. kenapa aku tertanya-tanya adakah sultan sulu ni islam? sebab aku rasa dengan peperangan yang dia buat sekarang ni tak lambangkan dia macam islam pun. masuk tak beradab buat nyawa manusia ni macam  askar mainan yang dia beli kat pasar malam je. why? philipines tak cukup tanah ke? philipines nak bankrup dah ke? i bet there must be something. pendapat peribadi aku, kalau negara negara kat dunia ni dah nak start claim tanah-tanah mana yang pernah jadi milik mereka dulu habislah . kembalilah kita ke zaman british -.-


yang ni pun satu soalan yang aku harap ada sesiapa boleh jawab. aku ada baca di twitter sebelah pinoy , bahawa ramai yang mengaku diorang ni waris sultan sulu yang sebenar.  jadi aku rasa diorang ni mungkin sakit mental . mungkinnn...



hmm kepada sultan sulu, saya nak ucapkan "tahniah" kerana telah menambahkan "sejarah" baru untuk dihafal rakyat malaysia dan pelajar khususnya . saya doakan semoga jumpalah pintu syurga nanti. bukan apa risau tak jumpa je. saya ni pun orang yang tak cukup ilmu agama. Kuasa yang ada jangan salah guna. dan lagi satu , tanah ni ALLAH yang punya . esok lusa matilah kita . toksahlah rebut-rebut ni malu kat budak-budak . budak-budak sekarang ni pun dah tak rebut-rebut macam ni. terimalah hakikat , tanah yang dijual , mana boleh nak ambik balik.




p/s: haha mungkin sultan sulu tak baca kot blog tak famous ni. -entry sarcasm.


Post a Comment