Skip to main content

keep calm and ambik kesempatan .

hai. 



harini skop kerja dah bertambah. kalau dulu 5kg sekarang dah jadi 10 kg . begitulah ceritanya.
moga aku kuat untuk terus bertahan dekat company ni.



okay just cut the crap.


i got no choices , nak taknak kena redah jugak. mana ada kerja yang senang. cuma aku kena belajar manage  stress la , kalau aku tak belajar manage stress aku mungkin boleh gila. oleh yang demikian aku sangat respect dengan mr neo selaku  senior project manager. sebab  apa? sebab dia punya otak aku tak tahu macam mana, handle 4,5 project satu masa without PA and even programmer. How brilliant is that ?kalau aku ada kuasa yakni kuasa sailormoon atau ultraman , aku akan mengfire bos kami mr lai jika dia tak bagi bonus kepada mr neo tahun ni . He deserved that much.



well part jadi ultraman tu yang tak tahan. mana datang imiginasi kanak kanak aku dalam masa masa macam ni? damn. -..-'


okay. sekarang ni aku nak kasi korang paham bahawa orang bawahan macam aku ni memainkan peranan penting dalam site ni. walaupun nampak macam ayam je kan. eleh diploma je pun nak jet jet penting. :3



siapa yang cakap macam tu serious aku rasa nak menangis...! 


kerana aku perempuan jadi tanggungjawab sebagai kerani juga terletak di bahu kami berdua yang perempuan ni. biasalah bos pandai nak jimat bajet -..-'. kan best kalau gaji tu campur 2,3 orang punya gaji barulah semangat sikit khonn? .




tapi tak mengapa , bagi korang yang ada diploma mengalami situasi macam aku ni, keep calm and ambik kesempatan.



yer! korang tak salah baca . keep calm dan ambik kesempatan , korang kaut la segala macam ilmu. yang luar bidang tugas korang pun kalau boleh ambik tahu jugak. contoh macam aku ,tugas aku kena buat documentation untuk site meeting je sebenarnya and jawab jawab sikit, tapi yelah macam aku cakap tadi aku kena buat banyak benda, so sikit sebanyak aku jadi macam clerk jugak, and also accountant (kira diesel sama ada tele tak. in out, balance, berapa short , kat mana short semua kena keep track), cum site supervisor (tulis RFI and Site diary every day!). and lepas ni mungkin aku kena jadi "QS" buat work progress and refer BQ . 




ini mungkin nampak gila, namun ini adalah benar. mood aku pun tak menentu sekarang. sebab selalu stress. kerja banyak tapi insyaallah kalau kita ikhlas bekerja benda tu jadi mudah. 


okay sekian saja tinggal dulu :)



ASSALAMUALAIKUM


1 comment

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…