Skip to main content

Pengalaman memalukan namun kelakar.

Hai .


haritu  aku ada pergi sunway pyramid tower. iftar dengan officemate(bos belanja) .
kitorang boleh bawak family or partner masing masing. Oleh sebab family aku jauh, maka aku ajak partner aku yang kecik tu. Sampai sampai sana. aku Nampak mr chye tengah duduk bersembang dengan miss long. Aku dah Nampak makanan, hati pun dah excited, perut apetah lagi ? yerlah dari tadi  bergendang macam nak sambut tahun baru cina.Terus aku meluru masuk macam jais nak tangkap pasangan khalwat.tiba tiba ada orang tahan aku. cik .. cik... sini cik.. Tegur seorang pelayan , malu aku... dia pakai seluar pun sopan tapi aku yang pakai baju kurung berperangai macam  naga tak diberi
susu=-='






err yer saya? aku pun melangkah malu malu, mulalah buat gaya macam perempuan melayu terakhir, partner aku boleh pulak dia gelakkan aku. hei geram betul. aku sepak kaki dia secara ayu. dia diam . pelayan tu tersenyum tahan gelak , dia kata cik dari mana?

dahi aku berkerut .. aku yang tengah lapar tak dapat hadam soalan spesis macam tu. aku ayu ayu macam tu takkan la dari pasar malam kot?

aku jawab : " saya dari rumahlah cik.."  sambil tu mata dok tengok orang belakang ambik udang besar , hai feveret aku tu." pelayan tu masih disitu, tak berpuas hati dengan jawapan aku mungkin. datang lagi sorang pelayan lelaki. hensem tinggi lampai.

" ya cik, ada apa saya boleh bantu? "


tak ada apa, saya cuma nak masuk dalam, kawan awak Tanya saya dari mana. mestilah saya dari rumah betul tak? jawabku dengan konfiden .adalah terselit angkuh disitu.

"pelayan lelaki tu tersenyum, dia pun nak ketawa dengar jawapan aku tapi dia tahan, last last dia Tanya... maksud kawan saya encik datang ni atas tempahan nama apa, company atau perseorangan .."

aku dah malu, tapi aku cover malu aku cakap.. lain kali Tanya biar jelas.. saya dari ********* sdn bhd .


okay sepantas kilat aku dibenarkan masuk. masuk dalam aku ambil keputusan untuk terus  duduk sebab malu. citer ni aku tak citerkan kat sapa-sapa kat office kalau tak mesti kena bahan 3 hari 3 malam .







p/s 1: jangan over confident
p/s 2: jangan tunjukkan kelaparan anda .







1 comment

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…