August 16, 2013

Persediaan untuk pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran *HOT TIPS*

hai adik adik!
ceh adik adik sangat. well adiklah sebab aku tulis ni untuk budak lepasan SPM.
aku pun dah 22 tahun :)




Persediaan selepas spm

yang pertama sekali habis je exam spm tolonglah jangan ingat merdeka je, rajin rajin lah buat research tentang kos  yang adik bakal ambik untuk diploma jika adik nak sambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Jangan jadi macam ah-kak dah 3 sem kat kolej baru nak bersedia. mazmumah sangat  u olzz.



tapi tu dulu bila ah-kak  habis je diploma tengok pointer all sem rasa macam kuciwa sangat. I know I can do better than that. okay ape motif ah-kak citer pasal pointer ni ? dan adik-adik pun tolong jangan Tanya pointer ah-kak berapa haha. But for the last 3 semester I can proudly say that i'm improved a lot.


bagi yang tak tahu sistem pointer ni acaner, yang kosong macam ah-kak zaman dulu dulu meh ah-kak nak cerita.



sistem pointer all sem ni dia kumpul pointer adik adik dari semester satu sampailah semester 6 . jumlah purata berdasarkan kredit adik adik ni, akan ditambah tolak darab bahagi (ah-kak dah lupa formula dia macam mana). Kalau adik dapat dekan cerah masa depan adik adik ni. lagi lagi kalau yang kolej swasta ambik MARA , first class student tak payah bayar loan . untungkan ?


okay enough part pointer yang tetiba melalut pasal MARA apesal tak tau..

first thing first

1) pilih course/kursus yang ada "market"

bukan market jual ikan tu, yer leman. market di sini bermaksud pasaran kerjanya luas. that means bila adik pilih bidang tu, adik tahu yang keluar nanti kalau tak dapat sambung degree pun adik boleh mintak kerja dengan kelulusan adik tu. Market sentiasa berubah, dia tak macam market kat tempat tinggal adik, 10 tahun pun masih nampak pak usin jual ikan kat situ kan.

*maap ler akak suka melalut kalau ah-kak tulis straight kang korang boring, dah la boring tak paham pulak tu.. hehehe *




okay second step 
 
2) pilih course/kursus yang korang minat, kalau dah minat kursus memasak , suka memasak jangan lah ambik kursus medical pulak, kang tak pasal pasal nak bedah pesakit  terbayang nak siang ikan , dah mati pulak pesakit kau... haa macam gitu.



third

3) pastikan result spm korang sepadan dengan kursus yang korang nak mintak, kalau belum spm lagi tu, cepat cepat ambik buku study . Ah-kak ni bukan manusia tipikal yang selalu bagi nasihat suruh study dapat straight A , cuma kena realistik la sikit dik :)




extra tips

1) cari kerja part time sementara menunggu masuk study
kalau adik dari keluarga sederhana, susah , yang bukan jenis dari keluarga petik jari je dapat, carilah kerja part time sementara tunggu result, and sampai masuk belajar semula sebabnya bila start diploma, adik akan gunakan banyak duit. memanglah mak ayah adik adik dah sediakan semua, cuma kalau boleh sediakan duit emergency . Trust me , you'll need that . ah-kak dah melaluinya :)

2) beli kelengkapan belajar
 adik akan guna banyak kertas untuk menulis,laptop , pen dan kelengkapan lain yang berkenaan. macam ah-kak dulu, ah-kak kena beli board LK(lukisan kejuruteraan) sebab akak ambik civil engineering. So prepare ni semua ok?

3)Beli baju yang sesuai
what? baju pun kena beli? haaa yer tak payah nak terkejut sangat.Zaman diploma dah tak ada uniform dah kan, so adik adik kenalah pakai baju mengikut tata tertibnya. Perempuan kalau nak selamat pakai je la baju kurung , dah tak payah pening dah. lelaki kena pakai kemeja, atau t shirt berkolar. so kalau adik yang baca ni lelaki sila silalah beli banyak banyak t shirt berkolar :)





p/s: sekian saja tips ah-kak harini ni.. hipster sangat sebut ah-kak kan? rasa nak tampar diri sendiri yang menaip . kbye ;p



No comments: