February 13, 2014

kisah manusia berat , sedih jugak kena kutuk ni...

Hai assalamualaikum....


sejak dua menjak ni aku terfikir nak kuruskan badan . Dan banyak kali dah pesan kat diri sendiri suruh control makan tak jugak dapat nak control. Lemak ni memang degil la , sedegil tuan punya badan. Sebenarnya sedih juga kena kutuk selalu.
Lama lama lali dah cuma, terasa hati tu tetap ada. dikatakan gajah la, badak air la,peti ais la, guna beras la mesin basuh la.


Apa hina sangat ke orang gemuk?



tapi bila aku fikir balik, takpelah aku malas nak layan orang macam ni.Biarlah dia nak kutuk aku pun.. Aku memang ada niat nak kurus tapi slow slow. Aku tak paksa la siapa siapa hulur duit bagi aku makan, dan setahu aku aku makan tak banyak pun. Cuma badan aku susah turun sebab aku kerja office, memang 24 jam depan pc. Balik kerja dah penat dah lapar.Lepas makan kadang kadang tu terus lelap tu yang gemuk tu.

aku selalu di pandang rendah.
takpe aku kena sabar ALLAH tu sentiasa ada, untuk orang orang macam aku.
kalau korang ada masalah sama macam aku, jangan mengalah, kalau nak turunkan berat badan biar untuk sihat bukan sebab penampilan semata mata.

bagi aku senang.. siapa yang ikhlas berkawan dengan aku, sampai bila bila aku takkan lupa.
bila kita dalam condition macam ni la kita dapat tengok siapa kawan siapa lawan  :)

oh ya.. aku ada try produk oppasnow tu , boleh tahan la panas dia .. tapi agak mahal la. kalau beli mustajab boleh dapat dua. Mustajab ni satu je aku tak suka .. dia punya panas unbearable. T-T terbakar woii... ! felinna pun sama. tapi dua dua produk ni memang berkesan cuma kulit korang tahan ke tak tahan la. kulit aku nipis, jadi kepanasan dia aku memang tak dapat nak tahan. Mungkin sebab lemak terlalu banyak tu jadi panas gila bapak tu ekekekeke..

aku agak la...



mulai harini aku janji ...... nak  sungguh sungguh...
yaaaa semoga cekal! ;')


Post a Comment