February 16, 2014

REVIEW : KAMI HISTERIA

minggu lepas seperti biasa aku akan luangkan satu hari biasanya ahad untuk menonton wayang di GSC setia city mall. perancangan awal aku nak tengok ROBOCOP tapi full pulak so aku  pilih cerita melayu cerita kami histeria.



hottest ghost ever existed . Gila kau kalau hantu macam ni punya cantik, tak lakulah manusia manusia macam iolss ni ;D
 
 
barisan pelakon , dari kiri , umi omar,mila airin,sara ali,Diana Danielle dan nad zainal.
 
pelakon lain yang turut terlibat dalam filem ini ialah afdlin shauki, fazura , dan juga izzue islam :)
 
 
 
Rating : 4 star, 1 star hilang sebab filem ni punya duration pendek sangat! tak puas tengok!

aku suggest korang tengok cerita ni dulu sebelum menilai, apa yang aku boleh cakap aku memang sangat sangat suka dengan cerita ni sebab barisan pelakon yang pandai bawak watak masing masing dan jalan cerita yang sangat sangat menarik! So tahniah RED FILM!
 
 
synopsis : mengisahkan sekumpulan pelajar university yang mempunyai band sendiri dan berhasrat untuk berdikari. Mereka telah berpindah ke sebuah apartment yang agak usang tanpa mengetahui bahawa apartment tersebut berhantu. Pada suatu malam ketika merekod lagu baru mereka, ada suara hilaian mengikut rentak lagu mereka. Selepas beberapa hari ketika suntingan, rakan mereka menyedari ada suara mengilai yang mengikut rentak lagu mereka, namun lagu itu tetap diupload ke youtube dan menjadi hit . Ini membuatkan mereka bersemangat untuk membuat lagu baru namun lagu baru itu tidak setanding lagu berhantu tersebut. Lalu mereka pergi ke hutan mencari ciklang dan memeterai janji. Apakah janji tersebut? apakah yang terjadi selepas janji itu dimetrai?
 
korang tengoklah sendiri.... ;)
 
 
 
 
 

No comments:

Result Level D dah keluar !!!