October 7, 2014

Aku yang pelik.


hai.. assalamualaikum..

pernah rasa tak tiba tiba rasa serabut gila kusut sangat sangat. Padahal tak ada apa benda sangat pun nak tensionkan? Pernah? macam ni lah.. aku ni memang tak faham kenapa perempuan perlu melalui masa masa begini. Macam pagi tadi.. aku stress tau.. secara tiba tiba otak rasa tertekan. Kadang kadang aku rasa aku ni makhluk asing . Kau pahal nak stress stress tiba tiba. Kau ingat stress tu best ke?itulah jeritan yang tak mampu ku luah pada diri sendiri.



itulah aku kadang kadang rasa nak je tanya mama aku. mama aku ada bau bau bacang dengan albert enstein ke. Kenapa otak aku ni aktif sangat berfikir. Pernah jugaklah aku menangis sedu sedan dekat bilik aku semata semata sebab minyak naik harga 20 sen. Kejadian minyak naik harga tu boleh aku kaitkan dengan masa depan aku tau. Suka hati je aku ramal macam tu. Patutnya aku fikirlah macam mana nak tambahkan pendapatan  ye tak?. And satu lagi aku ni jenis clingy and insecure. Sebab yelah.. selalu sangat jumpa makhluk makhluk yang pandang rendah kat aku. Confident level aku ni kalau nak compare macam tangki minyak.. kiranya confident level aku paras E tau.  Susah kan?



Selalu jugak aku stalk makhluk makhluk lain buat kerja rileks je. Aku ni entah kenapa insecurities tahap melampau lampau. Kadang kadang aku rasa semua orang benci aku, kutuk aku. 


T_T


SEBAB TU LAH AKU MENULIS KAT BLOG NI.



dalam ramai ramai aku ni mungkin antara yang pelik korang akan jumpa. Aku ni jenis ikut gerak hati.
ni nak citer aku ni unik sangat la kan.. padahal takla unik sangat pun.

pelik je lebih


aku punya perangai ni kadang kadang suka sangat manjakan diri sendiri. Pelik? memang .. sesetengah orang kedekut nak beli apa apa untuk diri sendiri kan? kalau aku .. aku tak.  pastu pesen suka berdialog dengan diri sendiri..



contoh  : jalan jalan tiba tiba nampak make up yang dah lama idam nak beli atau blouse yang cantik, atau tudung yang warna gojes gila. Tiba tiba je aku akan berdialog dengan diri sendiri macam ni .

"eh lawanya shawl ni ... nak tak? "sambil peluk shawl kemas kemas*. 

mestilah nak... " aku jawab balik soalan yang aku tanya tadi. 

Ni bukan monolog dalaman ke apa ye. tak eah

ni jenis bersuara yang orang boleh dengar. Kalau tiba tiba orang sebelah tengah pilih tudung lari aku tahulah pasal apa. Mungkin diorang pikir aku gila. HAHAHA,

pesen gerak hati plak bila semuanya secara tiba . contoh : harini korang tengok aku jalan kaki kan?
 tup tup esok aku dah bawak kereta sendiri. Tu contoh eah. 


buat masa ni aku belum buat kerja gila macam tu. yang paling gila pun aku buat shopping retail waktu aku patut berjimat. pernah la satu hari member aku ajak keluar aku cakap malaslah la keluar aku kena berjimat ni. duit tak ada. Tup tup petang tu aku upload gambar pergi shopping ber bag bag. T_T. sejak itu kami putus kawan *gurau*



itu memang satu tabiat buruk yang entah bila aku dapat buang. orang orang yang kenal aku semua cakap aku ni jenis unexpected gila. Maybe sebab jiwa muda aku yang jenis suka nak have fun kot.
Setakat ni alhamdulillah.. aku have fun dengan cara shopping, get away ke sana sini je tak pernah terlintas nak pergi club ke apa. Sebab aku masih tahu jaga batas batas yang ditetapkan . eceh.


opah aku ada cakap aku ni jenis dahi sontok (dahi tak berapa luas). kalau buat apa mesti tak fikir panjang. aku akui . aku ni jenis clumsy sikit. kalau korang belum pernah jumpa orang clumsy .. korang harus jumpa aku. ya.. WAJIB. biar korang reti erti CLUMSY. ekekeke.

amboi seronok nampak mengutuk diri sendiri. 


tak ini bukan kutuk ini fakta




dan sejak 2 menjak ni.. aku rasa gerak hati aku ni melampau lampau sangat, Mujur aku punya gerak hati tak mintak benda bukan bukan. contoh nak khawin dengan anak raja ke, model sehensem daler yusuf ke. Kalau tak jenuh jugaklah aku nak penuhi. aku on je tapi diorang la taknak. HAHAHA. 


hahaha dasar mata keranjang! ;D


dah dah cukup cukuplah aku nak merepek lama lama kat sini. 


hari pun dah petang aku kena balik


ni update pun curi curi waktu office hour..Biadap betul pekerja macam ni.. 



p/s: babai korang .. :*










Post a Comment