Skip to main content

past is past and birth month wishlist. XD





hello people XD.


dah lama kan tak tulis dalam bahasa melayu?
dah lama jugak aku tak menulis kat sini. kalau dulu amboi kau hampir setiap hari aku menulis.


perihal lama.

jujurnya.. blog  ni banyak simpan kenangan aku dengan yang lama dan kenangan waktu college.
dan aku harap yang baru tak terasa hatila.



banyak jugak kawan kawan lama aku bertanya. macam mana boleh putus,kenapa putus?
korang dah lama kot. bla bla bla.


jawapan aku simple je. 

TAK ADA JODOH.

dengan yang baru? alhamdulillah aku happy. gaduh gaduh kecik tu biasalah. tak normal la tak gaduh
tak cemburu. cuma setakat ni hal hal biasa je la. dengan yang baru ni pun aku cuma mampu usaha je la.jodoh kan ALLAH tentukan.


bila jumpa orang baru and actually kitorang in secret relationship yang tak adalah secret sangat dah pun sebab kewujudan mulut mulut bocor di dunia ini maka aku rasa hampir semua dah tahu kot.
so biarkan jela.



tertarik dengan yang baru waktu dia dengan aku masing masing ada yang punya. tapi putus bukan kami minta lah. semua ada sebab terlalu private nak cerita. harap yang tahu senyap senyap je la eah.

orang kata make peace with your past so your future pun boleh la bahagia sikit.
aku tak ada problem dengan ex dia yang sememangnya dekat je dengan tempat kerja aku.macam ditakdirkan pulak aku pindah branch tu. so setiap kali aku bank in duit sale, aku mesti nampak muka ex kepada bf aku yang sekarang ni. 


sebab sebab aku tak perlu risau ialah

1)dia baik
2)dia dah khawin
3)she's pregnant


and aku nampak dia bahagia dengan suami dia . so biarlah dia. meskipun agak curios jugaklah nak tahu pasal dia. ataupun the exact word is ... agak macam teringin nak jadi kawan dia. pelik kan makhluk bernama una ni?


sebab aku rasa past is past. yang dia ni pulak pun tak adalah rasa jeles dengan ex aku
cuma adalah haritu dia suruh tukar no.

sebab sebab dia tak perlu jeles

1) aku dah suka kat dia
2) ex aku dah tak contact aku dah
3) aku tak boleh suka lebih dari 1 lelaki dalam 1 masa.


bf yang sekarang memang 180 degree berbeza dengan yang lama which is nice to know or to fall in love with completely different person. bf aku sekarang sejenis manusia yang kaki movie (lebih hardcore dari aku),yang boleh aku cakap macam human being wikipedia. ko tanya je apa ko nak tahu pasal tech ke isu semasa ke dia tau. master pokemon go yang sangat berdedikasi. 

serious weh dia siap ajak aku pusing taman klcc teman dia cari pokemon dia, berpeluh iolzz. lepastu jalan dalam suria mall nak cukupkan kilometer dia sebab nak hatch telur. 

and dia die hard fans man.united, adidas and nike. and also  a very good in shopping online.

aku kan boleh dikira kategori rajin shopping tau dulu. sekarang dah kurang.tapi dia tak
kategori rajin dia sampai kau rimas setiap kali barang sampai..

"eishh apa benda pulak awak beli ni?" 


11 street,lazada, zalora. u name it. paling selalu tu 11 street la. sampai last year 11 street bagi dia hadiah tablet sebab frequent buyer kan. 

and not to mention dia punya bagusnya .. suka naik public transport. the good thing is keluar dengan dia jimat. why?

aku kira kira la kalau drive minyak kereta, tol lagi tak lari la rm50. belum parking lagi.

kitorang selalu naik mrt tu , pastu naik bas seringgit pastu naik monerel gi klcc. cost? under 20 sekali keluar.
jimat kan?
cepat pun cepat. jem pun tak jem..


selalu dia marah aku suruh berjimat walaupun dia tak la berjimat mana 

(aku harap harap dia tak baca entry ni)


kalau baca,

ekhem sorry sayang.. i tak kutuk you.. i puji ni . hikhik.




dia selalu encourage aku buy for value. so sejak tu aku tak kedekut dah dengan diri sendiri.
benda nak pakai lama kena jaga elok elok. contohnya kasut.
aku cakap jujurlah sebelum ni aku pakai je kasut rm20 rm30
kasut uptown. tapi sejak kenal dia ni aku beli sekali terus yang satu harga 3,4 ratus. sebab tahan lama.


aku ni comot sikit compare to him. aku suka bergaya tapi still serabai tak tahu kenapa.


adakah aku ditakdirkan menjadi serabai?
entahlah nak..


kahkah.

oh ya sekarang ni dah bulan march ni. bulan birth month aku.

jadi dapatkah aku capat wishlist sebelum 26 tahun ni?


kita tengok jela nanti.

till then.

ttyl,

love 

Una Mn :)




Comments

Popular posts from this blog

Music and me : kenali siapa insomniacks

hello happy cracky people!  sebelum aku nak introduce korang kepada ahli group insomniacks ni , apa kata korang bukak video dekat atas ni dulu. 

okay dah  dengar cover diorang?  i know what you guys think.cool gila kan? susah nak jumpa orang boleh cover lagu blink182 ni dengan jayanya dan sesedap ini. and kalau korang perasan diorang ada tambah lirik sendiri dekat belakang.


aku dapat tahu pasal diorang ni start diorang buat cover dengan johanis sani. siapa tak kenal jo?angkat tangan? okaylah  siapa yang layan vine dekat sini dan familiar dengan viner acidgaf?
yelah acidgaf tu jo lah.

semua orang tahu jo ni suara dia sedap. come on... walaupun dia ni ramai haters sebab keseksian dia tapi please put aside those negativity. as a music lover, i appreciate her talent and selalu la jugak aku pergi layan cover dia dekat youtube. so start dari situ aku discover this group.



insomniacks dianggotai oleh
syed amir iqbal,danial,iskandar dan gavin

Tutorial Edit Video Guna Imovie

hai.
zaman instagram kini dah lebih advanced. Bila mana kita tengok ramai insta famous yang upload video mempunyai background music yang memikat hati. Rata rata golongan hipster sekarang mempunyai smartphone dan smartphone pilihan mereka samaada Samsung atau iphone.Kalau Guna Samsung mungkin tak ada  masalah nak edit video ada music tapi bagaimana jika menggunakan iphone?


semua orang tahu tahap kedekut iphone ni macam mana kan? Nak music free boleh je download. tapi tak boleh guna buat ringtone dengan mudah. Kalau pakai software iMovie nak edit video dan ada background music  Lagu kena beli kan?  kalau taknak beli  kena buat banyak kerja sikit. Step nak dapat music free for iphone yang boleh guna untuk segala apps ada disini. Click for tutorial.


Baca tutorial tu kemudian datang baca sini semula okay?

dah baca ? okay cool.

cara nak edit video ni mudah je. Mula mula..

1)  download  iMovie dan Squaready for video di apple store.




2) Masukkan video /photo yang nak diedit di iMovie



3)Kalau video k…

HANNAN MEDISPA HONEST REVIEW & GET WELL SOON MOM

hi everyone! today i'm gonna do a quick review on hannan medispa treatment. 100% genuine and this is not a sponsored post because i am not that famous, i don't really have a reader which makes my entry is just an honest review.
where is it located?  dekat twosquare pj state but in the map they stated that it is at damansara. but it is actually located  at two square.
so this is bella on her 3rd treatemnt. my cousin got a severe acne problem and pigmentation. and she is PANTANG JUMPA  kinda person. she cannot eat seafood and belacan. hopefully she gonna stop eating that for a while. since this treatment cost her a lot of money already.
so this is how the front desk of hannanmedispa looks like.

and this is the logo . looks good!


okay this is inside the treatment room. i really like every inch of this place. the decoration is very clean and air feel fresh as well. the staff were also very friendly and well trained.
bella took the 6 session of treatment which comes with a package. based on doc…