May 2, 2012

jadi ini saya buat beberapa hari ini

hai korang! buat apa harini? dah makan? dah minum? sihat ke?
amboi banyaknye soalan una ye bajet ahli pilihan raya lettew .
okay sekarang ni bukan nak cakap politik ye temah. nak cakap pasal aktiviti semenjak 2,3 menjak berkecimpung dalam arena tanam anggur secara beramai-ramai dengan kawan-kawan sekalian.


TANAM ANGGUR = PENGANGGUR 

diingatkan disini bahawa penganggur/menganggur tiada kena mengena dengan anggur ataupun ladang-ladang.
samaada ladang anggur pak seman atau ladang meon. -,-

dah dah cukup sampai sini mengarut pasal ladang, eh ku pang budak ni kang. ujar meon .


senyum sinis kepada meon. ini bukan saya yang buat ye meon. sila lempang dia. :P



okay seperti yang semua maklong   maklum una kan tengah ambik lesen kereta ferrari kan kan.
so una baru je habis jalani latihan ujian komputer. hah pelik ke? ujian komputer  pun ade latihan?
biar benar... YA!
ianya benar belaka . di Asia Driving Institute , mereka menyediakan tempat berlatih sampai lebam untuk mereka yang ingin mengambil ujian komputer . una dah menjalani latihan sebanyak 6 kali pada hari isnin. dah 5 ujian pertama una gagal dengan skor 38 konsisten.
dan harini una buat 3 kali ujian dan ketiga2 ujian una lulus dengan jayanya. ujian pertama 43/50. ujian ke3 47/50, ujian ke 3 48/50

 nampak tak betapa _______ una. *isi tempat kosong sendiri

a)comel
b)cantik
c)rupawan
d)jelita


DILARANG MENGISI JAWAPAN YANG LAIN DI TEMPAT KOSONG TERBABIT.
INI ADALAH UGUTAN

HAHAHAHAHA *KETAWA KEJI*

konon2 ini sayalah konon2 je :P




so lusa *mungkin* una akan menduduki ujian yang sebenar2nya , dan jika itu terjadi hari sabtu ini pula una akan pergi belajar teori 3 jam dan memandu 3 jam hoyeahhh! :)


p/s: mari mendoakan saya lulus.mari ?





Post a Comment