July 31, 2012

kisah kerja, realiti hidup seorang aku.

AWAS ENTRY PANJANG

jikalau una tulislah cerita mengenai 2,3 hari kebelakangan ini, secara teliti nescaya boleh menang  award.*tipu je* 
ceritanya begini beberapa malam lepas , una dapat phone call dari seorang kawan . kejadiannya una tengah mengunyah seketul otak-otak * tolong baca betul2, otak-otak yeaaa*
dengan penuh khusyuk sambil menonton tv.
pipah : hello, ni nur izzati husna ke?
aku : yer ni siapa?
pipah : unaaa.. ni pipah ni ..una nak kerja tak?













okay habisnya je dia tanya soalan una terus angguk2 padahal macamlah pipah nampak una angguk2 tu. sambil sekeh kepala sendiri yang dungu una pun jawab.. nak.. tapi kerja apa? *jerit satu suara*
haaa tu nanti dululah eishh menyampuk je

okay. terus letak phone.. mama dengan abah masih ada di bawah
so setelah berbincang sekejap  mama said yes!
jadi dengan hati yang berbunga-bunga una dah buat keputusan nak pergi pada hari khamis.

pada mulanya ingat nak pergi naik bas, tapi atuk baik hati nak hantar , tapi ada perkara yang menyedihkan berlaku , atuk tiba-tiba sakit. asyik nak buang air kecil je. una paksa atuk bagi una drive , mula-mula dia tak bagi tapi una desak gak . sepatutnya una datang office pukul 11 pagi untuk interview. una lewat 2 jam. tapi tak apa atuk lebih penting kan? una call makcik una mintak dia datang setia alam A.S.A.P. masa una bawa ke klinik doktor cakap atuk perlu ke hospital. una dah tak tahu nak buat apa, tapi makcik una tiba tepat pada masanya. kami berpecah 2 kereta. makcik dengan atuk dan opah serta cousin una ad naik 1 kereta ke hospital, una pulak dengan pakcik dan 2 cousin lagi ecah dan yaya yang masih kecik  1 kereta. pakcik decide nak hantar una pergi interview.
masa tu una dah tak ada hati nak interview, tapi nak taknak perlu pergi kan?

1 lagi dugaan datang, kami sesat jalan. jadi una call fifah sebagai penunjuk jalan. pakcik una mungkin kurang jelas dengan information tu dan kami sesat 2 jam dalam kereta pusing-pusing cari condolink sdn bhd!

akhirnya baru jumpa juga dan bila sampai sahaja una terpaksa menunggu ketibaan mr neo pula, dia pergi meeting. dalam hati ada sikit resah dah la lewat kan? interview paling sempoi dijalankan dan una diterima bekerja sebagai site engineer. masa tu perasaan gembira ada, suka ada semua ada. fifah bawak una balik ke apartment akasia.
petang sebelum balik kami singgah di bazaar ramadhan.


tapi sebenarnya una cuma kerja 2 hari je dan resign. semuanya gara-gara transport .
una taknak susahkan siapa-siapa. kesian dekat fifah yang ambil dan hantar una.
dia kerja dekat condolink jugak cuma dia di office dan una di site sepanjang masa.

una anggap tu semua bermakna bukan rezeki una disitu. dan sekarang una tengah ambil lesen motor. lesen kereta memang ada tapi kereta tak ada. ambil motor la senang.
selagi boleh una taknak menyusahkan ibu bapa, cuma kadang-kadang orang bertanya una tak terkilan ke resign? jawapannya : terkilan memang ada tapi kalau dah tersurat kita tak ada pilihan lain selain menerima. ALLAH know best for you :) 



sekarang una cuma ingin minta restu dan maaf pada sesiapa yang una pernah sakiti hatinya kerana apa yang una perhatikan segalanya seperti terhalang dan pelbagai ujian dan dugaan datang tak putus-putus takut juga kalau diri ini menerima balasan .

p/s: doakan kelancaran dalam una mencari kerja ye kawan2? :)

2 comments:

Aizul said...

Sangat mulia hati anda.

Unamn said...

tq aizul, taklah cuma kita kena bertindak untuk menyenangkan semua org. :)

💝 Anniversary Trip To Jakarta