April 24, 2013

kisah 3 bangla .

salam rabu .. harini ada benda lawak aku nak cerita. yerlah benda lawak lah takkan hari hari nak tulis benda serius ye tak? . Dalam banyak banyak hari aku kerja ni.. harini adalah hari yang paling relaks . paling tak banyak kerja. Siap boleh ketawa dengan bahagia.



ceritanya camni.. tadi lunch aku pergi makan dengan mr liew dan pipah . kami naik kereta mr liew . Untuk pengetahuan korang, aku kerja kat site tau jadi kereta kereta orang kat situ tak pernahnya "bersih" memang comot habis la.. Tadi dia suruh seorang bangla ni bersihkan pancut guna hos air tu sementara kami kat dalam kereta tu. Tengah aku asyik tengok bangla tu pancut air, mr liew pun bukak cerita..



"you orang tahu ka? itu bangla punya nickname?

"tak tahu..."  ujarku dengan jujur sambil menggeleng

"itu bangla arr kami panggil dia kawan. sebab arr dia tak kira siapa orang . orang besar ka kici ka dia panggil kawan juga. dia tara panggil saya bos.


lepas tu aku gelak .. tengah gelak terpandang luar.. muka bangla tu pelik kenapa aku ketawa macam orang gila..


lepas itu mr liew sambung bercerita lagi...


lagi ar ada 2 orang tau.. ada nickname " tak boleh" dan " baik boss"


"kenapa panggil macam tu? " giliran pipah pulak bertanya..


ini macam la.. itu nama "tak boleh" sebab dia suka cakap tak boleh. bila hari hujan  kami panggil dia angkat  barang la . dia cakap " tak boleh boss" . itu bangla takut sama huja ooo. dia kata hujan boleh demam , nanti tak boleh kerja ..gaji tadaaa. "ujar mr liew dengan penuh yakin"


lepas tu yang baik boss?

yang baik boss itu ibrahim.. kita suruh dia buat apa pun dia mesti cakap "baik boss''. saya pikir arr kalau saya suruh dia pigi mati pun dia mau cakap " baik boss"


habis je ayat tu aku terus gelak. Gelak tak ingat dunia. Lagi sekali bangla tu pandang muka aku dengan seribu tanda tanya.




p/s: aku syak bangla tu mesti aim aku sebagai perempuan gila, aku syak lah .. ;p





Post a Comment