September 28, 2014

Movie Review : The Maze Runner


Hai, Assalamulaikum


As usual, hari ahad je mesti aku akan pergi ke mana mana cinema untuk menonton film film baru.
So minggu ni aku decide untuk tonton The Maze Runner sebab ramai sangat cakap filem ni best kan.
Okay just cut the crap.

Kisah ni bermula dengan scene seorang lelaki terperangkap dalam sebuah besi berjaring ( read : berbentuk kotak  yang berfungsi sebagai lift ) menjerit dalam ketakutan , lift bergerak menuju ke atas dan ketibaannya di atas disambut oleh sekumpulan lelaki  yang lain. Sekumpulan lelaki yang telah lama tinggal di situ. Disambut oleh ketua disitu bernama "Alby" thomas ditunjukkan kawasan sekeliling tempat baru (gladder) itu.
Thomas" yang hilang ingatan diberi nama greeny (budak baru).Setiap greeny akan tiba bersama bekalan makanan setiap bulan. ketika meninjau sekeliling , Thomas menyedari tempat itu kelihatan pelik kerana mempunyai dinding teguh di sekelilingnya. Dan Thomas cuba untuk keluar dari situ. Pada Malam ketibaannya , Thomas dicabar Gally untuk bertarung dengannya. Setelah dibelasah teruk dan dia akhirnya mengingati namanya. Dan malam malamnya di hadiri mimpi mimpi pelik yang mempunyai mesej tersendiri . Antara pesanan yang dingati thomas ialah "Wicked Is Good". Beberapa insiden telah berlaku menyebabkan Thomas secara tak langsung menjadi Runner untuk menghafal jalan jalan sesat berbentuk blok disitu. Ancaman grievers(sejenis haiwan berbentuk labah labah gergasi) dan ketibaan gadis bernama teresa disitu yang membawa mesej "she is the last one" juga menguatkan semangat thomas untuk keluar dari situ kerana tiada "greeny bermakna tiada bekalan makanan". Dapatkah Thomas mencari jalan keluar dari Blok blok itu? . Siapakah yang menghantar mereka ke situ? Nak tahu kena tengok sendiri








How  Gladder looks like . Ni lah "gladder" tempat yang mereka yang dihantar untuk tinggal diberi bekalan makanan
setiap bulan.



Yang pakai cap ni dia punya pengarah kalau tak silap



Dylan O' Brien  Pelakon Utama. Memegang watak sebagai Thomas. Tapi dalam the maze runner rambut dia serabai sikit


Min Ho ketua segala runner . Bertanggungjawab mencari jalan keluar dengan menghafal setiap pattern blok setiap hari.
The Maze (Jalan jalan sesat) Pattern Jalan sesat.






Overall cerita ni memang menarik. Tak menyesal pergi. Cuma rasa geram dengan watak gally. Suka sangat cari pasal tengan Thomas.


Rated : 4star (sebab ending dia kurang menarik)
concept cerita : 4 star jugak sebab tak cukup kuat. Masih ada ruang untuk improvement


P/s: Lepas ni nak tunggu The Hobbit Pulak. I really cant wait! :D

No comments: