September 21, 2014

Tabiat Buruk atau Self Reward si kaki shopping?

Assalamualaikum, hi there

aku kena mengaku satu benda . Aku mempunyai satu tabiat yang agak susah aku nak buang.
Iaitu  shopping ketika stress. Selalunya bukan aku tak shopping, ya aku shopping juga. Tapi 
jika aku dalam keadaan waras, aku selalunya jarang la nak shopping secara terburu buru. Aku suka kumpul duit berbulan bulan baru beli. Kalau agak agak aku tak plan awal awal, tak kiralah berapa banyak duit ada dalam account aku, aku takkan beli. Mesti tunggu bulan depan atau 2 bulan lagi. Tapi ada satu keadaan dimana aku akan menghabiskan duit aku tanpa berfikir 2,3 kali. Aku nampak terus ambik, ambik,ambik dan bayar. Seperti aku cakap tadi, ketika aku stress je aku akan buat macam ni. 
Dan kejadian tu taklah selalu 2,3 bulan sekali je. Kalau aku kena marah dekat tempat kerja ke, atau bergaduh dengan boyfriend ke, atau selalu kena tanya bila nak further study lagi,tukar tempat kerja atau pun ditanya soal khawin. Soalan soalan yang memberatkan kepala otak aku untuk berfikir. Adalah sangat bahaya jika aku stress ketika sedang berada di Shopping Mall. kalau tak mesti aku dah capai apa apa je barang yang aku suka . Inilah adalah contoh barang shopping ketika stress.


Yang ni aku beli semalam, lepas COD floral mask untuk customer di Setia City Mall.
Aku stress tiba tiba line internet menjadi lembap tahap kura kura pondan.
Sampai nafsu aku nak surf pun dah tak ada. So Aku jalan jalan masuk lovisa.
LOVISA TENGAH SALE 70% PULAK TU!
korang rasa aku buat apa? takkan aku tengok je macam tu kan?
mestilah aku sambar seketul dua.

Yang ni pulak aku baru beli tadi di setia city mall juga. dah memang sini je tempat lepak aku. Malas nak pergi jejauh.
Yang ni aku beli sebab aku ada bertengkar sikit dengan bf aku. Benda kecik je pun aku tacing lebih lebih.
Hahaha dia tak bagi aku beli satu jenis seluar tu. seksi kata dia (kes cemburu). Padahal seluar tu panjang kot.
Hahaha dah dia tak suka aku pun tak beli, mungkin betul kot seksi di mata lelaki. Then konon konon merajuk la ni. Seluar tu dekat H&M , sesiapa yang selalu lepak setia city mall mesti tahu.. Opposite H&M tu apa.
it's MAC ! so jiwa kewanitaan aku yang kuat merajuk tu pun melangkah situ. Orang yang entertain aku tu pun banyak mulut  kan. Pandai pulak layan  aku. Aku ni jenis bila salesgirls dah  entertain aku penat penat, aku mesti beli walau 1 .
Melainkan aku tak ada duit langsung. So aku ambik jelah concealer pallete ni. Dah kebetulan aku memang suka sangat dekat concealer ni Kan. Amboi kau una, sejak berbussines ni membazir je kerja. Tak tahulah ni kategori self reward atau kategori tabiat buruk. 

Yang ni pulak coffe sesh semalam dekat big apple. Aku sorang je masa tu, kat sini la aku surf semalam. Mula mula laju, lama lama lembap tu yang stress tu .

Ha ni ootd tadi. Aku pakai red jade from lovisa, yang biru tu aku tinggalkan kat rumah.
Kemain aku nak ootd bagai kan? Ni lah second time aku pakai black skirt waktu keluar.
haritu black skirt jenis lain yang ni jenis lembut tapi jatuh. taklah melekat lekat ke apa.From h&m tau. comfy. Kalau aku banyak duit mesti aku angkut dah 1 h&m tu. Malangnya tak. I is sad.
Pakai black skirt dah okay dah tapi  tengok kaki tu apa tu?
FLIP FLOP!

hahaha aku memang macam ni. FAIL bab fashion. Tak reti nak jadi macam akak akak fashionista luar sana.
Dalam kepala dah fikir nak beli apa, nak try la jadi fashionista jugak. Tapi last last, selipar jugak aku pilih.


macam tu lah aku.


Simple is always better.



P/S: LEPAS NI TAK BOLEH SHOPPING DAH, KENA JAGA AKAUN BETUL BETUL. ADA BUSSINES PUN KALAU AKAUN TAK RETI JAGA KAYAP! (SELF NOTE)
Post a Comment

FENTY BEAUTY BY RIHANNA REVIEW

           hi guys harini aku nak update sikit pasal satu make up brand yang tengah hot giler diperkatakan masyarakat umum. tak lain ...