Hi guys..
dua hari lepas kan i perasan abpbh ni tak boleh undi 37 kali every 10 minutes dah. sehari sekali je . why la tiba tiba. As part of family kacip fevertts i memegang teguh prinsip go big or go home. I subscribe tonton dekat dua device nak undi punya pasal. So i kira fan girling level hard mode tak ni?
HAHAHA. kita memang all out la. kita benda macam ni kita tak bergurau. I rasa last time i minat artis undi undi macam ni masa zaman dafi kot. HAHAHA yang tu melampau betul. dia tersingkir i menangis dekat hostel . Ingat balik macam lah kenapa pulak aku menangis. siapa yang meninggal. ='D. Yelah time tu warden bukak tv bagi kami tengok. Kitanya empath. Kawan nangis kita menangis. HAHAHAHA.Masa i dekat previous job my batchmate ada sorang his cousin. Malu pulak sis tercerita yang sis menangis masa dafi tersingkir.
Sebab i dah level hard mode i cuma harap nasib menyebelahi evertts la. He is good actor and he deserved recognition. Menang ke tak as fevertts i tetap sokong. Sebenarnya bagi i yang penting lakonan dia bagus orang ingat boleh kekal lama dalam industri.InshaAllah!
btw korang tadi kan trainer i bagi kami pergi buddy session. I rasa wow sangat dengan my buddy. she is very good . very calm and attentive. Thanks jadi buddy farisha. Anyway i rasa i macam dah okay sikit dengan sistem. Nanti kalau K balik i nak berlagak dengan dia. Ya Allah unaaa ape ni awal awal niat dah tak bagus. i mean berlagak secara sihat la korang. Ada ke berlagak secara sihat? ada!!!
I sebenarnya kan rasa K dengan L ni dah jumpa la blog i. Hopefully ni sekadar sangkaan i yang meleset jela. Tapi takpelah kalau jumpa pun i tak kutuk diorang pun. I agak la K mesti suruh L slow down sikit sebab yelah beberapa hari lepas i ada meltdown. I overwhelmed. I mula mula tahan je nak menangis tu.
Tapi my face say everything dah. I rasa iris dengan una ni macam two different people. She is like me in the past. Korang jangan pening Iris tu my name at work. everybody at work panggil i iris. Iris is legit cry baby , tapi dia bubbly, ambivert. She is me tapi childish version of me. When i dekat luar i am una.. sampai office i jadi lain. Tapi tu la best jugak jadi iris korang. I dapat princess treatment from everyone.
when i said everyone.. memang everyoneeeee . i pun tak tahu kenapa. I mean wow bestnya. Jap i fikir jap.ke sebenarnyakan bunian eko rimba tu ikut i balik lepastu orang nampak i cantik dekat tempat kerja?
hmm i rasa bunian tu dia ikut i balik lepastu dia sangkut dengan fineshyt mana mana kat office tu so bila i sampai office je dia melekat dengan i . make sense tak?
ni kaciptologist level tertinggi dah ni. Maaf la i bergurau je. sumpah tak . I tak ada penyakit aneh aneh tu. i rasa i cuma penat je. bila penat una memang pelik pelik sikit perangainya. Tu my coping mechanism terbaru i la. i kan ekhem diet kan sekarang. I cuba control calorie intake. Maybe nilah side effect dia kot. Jadi sedikit gila. Sikit jela jangan banyak banyak. Risau pulak nanti family i ingat i betul betul kena sampuk. Tak pasal pasal i terfitnah komuniti bunian. I taknaklah jadi orang pertama kena saman dari alam sebelah. I mean korang cuba bayangkan....
tiba tiba i kena saman dekat court bunian. gilaaaa HAHAHAA
eh una cukuplah kacip tu unaaa. oh anyway i masuk tau contest sooka tu yang menang 100k tu. Tak tahu i terpilih ke tak tapi please la i nak menang 100k. I dah la kena reject dengan ptptn. Kalau dapat boleh la i buat bayar degree i. lebih tu i habiskan bayar hutang kereta ekhem lepastu hihihi i nak umrah lagi and lebih tu kan i boleh simpan duit sambung master sampai phd.
so bagilah saya menang. Kalau saya pergi umrah lagi semua ahli fevertts i bagi hadiah. i mean tak lah mahal. i beli dekat madinah semua orang dapat perfume ke jubah ke hihihi. lepastu korang boleh kirim doa i baca dekat depan kaabah. mana tahu makbul .Haaaaaa
amacam nak bagi tak i menang 100k tu? menarik tak proposal i? sebenarnya i tak faham diorang kira pemenang macam mana. I mean i tahu kena isi nama letak saiz t shirt macam tu je. kalau ada juri baca blog i kan tahu tak kalau awak bagi saya menang awak bukan sahaja menyokong cita cita saya untuk sambung belajar, awak juga buat saya gembira sebab saya dapat umrah lagi.
okay sudah la tu semua i ada class ni. melampau sangat kaciptologist i harini.
sekian,
yang nak menang 100k dari sooka,
una mn
.gif)
No comments:
Post a Comment