November 9, 2025

Sunday talk and malam terlarang?

 



Hi..

nak tahu tak benda apa paling best ketika ini?bila mood hari hari okay ceria. kerja jadi smooth tu la benda i bersyukur. I minta maaf la kadang kadang i meroyan dekat blog ni. Bagi i lebih baik i lepaskan dekat sini dari i marah marah orang yang tak bersalah. Anyway jumaat lepas .. i habis kerja je  malam tu terus balik rumah mama.  i dah 3 bulan tak balik sejak i sakit dulu. Dalam tempoh recovery ni i tak balik sebab tak berani nak drive jauh sangat. Tapi sejak i dah start kerja balik ni i rasa i boleh kot since i commute mostly by driving. Stuck jem sejam lebih tu biasa.  Dia bukan apa tau korang sebab kadang kadang perut i cramp. 

Semoga i dapat capai apa yang i nak. btw tadi i pun dah repurchase retratudite dari erwin dawson. ya erwin yang tu. dia pelakon dari singapore. I ni obese tau korang . Benda i paling menyesal dalam hidup ialah ambik pil hormon masa lepas gugur dulu. Currently badan i paling besar yang i pernah experience. I jadi malu nak jumpa orang. kawan dengan orang pun taknak. Tapi semua tu berubah lepas i keluar hospital i think i got nothing to lose pun except for my weight. Kalau i avoid connection dengan orang i biarkan insecurities i take over sampai bila. 



People hate me or love me takkan tambahkan duit dekat dalam account i pun  kan?  so now i just nak buat apa i suka. Regardless of bunyi bunyi memekak dekat belakang. I rasa i banyak rasa inspired dengan KA. haritu kan lalu video dia tau.  Dia cakap pasal haters. dia kata kalau dia fikir apa haters cakap susah la. Takkan dia nak pergi check sorang sorang. Kau suka aku ke tak? 


i mean yeahhh he is right!   oh btw berbalik kepada retratudite tu  setakat ni sebenarnya i dah lose 10kg. cuma maybe tak nampaklah sangat sebab i masih gemuk.  Benda ni injection je dekat my perut.  I beli lagi. Korang doakan i kurus tau. I tahu jinx whatsover i tak patut cerita awal awal. Takpe lillahitaala i suka atau tak i kena kurus. Tipulah kalau taknak cantik. tapi this is about my health.

i taknak buat surgery dah i trauma. I trauma dengar pakar bius tu cakap tak jumpa tempat cucuk. bulan february tak lama je lagi korang. I dont think i want to repeat that procedure again.  i taknak rahim i kena buang. I tak kisah pasal anak. Anak tu no longer my concern. I just want to live happily.

whatever remaining time i ada i nak hidup untuk diri sendiri dan bukan orang lain.I pun in my fan girl era. I rasa sejak i masuk fevertts family i happy. walaupun diorang muda dari i tapi kan entahlah i suka jela. sebab i suka tengok how supportive they are towards someone they admire. Most of fan dalam fevertts support jugak celebrity lain. join event lain. buat masa ni yang sempat i jumpa evertts jela. Itu pun i dah happy tau. I suruh dia bagi wish dekat i adalah videonya i simpan. Buat semangat i nak kurus. Dia cakap dia on the way buat badan for next project. I doakan you berjaya evertts. He surely can. I pun boleh but long way to go. Tapi takpe  i enjoy the process.


Anyway haritu i dengar la someone talk s about me. I sebenarnya malas nak cakap banyak. biarlah kan.i dari dulu lagi asyik kena benda macam ni. I free hair ke i pakai tudung ke. Dari college dulu orang cop i kaki club la. Hanya sebab aku suka lagu pitbull. kenapa kalau suka lagu  macam tu confirm pergi club ke?mentang mentang dulu kita free hair , pakaian kita macam tu dulu orang cop kita kaki club . sabar jelah. 

padahal kita lepak cc main game and buka blog je. Tapi takpelah  terima kasih bagi kita pahala. :p

oh anyway i tadi tengok cerita malam terlarang. Balik je dari rumah mama i join class sociology habis class i tengok movie. I rasa cerita ni okay tapi mungkin boleh cantikkan lagi plot ni.

I review jujur plot dia i suka cumaaaa i rasa sex scene tak payah kot.  tak appropiate la. so sorry maafkan saya tuan director . i know tu camera angle tapi ummm tak yah la please tolong lain kali tak payah ya sex scene maaf sekali lagi.


my fav watak dalam tu  haji wahid. Sumpah sis love. Dia berlakon kan aura dia macam ala ala peaky blinders sikit. I mean the expression hmm that's the real G. 


okay tu je kot review ikhlas dari saya beserta luahan hati sis dekat atas. Kita random je awak

harap maaf


ttyl


 unamn

No comments: