Hey korang
nak tahu tak apa benda kelakar jadi semalam? okay sebelum i cerita ni i nak korang janji dulu . janji berfikiran terbuka . janji jangan fikir bukan bukan . janji okay? *finger crossed*
oleh sebab korang dah baca sampai sini i anggap korang dah berjanji. so kalau korang mungkir janji i doakan traffic light sentiasa merah and mimpi ngeri setiap malam! dramatik la una ni.
okay mari kita sambung cerita. siapa siapa tahu i kerja mana tolong diam! Macam ni korang i kan tengah phase training . Basically otak i dengan kawan i tengah serabut belajar system. trainer kami ada 2 kejap k kejap L. K tu lelaki dia lebih fun and chill L pulak lebih strict.
Sebenarnya i faham je kenapa dia strict. Semalam dia lebih chill dia ajak kitorang sembang. L pernah cakap dekat i yang i am being too harsh on myself which i admit. 2 malam lepas i punya stress sebab i rasa dalam ramai ramai i paling lembap. So i tidur dalam keadaan memikirkan kerja.
so i mimpi pasal kerja. benda macam ni biasa berlaku ya korang masa i tukar kerja je kalau i stress ke apa ke i confirm akan mimpi pasal kerja. confirm!
dulu masa i kerja sales before i khawin malam malam before tidur tu kan mesti call my boyfriend (now my husband) i akan try close sale dengan dia. sampai menangis nangis :'D
so i nak cerita dekat L la yang i biasa macam tu. instead of cakap macam ni " you know.. i memang selalu mimpi pasal kerja kalau i stress. siapa siapa tidur sebelah i mesti dengan i mengigau"
KORANG TAHU TAK APA I CAKAP???
me : L you know... i memang macam tu. i kalau stress memang akan mimpi pasal kerja . Siapa siapa je tidur dengan i confirm dengar i mimpi.
L : WHAT? siapa siapa je? what you mean siapa siapa je iris?!!!
my teammate : IRISSSS berapa ramai you dah tidur? (iris is my name at work)
me : ( i cuba nak betulkan balik ayat tapi i dah ketawa sampai tak cukup nafas) BUKANNN HAHAHAH BUKANNNNN!! I SALAH CAKAP.
What you mean una siapa siapa je tidur dengan i. Berapa banyak je lelaki aku dah tidur? Rasanya baru satu and biar je kekal satu. In the event of this relationship tak kekal pun i dont intend to remarry.
MASA NI I RASA NAK BENAM JE MUKA AKU DALAM TANAH.SUMPAH
TAHU TAK KENAPA?????
selain kitorang dekat situ ada a few guy from it tengah setup pc!! diorang dengar !! diorang pun terkejut .i boleh rasa tempat tu tiba tiba sunyi. I know they are invested in my story. Diorang sangat dekat dengan kitorang and i can even dengar diorang gelak sekali. WEH MALUNYAAAA weh malu bodoh!! Mesti diorang tak percaya apa diorang dengar. Takkan si doraemon ni tidur dengan ramai orang. aku risau diorang ingat aku golongan dark side .
i sumpah demi Allah hampir pengsan sebab darah i naik sampai otak. my blood rushed to otak. I cuba explain sambil i ketawa. tapi tak boleh . i rasa kalau i mati semalam sambil ketawa mesti muka i macam orang tengah bahagia. Sah orang ingat i mati dalam iman. Tapi fitnah yang tu i benarkan :'D
i berimaaann cuma i know la i am not there yet sampai nak mati muka senyum tu. HAHAHA benci bodoh diri macam ni. kau memang tak boleh normal ke una?
anywayy korang jangan pening i guna kejap kau kejap aku kejap saya. ini blog bukan karangan. okay. dah la tu je i nak cerita. semoga in future i tidak menimbulkan fitnah pada diri sendiri.
sekian
yang hampir mati kerana ketawa
una mn

No comments:
Post a Comment