April 28, 2012

hari ceramah pandu memandu, meletihkan oh bebalnya.

diam tak diam dah hari ketiga una di rumah. hari ini una pergi  dengar ceramah untuk ujian memandu. so memang letih la timah oii.. 5 jam sepatutnya ceramah. patut start pukul 9 , start pukul 9.30. habis pukul 1.30 tadi mula2 pergi abah hantar kat pusat yang abah daftar tu. eh tiba2 kena pergi pusat lagi 1. so naik van la ke sana dalam 10 minit sampai la. masa balik tu tunggu sejam tak muncul2 orangnya. pukul 3.30 baru dia datang. 2 jam tunggu dia. berapa punya lama da.. so bila sampai kat pusat yang mula2 pagi tadi. tunggu abah una ambik kan. menunggu lagi setengah jam. T_T. bila abah sampai dia mintak buku memandu. sekali bincang-bincang  abah suruh una ambik ujian komputer hari isnin pagi ni. 



o.O 
LIKE SERIOUSLY????? 
entah sempat ke tak nak hafal semua ni tak tahula...
lepastu una pun balik rumah.
balik-balik je mama ajak keluar terus ambik gambar passport sebab una nak buat resume hantar ke syarikat2.ingatkan ambik gambar passport je , rupa-rupanya adik una nak gunting rambut sekali.

so balik rumah dah pukul 5 setengah petang. 
letih bukan?






p/s: itu sahaja bebelan perempuan comel harini. eh bukan perempuan cantik. eh bukan jugak. perempuan perasan =-='




April 22, 2012

4 days left before leaving kuantan :')

assalamualaikum semua.. 
lagi 4 hari una akan meninggalkan bumi kuantan . perasaan sebak tiba-tiba muncul .
mungkin lepas ni jarang ke sini atau mungkin tak akan datang sini lagi dah. mungkin ambik result semester 6 nanti adalah kali terakhir ke sini. situasi mungkin-mungkin senang cerita. si dia masih disini . dan una sekarang sedang mencari kerja. alahai tiba -tiba rasa segan mula memekar dihati. nak mintak kerja pun segan tak paham kan? btw doakan una dapat kerja gaji mahal tau.  $_$ hahaha mata duitan!!!!! bukan apa ingat boleh la hulur2 kat mama dengan abah, opah dengan atuk.. tak terkecuali adik-adik yang menadah tangan . sebenarnya adik adik tu boleh dicampak dari list. sebab kalau nak berkat bagi kat mama abah dengan opah atuk je .. adik adik tak masuk senarai .. laalalalala~ 



okay memandangkan una dah habis belajar , una ingat una dah boleh dah kot nak diet. boleh fokus dah ni bersenam ke apa sebab tak payah belajar dah . lantaran malu yang masih menebal sejak kejadian mesin timbang berat tu berbunyi . dia shout out sampai satu ruang legar ecm (east coast mall now capita mall) dengar berapa berat una. cinabeng punya mesin!!!!! malunya tak boleh cakap,tebalnya muka una time tu kalah tebal dinding penjara tahu tak? merahnya muka time tu kalah merah buah tomato * okay ini tipu*


tapi una serius bila una cakap una rasa nak tendang mesin tu 44 kali .rasa nak smackdown sampai ranap mesin tu tapi una sedar yang una ni manusia, berkulit nipis pulak,bukan kulit buaya, dia besi, jika una smackdown silap2 una yang icu dia tak ... T-T

ini berikutan episod lain dihari kejadian :)

 sebelum kami ke ECM kami ke megamall dulu makan2 jap , una berdating berdua je dengan dia :')




kami dah sampai ECM !!!  

 okay masa jalan2 ternampak wedges crocodile.. masyallah cunnya  kasut tu :') duit tak ada time tu dah shopping kat mega dah .



comes in 3 colour.  una nak merah dan pink tu. 
urmmm nantilah duit tengah ramai akan ku datang kembali 




so far tak ada apa nak bebel lagi,
tapi jika ada yang terbaca blog ni ke , tahu mana-mana company construction yang ada kekosongan dalam bidang kejuruteraan awam ke kan..
sila email una di

n.izzatihusna@gmail.com 

nanti una hantar resume .

p/s: new life just begun.




April 18, 2012

hantar cik lia balik, dan melepak secara berempat.

harini sebenarnya semalam sebab dah masuk 18 april dah. lantaklah una nak cakap harini maka harini la. harini hari terakhir mungkin, tadi ecah balik, kak fizah balik, ciklia balik.. ='(.mungkin lepas ni dah tak macam dulu. sedih, oleh sebab itu una masih menuli dan terus menulis tentang mereka. saja2 nak buat kenangan kalau rindu nanti. tadi kami beramai-ramai hantar ciklia balik  sampai ke terminal je la.. dalam pukul 8 malam macam tu. sedih ='( . muka masing2 dah kawal perasaan. tapi una, awal2 dah menangis. sedih,sebak, entahlah...
termasuk penangkap gambar ni 13 la :)


ahh muka irfan konon selamba , padahal menahan perasan tu.

daddy onchair  bersama anak tanggangnya ciklia

mereka sweet bff dari semester 1 lagi ;)

wan penang dengan ciklia :)

muka baru lepas kesat air mata :)




lepas hantar ciklia
que ajak kami bertiga pergi makan kat kfc  teluk cempedak,
thanks to him sebab memulihkan mood kami kepada ceria baru lepas nangis tadi. walau macam manapun, tetap rasa janggal, sebab una jarang keluar dengan diorang.
selalunya bila kami keluar mesti ciklya ada.. urmm
ada masa, panjang umur kita jumpa lagi =')



 yana :)


kiri que, kanan paan :)
ada cerita disebalik gambar ni..
hahaha macam2 cerita lawak tapi tak boleh na post kat sini
apa2 pun cubaan que nak buat paan cair tadi berjaya menggelikan hati aku .
risau kene siku je mamat ni.. dok buat romantik ape pulak? HAHAHAHA
btw them both adalah best friends.
que tu masih single, available, dekan setiap sem lagi
so wanita2 bertudung di luar sana sila berdaftar.
dia cakap tadi dia nak buat bini terus. HAHAHAHHA



p/s: ^^V

April 17, 2012

mereka bukan kawan, tapi KELUARGA :)

hai semua 6 april 2012 haritu kami warga DDA semester 6 buat bbq kat teluk cempedak. BBQ ni untuk budak2 kelas project management  . so leturer cun kami tu turun sekali malam semalam . best oiii..
so tema kami hitam putih je senang. :)
una malas nak cakap panjang tengok je gambar2 kat bawah ni okeyh?

ini irfan dengan tooty@ tyra
tooty ni kawan paan dia bukan budak kolej kami . hehe hai tooty ^^V
*so biasala tu kalau ulat bulu naik daun :P*


sebenarnya yang nak bergambar 4 orang ni jer, tapi kami kat belakang ni senyap2  curik line nak masuk. haha teruja nampak kamera biasa lettew :P


tukang bakar-bakar hahaha .
una pulak tukang makan makan . hahahaha


antara hadiah2 yang bakal bertukar tangan =)





aku pun tak paham kenapa pipah pandang belakang? spoil pipah oii.. spoil =-='

hahaha muka serius que menatap hadiah2 .
que :aku tak kira aku nak hadiah besar2 jugak
ciklia: hah jangan harap lah weyh, hadiah semua aku bawak larik nanti

*mampus aku kalau diorang baca *




ekhem :)



mereka :)

gelagat mereka, yang baju kotak2 tu puan puteri juieta. :)
 kesayangan saya  ;')


lam kam yen , abe, syuk
apa hensem? nak no telefon? komen kat bawah ni hahaha


kita :') aku dah tak tahu nak tulis apa dah.



lompatan  kegembiraan mereka semua. :)



actually entry ni dah ditaip lama dah tapi baru sekarang berkesempatan nak publish.
semalam 16 april 2012
una  dan sebahagian yang lain selesai sudah menjawab paper terakhir kami
paper alam sekitar.
big thanks to irfan iman jupry. =)

so jika tiada aral melintang ,
inilah the end of our diploma.
dan kepada yang masih ada paper 23 haribulan ni hopefully korang dapat jawab dengan baik .

INSYAALLAH


cantik bulan waktu tu.




indah kan bulan?
seindah persahabatan kita .

"hanya lagu yang menjadi ingatan, hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya kita ditakdir bertemu semula,
ingin ku memiliki lebih dari itu."





p/s: jangan lupa aku tau :)


April 6, 2012

bacaan yassin dan gotong royong macam kenduri yang sungguh ohsem :)

hai semua bertemu kembali di blog kudus yang tiada pengunjung ini. *ayat dah macam k____ *isi tempat kosong sendiri*
okay tadi  selepas mengepost blog post yang tadi tu la dalam pukul berapa entah tak reti. roommate dapat call dari coursemate ajak pergi bacaan yassin ramai2 kat rumah member kami so una pun  pecut laju2 siap2 pergi la ke majlis terbabit. una pergi naik kereta pipah hehe *first time naik dengan pipah *


kualiti tak bagus, harap maaf . blackberry memang macam tuh *sambil lari2 menangis tepi semak*

kiri awe, kanan abe . huhu :)
selesai bacaan yassin kami pun bergotong royong la, yang kupas bawang kupas bawangla, yang basuh ayam basuh ayam hehe . kami ade bbq esok kat teluk cempedak .

aktiviti beramas mesra ciklia dengan mimi, mimi disuap ciklia.. nak jugak.. nak jugak! T-T


ayu suap paan. ni lagi kurang asam aku ni roommate dia, dia tak pernah suap pun. T-T
 selaku pengupas bawang, ciklia, kak fiza,yana dan lain2. selaku pembasuh ayam, una sendiri, afiq,mimi,irfan  dengan cikwawa.agak seronok la aktiviti ramai2 ni. tak terasa penat pun :) sungguh. masa lepas baca yassin tadi diorang sempat goreng donut bagi budak2 lelaki course kami makan . hehe thanks kepada tuan rumah si kijah yang sudi bagi kami bergelimpangan buat kerja kat situ hikhik .


penuh kasih sayang kan? hahahahaha :P

haha sumpah lawak gambar ni, abe nak luku kepala irfan sekali keh3

kijah,inilah tuan rumah dia sebenarnya :P

que,ajiq ,onhcair*our daddy*
 
sejuk mata memandang :)



haa ni la aktiviti goreng donut :P
abe dengan daddy kami onchair :)

ni gila kamera , sempat lagi hehe




we're family. :)



you're the most beautiful flowers
in my gardens of friendship
remain the same forever <3



p/s: tak sabar tunggu esok .

April 5, 2012

aktiviti makan makan harini.

harini ada event untuk DDA lagi. program makan-makan ini adalah hasil gabungan senior sem 6 (kamilah tu) dan junior kami sem 4. sem 5 tak tunjuk muka tadi maybe busy tapi tak apalah yang penting ada makanan. sebenarnya una nak mintak maaf kepada semua kalau tadi ada terkurang ke almaklumlah kelam kabut.
 sorry banyak2 la pada junior. =)
so jamuan kami bertempat di taman gelora. alhamdulillah ramai yang sponsor.afiq sponsor 200 cucuk s ate manakala cik lia sponsor 150 cucuk sate kalau tak silap.
harap maaf kat taman gelora , pondok dia memang kemain uzur akan tetapi kami letak ja kat situ kami makan kat atas rumput .. haha

ini adalah kek perpisahan dengan lecturer part time kami :)
yang lain adelah nasik tomato, ayam masak merah,bihun, roti jala dengan kuah kari, keropok moni,cake, air bergas 20 botol kalau tak silap dan sedikit makanan ringan lain..


lam tersenyum bahagia dan encik pipi senyum paksa. rasa nak lempang je beliau  huh.-_- bf sapa tak tau..

muka nak serius aje ciklia, mimi bercekak pinggang , pipah dok pandang kamera mahai, tahulah aku pakai bb kamera tak lawa.. tacing 4 saat T_T
4 sekawan yang bahagia di taman gelora yang permai *awat aku tetiba berjiwa romantik ni? *

sebahagian kawan2 yang disayangi :)
 tak dapat nak bergedik lama-lama sebabnya ade sebahagian dari kami ade final presentation untuk subject highway.una tak ada presentation sebab una dah ambik subjek tu sem lepas. hehehe malam esok una ada makan2 lagi dengan coursemate sem 6 pulak kat tc .hehe k bai una nak gi masak untuk jamuan esok  babai readers i love u

April 4, 2012

bebel2 kosong, sambil seluk poket

hidup kebelakangan waktu ini serabut.
serabut dengan kerja2 tertunggak akhirnya selesai.
akhirnyaaaaaaaaaaa! *sambil menjerit sekuat hati*
tak adapalah nak diperkatakan sangat cuma sekadar melepaskan tekanan berlambak tak hingat yang sejak  menjadi pelajar semester akhir ni.
ade sajalah kerja berbaris . *beselah tu adat belajar*
dan selesai sahaja kerja ni boleh la nak tergolek2 pun atas tilam.
tu pun bak 10 minit je la oleh kerana final exam semakin mendekat jadi tak payahlah nak mengada2 tergedik2 baring lelama atas tilam tu timah.
study pun tak sampai suku muka surat dah terlelap macam ni ke nak jadi dekan?
hampess T_T

macam macam kepala hotak ni dok celaru memikir.
balik rumah kang kompem tak ada income.
nak mintak mama segan *eleh , macamlah wujud istilah tu dalam kamu hidup kau una*

hey seganlah.. kata dah umur 21 tahun tak macho la tadah2 tangan lagi kat parents . lepas ni pepandai la kau menuai  padi ke,menyapu sampah ke,
ataupun jual cucur kat pasar malam demi duit .
nak harapkan duit turun dari langit harapanlah..

memang hajat dihati tu nak kerja dengan pakcik tapi nak buat lesen dulu plak tu.
rasa macam terhina je setiap kali jiran2 ,sahabat tolan suruh bawak kereta tak reti umur dah besar panjang, badan jugak dah besar gedabak.
mana nak letak muka? manaaaaaaaaaaaa???

hurmm una rasa macam nak berniaga balik la, demi duit bergunung2  una snaggup membuka kembali bisnes niaga.
akan tetapi tunggu habis final dululah ye.sekarang busy ni.:P

P/S: bebel apelah aku ni.


April 1, 2012

seharian di grooming, i love u friends muak muak! =P

semalam ada grooming untuk melangkah ke alam kerjaya di kolej.
pada mulanya una malas nak pergi tapi nak tak nak kena pergi jua. benda free jadi pergi ajelah...so start benda tu patutnya pukul 8.30 tapi janji melayu konfirm start pukul 9.00 then una terlewat sebab una lewat 5 minit ke 10 minit.

perkara amat memalukan, una tak tahu apa yang lawak tapi.. masa una masuk una kena gelak mungkin sebab una gelabah. *face palm* una tengok muka tuan haji tu macam serious je tu una gelabah tu, dan hall tu macam dah penuh masa una datang, dalam cubaan mencari tempat duduk, una dapat tempat duduk depan sekali. 
dan paling menyakitkan hati dan perasaan kerusi tu pun bila ditarik susah betul nak keluar dari meja.
baru letak punggung manusia hantu si que tu pergi bbm dan ping ping.bunyi disetkan loud pulak..
mana nak letak muka? manaaa??? oleh kerana terlalu gelabah una telah menanggalkan bateri terus dari dari badannya.


 T_T
maluuuuuuuuuuuuuuuuuu
mujur kedudukan tu tak lama , kami perlu tarik2 meja bentuk 1 kumpulan 8 0rang.
tapi kumpulan una ade 7 je. lantaklah labu. orang tu suruh campur lelaki perempuan. tapi sebabkan kawan kelas una sikit je lelaki yang datang ciklya my hunny rabbit dah tarik dah bestfriend dia masuk group tu maka kami tiadalah jejaka dalam kumpulan. tak apalah yang penting ade kumpulan ye dak?lagi senang . huhuhu

sepanjang hari una ketawa, ketawa dan ketawa.
mintak ampun dan maaf pada mereka yang berdekatan dengan tempat duduk una. una tahu una gelak macam pontianak.
dan terima kasih kepada cik liling yang sudi pass mic kat group una. akhirnya dapat duduk HAHAHA! :D

okay una tahu korang tak faham apa kena mengena pass mic dan dapat duduk?


una tak perlu jelaskan panjang lebar sebab una rasa kalau cerita sampai subuh tahun depan pun tak habis. HEHEHE.

dan terima kasih kepada que,dan ciklya kerana tak habis2 membuatkan una ketawa sambil mengeluarkan maki makian.
una tahu tak baik dan tak manis. ampunkan saya .. T_T
azam tahun baru nak jadi sopan tak kesampaian selagi dua ekor makhluk ni masih berada dalam jarak dekat dengan una.

makhluk diperkatakan que dan ciklya. .

i digress

nak cerita  pasal event tercerita pasal makhluk 2 ekor ni pulak.
haha anyway , rasa terhibur jugak semalam. terhibur sebab kawan-kawan.
sebab ilmu.
sebab kenangan. =)
yeah kenanganlah.
btw semalam birthday irfan iman jupry
happy birthday brotha .
dan semalam banyak perkara berlaku.
dan semalam.. '
daaaaaaaaaaaann ahh malas cerita  lagi. k bai semua .
macam biasa . ada gambar
untuk kita  kawan2 =')
untuk kita .. T_T


kiri kijah, kanan echah.
kijah group lain echa group una.. hehe my dearly darling =)

cik wawa dgn mimi  . macam2 biasa tetap ayu.

kak fizah, yana, ciklya,cikwawa , mimi
masa ni dah habis program tunggu kat luar pagar.

dan ini ahli group una. hehehe campur una jadilah 7


dan masa ini waktu nak lunch di student centre. dan masa inilah una tak habis2 di sakt que. tak habis2 dia mengingatkan bahawa ayam ada lagi 6 ketul dalam  tray T_T beliau jahat.


walau bagaimanapun, semalam tetap best.
semalam banyak ilmu una dapat rupanya nak mohon kerja ni kemain susah dan rumit.
banyak benda kita kena tahu.
kena jaga.
hurmmm imej .
una tahu una selekeh.
lepas ni kena kemas2 dah

p/s: makin lama makin banyak entry pasal kawan2 aku, hehe jangan muak dahla ye? =P