Skip to main content

4 days left before leaving kuantan :')

assalamualaikum semua.. 
lagi 4 hari una akan meninggalkan bumi kuantan . perasaan sebak tiba-tiba muncul .
mungkin lepas ni jarang ke sini atau mungkin tak akan datang sini lagi dah. mungkin ambik result semester 6 nanti adalah kali terakhir ke sini. situasi mungkin-mungkin senang cerita. si dia masih disini . dan una sekarang sedang mencari kerja. alahai tiba -tiba rasa segan mula memekar dihati. nak mintak kerja pun segan tak paham kan? btw doakan una dapat kerja gaji mahal tau.  $_$ hahaha mata duitan!!!!! bukan apa ingat boleh la hulur2 kat mama dengan abah, opah dengan atuk.. tak terkecuali adik-adik yang menadah tangan . sebenarnya adik adik tu boleh dicampak dari list. sebab kalau nak berkat bagi kat mama abah dengan opah atuk je .. adik adik tak masuk senarai .. laalalalala~ 



okay memandangkan una dah habis belajar , una ingat una dah boleh dah kot nak diet. boleh fokus dah ni bersenam ke apa sebab tak payah belajar dah . lantaran malu yang masih menebal sejak kejadian mesin timbang berat tu berbunyi . dia shout out sampai satu ruang legar ecm (east coast mall now capita mall) dengar berapa berat una. cinabeng punya mesin!!!!! malunya tak boleh cakap,tebalnya muka una time tu kalah tebal dinding penjara tahu tak? merahnya muka time tu kalah merah buah tomato * okay ini tipu*


tapi una serius bila una cakap una rasa nak tendang mesin tu 44 kali .rasa nak smackdown sampai ranap mesin tu tapi una sedar yang una ni manusia, berkulit nipis pulak,bukan kulit buaya, dia besi, jika una smackdown silap2 una yang icu dia tak ... T-T

ini berikutan episod lain dihari kejadian :)

 sebelum kami ke ECM kami ke megamall dulu makan2 jap , una berdating berdua je dengan dia :')




kami dah sampai ECM !!!  

 okay masa jalan2 ternampak wedges crocodile.. masyallah cunnya  kasut tu :') duit tak ada time tu dah shopping kat mega dah .



comes in 3 colour.  una nak merah dan pink tu. 
urmmm nantilah duit tengah ramai akan ku datang kembali 




so far tak ada apa nak bebel lagi,
tapi jika ada yang terbaca blog ni ke , tahu mana-mana company construction yang ada kekosongan dalam bidang kejuruteraan awam ke kan..
sila email una di

n.izzatihusna@gmail.com 

nanti una hantar resume .

p/s: new life just begun.




1 comment

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…