September 24, 2012

nak jadi manusia jadian atau manusia comel itu pilihan anda :)



apa yang bermain dekat fikiran korang bila korang tengok video ni?
bila aku tengok video dia aku rasa macam wahhh cantiknyaaa..
betul kata orang yang tertutup tu indah...
aku harap dia ni akan buat banyak lagi tutorial tudung yang "cover that part "
bagi aku inilah tutorial tudung sebenar. mungkin bukan selabuh burqa.niqab tapi 
bila dah menutup aku rasa lebih bagus. aku harap korang boleh pergi video ni like banyak-banyak. jangan kutuk pulak , kadang-kadang ada sesetengah orang kita ni tak boleh tengok orang lain senang sikit.  tak keterlaluan kalau  aku cakap dia ni fashionista yang cuba memberikan kelainan dalam berfesyen . fesyen yang mempunyai batas. kadang-kadang aku pelik jugak tengok orang yang belit tudung lipat-lipat macam origami. hehehe jahatnya mulut saya. janganlah marah luahkan pendapat je. tapi so far aku masih boleh terima origami tudung daripada makhluk jadian singh (berturban). maafkan aku kalau ada yang terguris hati. sebab kadang-kadang aku tengok fashion-fashion macam ni yang buat orang pandang rendah dekat kita. aku tak boleh salahkan lady gaga , sebab dia tak pakai tudung jadi kepelikan fashion masa ni bukan di sebabkan dia adalah disebabkan sikap kita sendiri. sebenarnya jujur aku katakan aku minat juga fashion tapi setakat ni origami tudung aku 1 jenis je (jenis yang biasa tu je la).


muka aku agak bulat dan senang cerita aku tak boleh pakai shawl kalau tak dah macam muka bola, aku sesuai pakai tudung bawal je . sekarang apa kata kalau kita ramai-ramai praktikkan pakai tudung secara labuh seperti cara saudari di dalam video diatas. amboii saudari teruss.. sopannya :)

 

p/s: okay tu je nak cakap, aku ajak perempuan je lelaki tak payah gatal nak try .




sikap menunjuk dan serangan emosi?

lain orang lain pendapat
biar rambut sama hitam tapi cara berfikir mereka lain


kadang-kadang orang tak boleh terima pendapat aku  kerana aku terlalu bercita-cita tinggi. bagi aku biarlah aku bercita-cita tinggi at least kalau aku tak dapat capai pun aku tak menyesal sebab aku pernah bercita -cita kan?


kali ke 2 ku minta tak berjaya, mungkin sebab aku kurang meminta pada DIA
anda dah minta? servis meminta percuma tauuu :)


ada jugak yang tegur sebab aku terlalu realistik. sebenarnya kita semua tahu hidup ni semua ni di tangan ALLAH. kita usaha-usaha kalau ALLAH kata jadi-jadilah.
tapi untuk jadi tu usaha kena ada, so kalau orang nak perkecilkan cita-cita aku tu lantaklah dia.walau kadang-kadang sakit hati jugak hehe jujur ni..

bagi aku tu kira macam satu "serangan terhadap emosi" bertujuan untuk mematahkan semangat. haaa amboihh saintifiknya ayat ko una.

serangan emosi ni kadang-kadang lebih berkuasa dari serangan fizikal. kalau orang cederakan kita , kita terluka je.. luka boleh pulih tapi kalau emosi.... sekali semangat jatuh susah tuu nak naikkan balik semangat. jadi aku kira orang yang bisa menangkis bulu tangkis segala serangan emosi dengan hebatnya adalah sangat awesome.



 ni kira nak cerita kau ni awesome la una?

tidakk bukan itu tujuan dia.. sebenarnya aku nak ajar korang macam mana nak tangkis segala serangan emosi bertujuan kepentingan peribadi .

contohnya si A DENGKI GILAAA HABESSSS kat si B sebab si B nak sambung belajar tapi si A tak dapat


A: ko lupakanlah pasal study ko kerja macam aku.. gaji boleh naik lama-lama.

B: ala tapi aku nak sangat la kelulusan ni :)

A: kita ni kena pandai cari kerja, tengok sedara aku bla bla bla kaya je .. ade sijil je bla bla bla.. tak payah sambung buang masa je bla bla..

B: .....


anda di tempat B, anda buat ape? kalau aku.. inilah aku buat..


hurmm bagi pendapat aku la, inilah kepuasan hidup aku kalau aku dapat capai apa yang aku inginkan bukan ape kelulusan ni penting jugak kadang-kadang mungkin tak menjanjikan apa-apa tapi at least kita tahu peluang lebih terbuka pada orang yang berkelulusan dan bukan orang yang tangan kosong.. ko faham maksud aku kan?

ok pedass tapi berlapik ..ni je cara kita nak tegakkan pendirian kita yang bukannya basah dah terang-terang bersimen.terlalu mendalam ke?
tak kan? aku memang macam ni.. semua benda nak di perumpamakan.




kalau kita nak argue dengan sesiapa make sure kita cakap bukan bertujuan nak sakitkan hati dia ,perlu ade point yang buat dia paham. kalau dia tak faham jugak better re-check mungkin dia bukan manusia OH NO!

kita kena mengaku yang kita selalu berdoa untuk minta je tapi tak pernah berterima kasih kan..
mungkin sebab kita kufur nikmat kita sukar perolehi kejayaan. mungkin



kadang-kadang aku tak faham jugak dengan sesetengah spesis manusia yang beli sesuatu untuk tunjuk kat semua orang "heyy saya ada ini"

bukan yang jenis upload picture kat facebook tu bukan ...bukan... ni lagi ekstrem.
dia sendiri cakap tujuan dia beli tu untuk tunjuk kat semua orang yang dia mampu bergaya . walau kadang-kadang melampau. dia tahu dia tak mampu tapi dia nak beli jugak rela tak makan asal dapat tunjuk.. itu kes berat! :) actually kita tak perlu pun buat semua tu, bagi aku baik kita stabilkan kewangan kita . buat apa kita beli semua yang kita sebenarnya tak perlu pun untuk tunjuk kat orang. satu hari orang kagum lepas seminggu orang akan lupa yang tanggung hutang pun kita, yang tak makan pun kita. orang yang kita cuba impressed tu rilek je tak rasa ape. siapa bodoh kita ke mereka?

siapa untung ? kita atau mereka? :)

kepada yang dah bekerjaya nasihat aku simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari hasil pendapatan setiap bulan untuk masa akan datang. jangan dah kerja joli habis.. ini tips aku ambik bukan dari sebarangan buku tau.. ni tips dari zaman nabi lagi. siapa nak kaya cer try :)



oh by the way  last message(sebagai penutup entry)



September 22, 2012

wishlist saya :)

semua orang mestilah mempunyai impian dalam hidup.
hidup tanpa impian ni payah, tak ada  hala tuju . namun impian seseorang itu haruslah realistik dan mampu tertunai janganlah merepek sangat impian tu.
 
kalau kau berimpian nak beli kereta mewah it's okay.. tapi kalau berimpian nak curi kereta mewah yusry KRU ni makan dia (sambil tunjuk penumbuk)
 
 
 
sebenarnya impian aku ni lebih kurang je macam korang.
cuma aku tak adalah nak terlampau obses dan terlalu menekan atau berharap. slow-slow je . kalau diizinkan ALLAH ,insyallah aku akan laksanakan impian tu . antaranya seperti...
 
 
beli rumah sebelum khawin
 
mungkin ade sesetengah perempuan anggap rumah tu tanggungjawab lelaki, tapi bagi aku menyediakan tempat perlindungan untuk diri sendiri adalah tanggungjawab diri sendiri sekiranya terjadi apa-apa sekurang-kurangnya ada tempat berteduh. aku nak syorkan sangat orang-orang perempuan supaya berdikari jangan terlalu bergantung pada sesiapa bukan apa langkah berjaga-jaga korang takkan tahu apa yang akan jadi nanti. jangan pulak dah beli rumah tukar ke nama boyfriend,tunang atau suami. janganlah "pandai" sangat kalau iye pun sayang :)
 
 
 
beli kereta
 
hehe ni benda asas lah, kereta mula-mula tak payah nak mahal-mahal orang yang baru nak mulakan hidup elok pakai kereta biasa-biasa je dulu, pilih yang jimat minyak. kalau nak beli second hand pun nanti aku tengok dulu kot enjin dia rosak ke tak ke.. kalau tak baik beli first hand beli viva cukup lah, janji boleh bergerak ye tak? nanti bila dah stabil, dah rasa senang sikit dah boleh menyimpan rasa nak tukar barulah tukar, amboi bersemangat wajanya aku kan? :P
 
 
 
sambung study sehingga ke peringkat tertinggi
ini memang kebiasaan , ramai dah orang yang sedar education sangat penting. insyaallah kalau ada kelapangan,ada duit, ada semangat aku sambunglah study sampai ke phd. tapi lepas degree mesti sambung master dulu kan?. kita mesti sahut seruan belajar sehingga ke liang lahat.tapi sebelum sambung tu pastikan dulu loan study masa diploma dan degree  dah settle karang berhutang je payah pulak kan :)
 
 
 
umrah dan haji
umrah diusia muda mesti seronok sebabnya kita masih ada kesihatan,masa muda-muda ni lah kita patut buat amal ibadah kudrat masih kuat.semoga impian yang ini juga dimakbulkan kalau boleh nak umrah lepas khawin nanti.bukan apa berkat tau. instead of honeymoon ke paris why not pergi umrah? kita kat dunia ni kan kejap je .. bila-bila boleh "pergi".haji pulak kena ambik cuti sebulan lebih kurang. dah cukup duit boleh la buat haji. macam aku cakap tadi haji waktu muda lah bagus mana tahu rezeki lebih berkat kan?
 
 
 
 
 
 
 
dan akhir sekali yang aku inginkan ialah
 
sebuah keluarga yang bahagia
dalam dunia ni keluarga jugak yag penting tak kira lah kaya setaraf bill gates pun tapi kalau ada keluarga tak bahagia nak buat apa kan?.
 
 
 
p/s: panjang benor wishlist aku kan? inilah masalahnya kalau orang yang gila menaip ni.







September 20, 2012

convocation day of cucu razali and maznum :)

haritu masa raya pertama, aku nampak  gambar 2 orang sepupu aku yang dah berkonvo.
mereka  tu seperti di bawah adik beradik ambik course yang sama u olzzz kejuruteran elektrik  very the pandai. very tau jangan main-main (silap maafkan penggunaan broken english saya)
okay ini ke orang suka selidik rumah orang , keh3 habis segela ceruk dinding di tatapnya. nak tengok gambar diorang tak? nak tak?
alahh kalau korang taknak pun aku tetap nak letak jugak. buat-buat la setuju yang korang nak tengok okay..

nama : amir adli
umur:23 tahun
kos : diploma kejuruteraan elektrik (gambar tahun lepas mungkin)







 
haaa ni gambar lain sebagai tatapan umum dia of course yang pakai baju oren
gambar hasil curian di facebook :P

okay ni si abang .. dulu kecik-kecik kami rapat la ,dah besar jarang jumpa jadi segan. topik ape nak cerita pun tak tahu  but still ini jelah satu2nya ''abang'' yang  aku ada. kesian.. aku tak ada abang tumpang abang orang heheheh. tak adalah dia ni satu-satunya abang sepupu aku.
 
okay next.. tadi kata dua orang kan? yang kat bawah ni adik dia. jarak setahun je umur. kalau abang dah hensem, rasa-rasanya adik dia lawa tak? :).


nama: nur fadhilah
umur : 22 tahun
kos : diploma kejuruteraan elektrik
 

okay adik beradik ni memang suka oren agaknya ..
ni gambar fadhilah disamping kawan baiknya :)

 
 
aku gagal menemui gambar beliau di atas pentas. dekat dinding rumah
dia je ada gamaknya, kat fb dia cuma masuk ini je :)
heeee btw ni fadhilah, aku memang rapat dengan dia sampai gambar twitter
bbm pun gambar dengan dia gak. so sama seperti abang dia kitorang rapat dari kecik. ayu tak ayu tak?
 
 
 
 okay selain dua orang sebenarnya ada 2 orang lagi cucu maznum dan razali merangkap sepupu aku jugaklah  yang dah berkonvo. cuma yang sorang lagi tu memang tak dapat gambar dia pasal dah lama sangat konvonya hehe. tinggal aku dengan ika belum konvo lagi. aku merangkap cucu ke 6 ,ika cucu ke 5 menunggu masa konvo sahaja.
 
so aku sisipkan jugak gambar dia ni. nama dia nabilla atau nama glamernya bella
dia ambik  nurse dekat mahsa university college. dah keje dah pun sekarang

nama: nurul nabilah
umur= 22 tahun
kos : kejururawatan

ini pun gambar hasil curian facebook :P


 sebenarnya tujuan aku menulis ni bukan nak promote sepupu sendiri, sebenarnya aku nak cakap aku tak sabar nak konvo itu je. hehe sebab aku dah dapat tarikh konvo kehadiran pun dah disahkan. moga-moga segalanya berjalan lancar.



 syukur alhamdulillah, aku berharap nanti aku dapat konvo untuk degree pulak beberapa tahun lagi. cuma doakan aku dapat teruskan niat murni aku untuk sambung belajar tau?
 
 
p/s: thank you mama abah, thank you puan2 dan mr james, thank you kawan-kawan yang banyak menolong and for sure  thank you ALLAH.

September 19, 2012

the choosen one.

 
 
 
 
assalamualaikum
 
 
pukul 12 tengah malam tadi . mama balik dari on call. entah macam mana terbukak topik semula pasal hajatnya nak aku further study.
 
mama : kakak, kau dah mohon lagi (suara mendatar)
aku : belum ma.. (suara mendatar  2 kali ganda)
mama : kenapa tak mohon?pergi lah beli pin upu.
aku : tak bukak lagi.. lagipun malas.
 
suasana senyap. mama diam aku pun diam. aku tahu hajat dia nak aku belajar .
aku pun  nak . tapi tak dapat. actually aku menyampah dengan diri sendiri jugak sebab tak habis-habis down. mungkin aku dah give up nak menunggu .
mungkin....
 
mama : kau nak jadi apa tak sambung study?
aku: part time je lah malas nak mintak , bukan dapat pun
mama: *senyap lagi*
 
 
aku faham bila mama senyap tandanya dia sedih.
dan aku pulak bila aku dah malas nak fikir pun maknanya aku sedih.
 
sebab dalam kamus hidup aku tak ada perkataan give up.
selalunya paling-paling pun kalau aku sedih aku boleh happy balik dalam masa 1 hari.mungkin inilah tanda kedewasaan .(dewasa ke?)
 
mujur ada blog ni, tempat aku mengadu segala-galanya selagi ianya tidak terlalu peribadi aku akan tulis.

 
 i need magic occurs in my life :(

 
aku ade jugak tanya-tanya engineer-engineer yang dah pun berjaya sekarang dekat facebook ada yang sokong, ada yang bantah keputusan aku untuk buat pjj. ada yang sarankan PLK kat uitm .
 
 
kadang-kadang aku cemburu jugak tengok orang yang tak perlu pening-pening kepala fikirkan semua ni. aku mintak maaf kalau apa yang aku akan cakap ni menyinggung perasaan korang.
 

mungkin degree tak menjanjikan hidup senang,rezeki melimpah ruah, aku tahu itu semua datang dari ALLAH. tapi kita sebagai manusia kena ingat ALLAH takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri.



aku cuma nak degree itu sebagai platform untuk aku lebih maju.
kebanyakan peluang kerja nakkan orang yang ada kemahiran dan pengetahuan. those who comes with full packages will be the choosen one.
 
 
dan sekarang aku tengah prepare diri aku for years to come.
 
 
p/s: :(
 

September 15, 2012

kekecewaan yang jelas.pudarkah semangat?

semua orang tahu
harini result rayuan sambung degree keluar.
ya.. harini 15 september 2012
keputusannya agak mendukacitakan aku.
budak-budak kelas aku pun ramai tak dapat
hurmm mungkin tiada rezeki
aku redha
cuma bila aku tengok muka mama yang kecewa
aku yang lebih lebih kecewa
tapi aku tetap berpegang pada kata-kata
"nothing goods get away"
mungkin bukan dalam kamus hidup aku
tapi demi menunaikan hajat mama
aku nak kerja sambil study kot
mama tak tahu lagi
aku bertindak drastik bukan sebab kekecewaan dan harapan saja
tapi untuk diri sendiri
 
entahlah. kita tunggu je la apa akan jadi esok lusa
aku masih berfikir.
 
kawan aku tanya kenapa taknak tunggu sambung belajar tahun depan?
aku cakap aku kena fikirkan banyak benda sekarang
hidup ni bukan cuma aku sahaja
 ada orang lain
ada adik beradik 
aku 21 tahun ni. tahun depan 22
untuk kos aku (kejuruteraan awam) perlukan 4 tahun
jika aku bermula di usia 22 tahun aku habis belajar umur 26
saat2 genting bagi seorang wanita
dari digelar andartu ya!
andartu.
masa umur tulah kena bina kerjaya, masa tu lah fikir bila penamat status hidup bujang.
dan bla bla bla. rumah , kereta.
mama abah.. bla bla.
 
setidak-tidaknya jika aku kerja sambil belajar.
aku sudah ade kerjaya. dalam masa yang sama sambung degree
walaupun aku  bukan jenis orang yang boleh buat multiple task
 tapi apa salahnya aku cuba kan?
 
aku sekarang tengah jam dan cuba bertenang.
semoga hikmah yang tersirat segera terpancar
 
p/s: bangkit dari kekecewaan adalah manis.

September 12, 2012

sambung belajar dan tarikh konvo :)





diam tak diam esok aku dah nak test motor.
diam tak diam bulan depan aku nak konvokesyen di UTM
diam tak diam ...
 
dah diammm!
banyak perkara yang terjadi , dan aku tunggu semenjak menjadi seorang penganggur ni.
pertama sekali aku mestilah menunggu tarikh konvo diumumkan hee :D
sekarang aku dah pun tahu.
keduanya mesti la aku tunggu tarikh keputusan rayuan IPTA keluar
aku memang tak nafikan aku sedih bila tak dapat IPTA haritu
tapi nak buat guane salah aku sendiri, dan tiada rezeki mungkin
 
okay cakap pasal konvo , apa yang spesialnya
aku akan menjalani dua konvokesyen
hebat dak?
ambik diploma 1 je konvo sampai dua kali
haa tak payah nak hebat sangat
semua tu sebab aku kolej swasta dan diploma aku adalah kerjasama dengan UTM.
 
teringat pulak aku kata-kata lecturer UTM haritu masa makmal
"awak semua jangan rendah diri, bagi kami awak semua macam student UTM jugak same je , awak cuma menumpang je belajar kat IKIP tu awak tetap student UTM"
masa dengar tu rasa sayu jugak,pandai lecturer ni ambik hati dah la lawa eh eh.
 
 
memang betul , UTM tak anak tirikan kami.. slip result kami pun bercetak UTM tau, satu nama ikip pun tak ade.
ini benar-benar terjadi :)
tak caya?
nah tengok bawah ni
 
 
 
haha kantoi salotep , benda tu koyak
so kena tampal balik
 
tarikh konvo di UTM mengikut sumber
adalah pada 16 oktober 2012 , 15 oktober ada raptai ini bermakna aku kena bergerak ke sana pada 14 oktober.
 
tarikh konvo di IKIP pulak pada 10 nov 2012
 
yang pentingnya adalah konvo di UTM sebab dekat sanalah kami dapat kami punya diploma made in UTM.
bila dah nak konvo ni semangat nak belajar tiba-tiba naik di paras over tapi kadang2 takut jugak bila terlalu mengharap.
aku dah banyak kali dikecewakan :')
 
aku cuma dapat tawaran belajar di universiti swasta.
maaf saya tak mampu lagi nak belajar di swasta.
cukuplah diploma tak mampu nak bayar loan mahal sangat :')
haritu dapat panggilan UNIKL, universiti headwings katanya cawangan luar negara (dah konfirm2 aku takkan pergi) dan UNISEL
 
UNIKL aku dapat dalam bidang yang sama civil engineering
UNISEL aku dapat dalam bidang biotechnology which is aku minat sangat-sangat waktu aku kecik-kecik dulu
tapi biarlah, past is past
sekarang aku nak cuba mendalami bidang engineering.
Doakan aku berjaya di dunia dan di akhirat.
oh ya bagi mereka-mereka yang dari franchais macam aku
untuk maklumat lanjut sila layari lama web ini
klik link bawah ni

UTM (FAQ)
 
 
p/s: ALLAH berilah aku peluang please ...
 
 
 
 
 

September 8, 2012

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.


 
siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu.
bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu.
sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah.
kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya

masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada satu bilik yang jarang sangat digunakan dalam makna kata lain bilik tak berpenghuni. dari dalam bilik tu ada satu tingkap yang menghala ke dalam rumah (yang boleh tengok ruang bawah) . dan di depan bilik tu ada satu ruang anjung(umpama ruang tamu tanpa perabot), ruang agak besar untuk kami bermain.
 
tepat 12 malam kami masing-masing naik, alatan semua kami dah sorok kat bilik tak berpenghuni tu, actually masa aku ambik barang tu aku dah rasa tak sedap hati,sebabnya secara tak sengaja aku terpandang luar tingkap bilik yang boleh nampak ruang bawah sampai ke tangga, aku nampak "sesuatu bewarna putih" seakan-akan menaiki tangga tu.
aku diamkan  saja sebab ini sahaja aktiviti kami ada, dan aku seronok tengok muka sepupuku yang lain seakan teruja tak ada rasa takut pun.
 
kami pasang lilin, suasana tiba2 sejuk, mula-mula kami nak tutup lampu untuk effect seram. tapi tiba-tiba sepupu aku cakap tak payah tutup dia kata sebagai langkah keselamatan, kalau jadi apa-apa kita lari kebawah senang sebab lampu bukak.untuk keselamatan aku bukak jugak lampu tangga (dari ruang atas nak kebawah), lampu tu lampu neon jadi aku harap korang boleh bayangkan sendiri macam mana suasana ketika itu.
 
masa mula-mula "mantera" hendak dibacakan, kami terdengar ketukan pintu atas,(pintu tu ibarat pintu masuk rumah bahagian atas , tapi langsung tak kami gunakan untuk tujuan tersebut) masing-masing dah telan air liur. sayup sayup dengar bunyi burung hantu. ada antara kami yang dah gelisah, tapi ade yang masih beria-ria ingin bermain. nak taknak kami teruskan juga. mantera dibacakan, belum sempat habis lilin tertiup padam umpama dihembus seseorang , lampu ruang itu dan  lampu tangga padam serentak, masing-masing dah menjerit.mujur ada torchlight yang aku dah spare awal2 lagi sebab aku dulu berani-berani takut, jadi torchlight tu menyelamatkan kami, supaya  nampak jalan nak kebawah. sampai part nak turun tangga aku rasa macam sejuk di kaki dan di tangan. meremangnya bulu roma tak payah cakap.memang lepas tu ada yang fikir ade orang sengaja matikan suis utama rumah,tapi suis utama rumah ada dekat tempat kami main tu masa permainan tu berlangsung tak ada sorang pun dekat dengan suis tu. start dari haritu tak ada seorang pun antara kami yang cakap nak main permainan tu lagi. mujurlah kan dapat "warning" macam tu, daripada kami main benda lebih teruk yang jadi. kata orang bila dah start main kita tak boleh berhenti selagi dia taknak berhenti, dan lebih teruk lagi kalau main dia minta darah, mintak nyawa. pesanan aku pada korang, jangan cuba-cuba main sebab benda  ni syirik.



p/s:korang ada pengalaman seram macam ni? kongsilah dengan aku :)

September 6, 2012

aku dan aiman part 1

untuk pengetahuan korang aku ada 5 orang adik beradik. 3 lelaki 2 perempuan.aku anak pertama dan adik perempuan aku aqilah tinggal di asrama menjadikan aku satu-satunya anak perempuan yang tinggal di rumah kini.sepanjang di rumah aku diamanatkan mama untuk pantau aiman (adik bongsu aku), tengok kerja sekolah dia,ajar dia . adik aku ni , dia jenis banyak cakap, banyak songeh,nakal pun boleh tahan tapi dia kurang sikit ilmu pengetahuan dan bila kami bercakap akan ada benda-benda lawak yang jadi  so antaranya seperti bawah ni :)

situasi 1: aku tengah lepak-lepak depan tv

aiman: nanti aku nak mintak abah tab, aku nak main game
aku: aku kecik-kecik macam ko main lego je man
aiman : lego ?? *muka pelik* lego tu ape kak?
aku : lego tu permainanan la, dia cantum-cantum kau tengok legoland , macam tu lah.
aiman: *muka berkerut* legoland tu kau yang buat ke kak?
aku : arghhhh aku give up!

situasi 2: lepas ajar aiman matematik  mama paksa dia minum ubat dr 101

aiman: *dengan muka berkerut2*kak tak sedaplahhh ubat 
        ni .. tolonglah habiskan *muka kesian*             
aku : taknaklah.. ni ubat kau bukan ubat aku.. minum je la sampai
        sampai habis...

aiman : tapi air ni tak sedap macam redbull!

aku :  *muka terkejut* :O ko minum redbulll???!!!

aiman : dah lama dah masa aku tahun 3.

aku : *muka terkejut lagi* masa tahun 3 ko dah minum??!!! mamaa!!!!

aiman : *menangis* janganlah bagitahu mama kakak .... :(


 
situasi 3 : aku , mama,aiman tengah diruang tamu
 
aiman : kak, betul ke syurga bawah tapak kaki ibu?

aku : betullah kenapa?

aiman : *muka blur dan mata terkedip2*

aku : ko pandang apa?

aiman : *dia diam dan tiba2 bangun* mama nak tengok tapak kaki mama

           kejap*

mama: nak buat apa tengok tapak kaki mama?

aiman : kakak cakap syurga bawak tapak kaki ibu, kecik je syurga ni
        mama, macam mana nak masuk.. mana pintunya?

aku;mama : ketawa terbahak2 lepas tu explain, harap2 dia paham la..
 
 
 
p/s: aku harap aiman lepas ni masuk sekolah agama sebab dia macam naif dalam nakalnya . naifff sungguh.


September 1, 2012

tips make up : barangan make up boleh di pelbagaikan fungsinya?

okay mula-mula nak mintak maaf dulu bebanyak sebab aku dah lama tak blogwalking. update pun  ikut suka hati je nak update taknak update. actually aku masih dalam mood raya walaupun aku tak beraya ke rumah member aku walau sorang pun . perangai keji.
 
 
haipp ape aku melalut ni? kata nak citer tips make up?
okay nak cerita la ni.sebenarnya baru je beberapa hari lepas aku tengok satu video dari michelle phan. aku yakin ramai dah kenal beliau. actually make up tips ni dari beliau ye bukan dari aku, kalau dari aku nescaya aku tak tulis dikhuatiri tak menjadi pulak. lepastu ade pulak yang buat riot ramai2 secara bermuafakat. karang tak pasal2 aku jadi kembar altantuya kena bom sebab merosakkan muka orang ramai. tidak.. aku tidak ingin itu terjadi. T_T
 
 


 
BASIC MAKE UP
 
aku sukakan natural make up  so ini antara benda basic seseorang pencinta make up perlu ada, tak ada.. lantak kau lah aku taknak belikan hahaha
 
1.eyeliner
2.lip gloss/lipstik
3.foundation
4.compact powder / mineral powder
5.concealear
6.shading
7.highlighter
8.blusher
 
 
 
okay nampak banyak?
sebenarnya korang tak perlu nak beli semua pun.
jika korang berkerjaya dan perlu tampil cantik sentiasa
memang make up kena tebal ikut suka korang lah nak beli
tapi sebagai golongan 20 an *haha overnya 20 an*
okay 21 an ..
mostly pelajar, baik berjimat cermat dan menyimpan duit demi kesenangan poket dan perut masa akan datang
 
nak cantik tapi tak nak belanja banyak2?
 
ikut cara ni
 
cuma beli ini
 
1. bedak compact two way cake foundation, kita boleh guna sebagai bedak dan foundation. macam mana? basahkan sedikit span dan sapu sikit atas bedak compact tadi , kemudian sapu pada muka. hasilnya insyaallah cantik.
 
 
 
2.eyeliner warna hitam, coklat, merah dan putih. eyeliner warna hitam boleh guna sebagai eyeliner, warna coklat untuk lukis kening jika kening anda tak gelap dan tak lebat macam kening saya, warna merah pulak boleh gunakan sebagai lipliner,dan kalau dioles sedikit dan diratakan kebibir boleh buat bibir cantik seakan kemerah merahan tanpa secalit lipstik.ohh ya aku lupa, kegunaan eyeliner/lipliner warna coklat ini juga boleh jadi shading di muka.korang buat dot kecil kat tepi batang hidung, bila gosokkan dah jadi shading tu.eyeliner putih pulak boleh jadi highlighter bawah sudut kening, bagi effect terbentuk dan jugak boleh digunakan untuk bawah mata untuk ilusi mata cerah dan besar :) eyeliner tak mahal aku pernah beli murah je.. rm2 sebatang ok what?
 
 
 
3.lipstik : beli lipstik nude colour atau colour merah . liptik ni kita semua tahu gunanya untuk bibir tapi kegunaan lainnya pula boleh jadi blusher, buat dua titik dia rahang pipi, kemudian ratakan secara  menarik ke arah tepi. lipstik ini berfungsi umpama cream blusher gitu.
 
 
 
 
 
sebenarnya apa yang aku cuba sampaikan dekat sini, kita tak perlu nak berbelanja sangat kepada barang make up kerana yang lebih penting adalah kecantikan dalaman dan tak guna juga kalau kita beli make up satu lori tapi muka asal kita  cantik sikit dari momok. ubah la tabiat suka tidur lewat tu *eh macam mengata diri sendiri la pulak* kerana semua tu mengundang eyebag , kemudian, banyakkan makan vitamin c dari buah buahan bukan cucuk vitamin c sebab aku percaya, vitamin c yang cucuk cucuk tu mesti ade side effectnya ,lebih baik kita mengamalkan secara semulajadi. sekian itu sahaja ceramah free aku nak bagi kat korang. adios amigos babai.
 
 
 

Result Level D dah keluar !!!