Skip to main content

Jalan jalan the curve di hari christmas






hai .
2 hari lepas aku telah kantoi dengan mama bangun lewat . Mama call dalam pukul 7.00 pagi.


"mama : kakak dah bangun? mama teringin nak makan lontong klang . mama dah otw ni "

maka terkinja kinjalah perempuan sewel disini mandi. lepas mandi cepat cepat aku tonyoh bedak cover apa yang patut. Yelah aku ni dah nak meningkat usia . Eyebag bawah mata kena cover nanti orang ingat aku baru lepas kena tumbuk pulak. Ngam ngam aku siap mama sampai. Otak aku ligat pusing cari akal nak ajak diorang jalan jalan kejap menghilangkan boring. kepada sesiapa yang tak berpeluang mengenali aku di dunia nyata , ketahuilah bahawa mall dan aku berpisah tiada. tak kiralah poket tebal atau nipis aku memang suka cuci mata dekat sana. Part of my weekly routine . kalau boleh nak jadikan daily routine, tapi apakan daya masa mencemburi kita. ;p 


dalam kes ini bukan masa sahaja mencemburi kita, poket juga mencemburi kita  . sigh =-='


jujurlah, aku ni bukan sport person. Tak rajin jogging. setahun sekali pun payah. Pergi ke gym pun seumur hidup tak sampai 10 kali. Dulu je masa nak kurus rajin. sekarang tak payah. cakap. sepanjang aku dah kerja ni adalah sekali dua aku pergi jogging. gym kat sini tak pernah cuba lagi. So, aktiviti beriadah di mall ini part of my exercise ... i supposed " HAHAHA 


mama cakap mama datang sini nak beli kain langsir kat nagoya. ohh okay .. eleh dalam hati aku sajalah tu.. 
nak tinjau balik kawasan penuh memori. mama abah dulu pernah duduk shah alam, tak ingat berapa tahun duduk sana. agak lama jugaklah. so ada 1 tempat yang wajib diorang pergi kalau nak jumpa aku, atau bila bila diorang free diorang akan pergi situ. Lontong klang. tempat tu sekarang taklah berapa bersih. bangunan nampak buruk, majlis perbandaran tak reti nak jaga agaknya. Tapi tokey kedai tu alhamdulillah pembersih . Abah dah kedai lama tokey kedai tu. aku suka makan nasi lemak dia. sedap .. memang A! 

okay enough with nasi lemak. lepas makan aku cakap dekat mama, lepas pergi nagoya kita pergi the curve nak? ada sale best gila. kebetulan mama pun tengah cari kasut kerja dia. So mama pun iakan walaupun abah tak berapa setuju. Aku tahu dia tak suka jam hehe. tapi bila wife dah kata yes, husband mana mampu membantah u olzz? Nampak yak betapa dominan dan berpengaruhnya mama aku dalam bab ni?


terrer kan?

Water Fountain . Lovely! 


cantik kan view the curve masa ni? eventhough aku tak sambut, tak salah kalau kita minat decoration dia kan? hehe





Ni aiman adik bongsu aku . tahun depan dia form 1 dah. ahhh sedihnya bila dia dah besar. nanti aku nak sakat siapa tak tahulah. sejak kecik dia memang rapat dengan aku walaupun aku selalu buli dia muehehehe





Seiring sejalan di depan. abah tak suka tempat crowded sebenarnya, tapi aku , mama dengan aiman suka. Hahaha berkorban sikitlah abah ekekeke ;p


mama tengah pilih kasut kerja dia. ini adalah last outlet kami masuk
aku tak sangka mama aku punya tahap cerewet kalah aku.Dia cakap dia nak yang selesa.
yang memuaskan hati dia adalah scholl. Tak apalah mama asalkan mama bahagia :)

Proses cari kasut dalam lot metrojaya. 


Part of my family. siblings lain tak ikut. ammar dekat matrik, aqilah kerja sementara tunggu result stpm, fauzi tengah cuti sem dia kat rumah lepak dengan member . so kami berempat jelah keluar. yang dari rumah diorang bertiga.
hehe mama sanggup pick aku kat rumah sewa sebab dia tahu aku memang kaki jalan. cakap je nak jalan kat mana. The curve?the mines? pyramid?
paradigm? you name it. Aku gerenti takkan tolak punya. 


Basically kami tak shopping apa sangat pun adalah sikit sikit. Aiman dapat pineng powerbank. Kalau dekat rumah orang jual seratus lebih, dekat the curve dapatlah dalam rm80 . Original kata seller tu. 
Keluar dari the curve pukul 3 lebih . Jalan jem tak ingat dunia .Biasalah jalan  bawah  bridge tu ada traffic light. sejam jugaklah dekat situ.Ingatkan balik tu nak ajak mama singgah butik sbu kejap,tapi esoknya abah mama kerja. Demi taknak kasi diorang penat. Terpaksa redha jelah balik awal. Hehehe.

lepas ni aku plan nak ajak diorang naik train je keluar, gi midvalley ke , ts ke, the mines ke. Senang. Taklah jammed. Fyi kami jarang sangat sangat keluar pergi mall macam ni sekali . abah kalau nak pergi pun waktu orang kerja. means bukan hari cuti umum atau hari ahad. Dia akan ajak mama off , then waktu tu baru keluar. Bila waktu macam tu semestinya aku tak dapat follow sebab kerja. hehe .kiranya hari krismas tu aku ambik kesempatan dalam kesempitan la .



Itu jugak mungkin kali terakhir kami berjumpa untuk tahun ni. jadilah buat penutup tahun 2014. 
awal tahun  2015 aku plan nak balik berehat sekejap sebabnya aku dah jobless. Aku malas nak plan secara terperinci sebab plan selalunya tak menjadi . Hahaha 






P/S: DOAKAN AKU YANG JOBLESS NI SUPAYA MUDAH DAPAT KERJA, TAK NAK TANAM ANGGUR LAMA LAMA WOI! :"D





4 comments

Popular posts from this blog

Product Review : Laneige BB Cushion

Salam , hai


sabtu lepas, aku pergi ambik barang dekat rumah lama which is dekat dengan setia city mall. Mama
pulak kebetulan nak beli bb cream baru and kawan dia cadangkan beli bb cushion dari laneige .Dan kebetulan jugak cousin cousin aku pun pakai laneige ni . Sambil menyelam minum air la katakan . alang alang mama nak beli barang so kami singgah la tempat wajib lepak aku setiap minggu sepanjang aku menetap dekat situ dulu. Mana lagi kalau bukan setia city mall! Sampai je kitorang terus masuk parkson dan cari counter laneige. So mama pun dah try , mama nak beli yang whitening and moisturizing ni tapi stock dah habis! sebabkan bb cushion ni ada 2 jenis whitening and moisturizing dan pore filler untuk kulit bermasalah. dan cuma pore filler je ada stock waktu tu. Aku cakaplah kat mama, ambik jelah nanti lain kali kita beli yang lain.ini pun okay gak mama. macam aku pulak yang kerja kat situ.. bukannya aku dapat komisyen pun. hekeleh sangat!. Budak jaga counter tu senyum je .. senang kerj…

kisah benar : spirit of the coin antara seronok dan bala.

siapa yang belum tonton video kat atas boleh tengok dulu. bercakap tentang spirit coin budak-budak yang lahir sekitar 90 an mesti tahu. sebab spirit coin agak famous satu ketika dulu, sampai  macam jadi trend dan "kebanggaan" budak-budak sekarang tak tahu mungkin, sebab sekarang orang main gadjet je.jadi sekarang ni apa yang aku nak cerita ialah realiti dan kisah benar dari pengalaman aku sendiri. waktu zaman kanak-kanak aku, aku pun teruja nak main benda ni, sehinggalah satu ketika sepupuku balik  bercuti di kampung, aku memang 24/7 di sana sebab aku tinggal dengan opah. kami rahsiakan dari parents, aku ''pinjam'' duit syiling lama opah, dimana bentuknya lebih kurang macam video kat atas ni. opah tak tahu pun aku pinjam sebenarnya
masa tu petang, kami rancang nak main di tengah malam dimana semua orang dalam rumah tu dah tidur. rumah opah aku ni, dua tingkat bahagian bawah besar dan selalu guna,bahagian atas jarang. untuk pengetahuan korang dekat atas tu ada sa…

Pengalaman membeli dari Goshop 2

assalamualaikum , hai 
haritu aku adalah belikan magic saw set untuk atuk aku sebab dia teringin benda tu.(rujuk entry ini)aku order 25 mac and barang tu sampai on my birthday which is 27 mac  1991 wohoo. esoknya atuk terus datang rumah aku ditemani cousin aku untuk ambik barang dia tu. oleh sebab dia berpuas hati dengan servis dari goshop ni tadi dia dengan senang hatinya nak  order item lain plak. sebagai cucu mithali *konon* aku pun tolonglah belikan . kali ni dia nak chefline chocowine frying pan. harga dia tak mahal pun rm 299 termasuk Gst and dia ada 5 pan . Free delivery lagi tu.


so apa tunggu lagi pergi beli cepat!  :D










macam biasa kalau nak order sign up dulu kat website senang sikit nak trace barang . bila post bila sampai. previous item aku beli gdex yang hantar dapat je tracking number aku boleh track terus and service dia memang cepat. tapi lebih baik jangan expect melampau lampau kau bagilah masa dalam 2,3 hari . inshaallah sampailah barang tu. :D

P/s: ini bukan entry berbayar…